MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Saturday, December 6, 2014

LEGO2 HARU BIRU

Haha muntah hijaulah korang bila masuk belog Mokcik asiklah citernya pergi Legoland. Start minggu lepas sampailah tarikh yang sama tahun depan percutian Mokcik sekeluarga haruslah di Legoland sahaja sebab Mokcik dah melabor setahun kat tempat ni haha. Lagipun punyalah pancaroba semata2 nak dapatkan Annual Pass masa kali pertama nak masuk. Lepas ni, kalau budak2 kata bosan ker haper, Mokcik goreng jerk pass tu kasi korang makan hokey!

Nko tengok bukan sikit punya pelaburan tu. Tapi budak2 ni guna duit raya sendirilah nak masuk pon. Mak Pak dia jerklah terpaksa lap peluh pecah segala tabung yang ada. Kecal segala celah rumah, mana tau ada syiling yang terselit. Campur2 kang banyaklah jugak kan kan haha.

Masa nak dapatkan Annual Pass ni, keadaan sangat haru biru akakakakakaka ketawakan diri sendiri dulu supaya bila korang ketawa pulak nanti Mokcik taklah terasa sangat akakakaka lagi. Sebelum pi hari tu, sebulan sebelum dah usya2 kat website pasal harga dia. Rasa sangat syok sebab ada harga untuk Johorean. Jimatlah sikit kan kan.

Pagi2 semua dah bangun, yang biasa bangun perlu dijerit, hari tu terus melompat bangun seret tuala masuk bilik air. Siap mandi, siap sarapan, terus pergi ke Bandar Medini Iskandar Malaysia, Nusajaya Yeeaaahhhhh!!!!!!. 1/2 jam perjalanan dah nampak hotel Legoland berdiri megah. Pandang jerklah tak berkedip dari jauh. Nak masuk idaklah mampu huhu. Bila dah parking, baik jerk semua dah keluar kereta.................. Oh! Tidak!!!!!!!!!! Ic budak2 ni terlupa bawak. En. Suami pandang Mokcik tak berkedip2. Kalau tak bawak IC taklehlah dapat harga Johorean kheennnn...... Eh! En. Suami tak marahlah pulak. Tapi dia kata kita tanyalah dulu kat kaunter. Mokcik kan sedikit bossy tapi cakap sedikit lembut sebab tau sendiri yang salah ngeeeeee " Kat website dia dah cakap kena bawak IC, nak jalan pi sana kan jauh, kita balik jerklah ambil." Sambil buat muka secomel yang boleh. Anak2 dah start buat muka penyek. Masing2 seretlah kaki masuk kereta balik akakakaka. Nasiblah parking perentry RM9 tu tak kena bayar kalau keluar 1/2 jam pertama.

Kisah haru biru tak terhenti setakat itu jerk bila dah sampai rumah jumpa IC Arfan dengan Wafiy jer. IC Mia tak tau letak kat mana. Kali terakhir nampak masa bawak dia pi klinik sebab demam selsema. Maka membongkarlah kami serata rumah. Tetap tak jumpa. Kalau ikut pak budak2 ni kita jalan2 kat bandar jerklah. Tapi biasalah dah janji dengan budak2.....boleh ker tak ditepati. Mokcik cadang bawak jer surat beranak Mia. Lepaskan sembahyang Zohor dulu lepas tu kitaorang pon meredah kembali Nusajaya. Dalam perjalanan Mokcik dok ulang kat Mia. Mia kita dah cuba nak pergi Legoland ni, tapi kalau Allah tak izinkan jugak, kita tak payah masuk eh. Haha budak tu pon macam paham jerk sebab dah bagitau kad dia yang macam abang long ngan abang ngah tu hilang.

Kisah haru biru bercampur bongok seterusnya bermula selepas kitaorang bermengah2 berjalan sampai ke kaunter. Budak tu kata harga Johorean tu dah tak valid last 14 November haritu. Mokcik pandang en. Suami. Lepas tu en. Suami senyum jerk menatap wajah comel Mokcik ini tapi ada sedikit macam nak bersuara "KAN.......". Tapi hari tu ada promotion, beli 2 Annual Pass untuk budak, boleh dapat 1 free untuk budak berikutnya. Tidak perlukan IC hokey!!! Akakakaka. Harga tu terlebih RM50 kalau dapat harga Johorean tu. Bila Wafiy nampak, terus dia menjerit kat budak kaunter tu. "Eh! Kitaorang boleh masuklah bang! Tadi mama kita keluarkan RM1100 kat bank." Rasa nak pekup jerk mulut budak ni. Tapi nak tutup malu Mokcik angguk jer setuju dengan harga tu.

Inilah Annual Pass yang kitaorang dapat dengan penuh dramatik. Sila tengok muka saper yang paling senyum melebar.

Pergi semalam sangat happening sebab dorang dah deco untuk krismas.

Dah masuk 2 kali pon masih excited, sampai tertinggal orang yang kecal2 duit celah mana semata2 nak bahagiakan korang.


Layankan budak tak cukup tinggi ni. Abang dia main menatang yang kecut2 perut kat belakang tu. Cik Mia bergambar ngan kereta tu pon bolehlah yerk. Kena makan sayur banyak2. Nanti boleh tinggi cepat2 then boleh join abang main kat Project X ni.

Nasiblah kat Lego Technic ni cik Mia boleh main. Suh apak dia teman. Omak dia kang pening2 lalat kalau main mender pusing2 ni. Ghuper basah kuyup haha selamat.....


Dah basah2 pi pulak masuk kat Lego Academi sampai kering. Dah nak dekat2 Krismas ni, dorang kasi model snowman ngan penguin. Buatlah dalam 1 jam. Kalau tak siap gak sila blah dari tempat ini haha.

Abang Long mula2 jerk poyo konon nak buat snowman. Tapi otak melayang nak main mender lain pulak. Setengah jam pon tak sampai dok dalam ni.

Yeay!!! Cik Mia dah siap buat pokok akakkaka

Arfan excited sangat nak masuk Star Wars ni, bila masuk boring pulak. Macam Muzium Star Wars jerk feelnya.

Mia bawak diri kat Forestman's HideOut bila abang2 dia pi main kat The Dragon. Lepas dah puas kat sana, dorang temankan cik Mia main kat sini. Barulah muka ada senyum.

Naik kuda lagi.....
Hari pertama datang budak ni taknaknyer naik kuda ni. Dia kata macam kanak2 rebina. Semalam nak naik pulak.
 
Sementara nak solah maghrib, layankan budak pompuan tu dari semalam merengek nak makan kek. Sempatlah apak dia sakat...
" Dah dapat kek ni, nanti birthday Mia dah takder kek tau!" "Eh! Ni bukak kek birthday Mia. Ni kek birthday Wafiy. Abang Ngah belum ada kek birthday kan?" 


Mokcik punya...

Sepatutnya en. Suami punya....tapi tetiba jadi en. Arfan punya pulak.

Jom wefie! En. Suami tengah habiskan curry mee. Makan kena sampai licin sebab mahal sangat hahahaha

2 comments:

Lynn Hamzah said...

hahahah...baru tergerak hati nak tanya ko kak...berapa harga anual pass...ni ko dah upkan entry...tq kerana sangat membantu...

Azlina bt. Azis said...

I likeeee!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...