MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, January 4, 2015

REZEKI ALLAH

Subhanallah, Alhamdulillah bulan ni poket Mokcik rasa agak panik. Selagi budak2 ni tak start musim persekolahan, selagi tulah runsing itu tak cukup, ini tak cukup. Membayar yuran budak2 sekolah pon rasa nak tercekit batang leher, belum lagi kelengkapan sekolah. Hari tu, belek2 baju sekolah Arfan tengok semua elok2 lagi tapi bila suh dia try balik, makkaaiiiiii!!! Bila pulak budak ni membesar???? Semua dah senteng, seluar pon dah tak boleh kancing. Nak tak nak semua kena beli baru. Nak kena beli cukup2 seminggu pulak tu. Bukan boleh repeat balik minggu yang sama. Bau jerk dah boleh sesak napas. Kalau Mokcik kena pi outstation berhari2, sapalah pulak nak basuhkan baju dia. Nak suh apak dia??? Setakat basuh bolehlah. Kang terlupa sidailah, tak pandai ironlah banyak cekadak mamat tu. Cungkil2lah duit celah mana pon, tetap kena beli jugak. 

Jimat kat Wafiy jerklah sebab budak tu tak besar2 lagipun boleh jerk belasah mana2 yang Arfan punya pon. Dia bukan kesah pon. Macam takder perasaan jerk budak sorang ni hahaha.

 
Minggu lepas ada sorang staff kena pindah. Dia belanjalah semua makan asam pedas ngan pecal. Mokcik makan sipu2 dua pinggan tu jerk. Satu lagi pinggan tu bukan Mokcik punya yerk, sumpah!! I diet, boleh makan dua pinggan jerk. 

Masa nak balik tengok kuah asam pedas tu banyak lagi. Tapaulah bawak balik kuah tu, campaklah ikan kat rumah, jemaahlah makan anak beranak malam tu. 




Haritu bapak mertua ku macam tau2 anak menantu dia duit cukup2 nak makan telur ayam jerk bulan ni. Sekor ayam kampung dia bekalkan bawak balik rumah. Siap dah potong 4, siap bergaram kunyit lagi. Menantu boleh tahan derhaka ni basuh balik bersih2 pi buat masak sup akakakakaka. 

Malam Ahad pulak rumah Lynn Hamzah buat kenduri arwah. Masa nak balik dia tanya nak sup ker?? Tersipu2 malu nak jawab sekali Arfan tarik2 " Kata nak mama! Sup tulang tu sedap sangat." Bukan Mokcik yang tak malu eh! Anak Mokcik yang kuat makan yang suruh. Lepas tu dia bagi lagi pulak kek pisang tu sebatang. Uwaaaa malunya......tapi tangan laju jerk ambik akakakakaka.

Esoknya dapatlah kitaorang sarapan dengan meriah bukan setakat ada sup tulang, kek pisang dengan nasi impit tu ajer, mee siput pon ada hasil pemberian kakak kat Nusantara. Serunding tu pon jiran sebelah yang bagi......Alhamdulillah!!!!! Berbanyak2 syukur Ya Allah!!!!

2 comments:

Lynn Hamzah said...

syukur alhamdulillah...rezeki ALLAH kita panjang-panjangkan pada yang lain juga...

budakbandunglaici said...

wow sedapnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...