Minggu lepas lepas ada balik Melaka kejab. Dah petang2 melayanlah budak tengah giler makan kengkonon teringin sangat nak makan ABC Tanjung. Nko yang duduk Melaka, Mokcik balik, Mokcik pulak yang kena jadi pemandu pelancong. Ini macam budak mengong pon ada. Tapi serius hari tu malas betul nak pergi sana. Anak2 pulak biasalah kalau dah sampai kampung, nak ajak keluar bukan main susah. Nak tinggal pulak kat rumah takder orang. Dah siap bergaduh, terjerit dan segala macam huru hara lagi pergilah kitaorang menuju ke lokasi ABC Tanjung itu yang boleh gak tahan 1/2 jam jauhnya itu. Sekali sampai.............bagus jerk ada sign TUTUP bukan main besar gedabak. Maka berkecailah harapan budak mengidam hituuuuuuu akakakakaka.
Berpatahlah balik kitaorang dan lokasi gantiannya adalah kat Coconut Shake Batu Berendam. Ramailah pulak orang bukan main. Kat situ langsung Mokcik tak snap gambar sebab masa makanan sampai hujan rintik2 membasahi meja kitaorang yang diorang open betul2 kat luar kedai. Jadi situasi agak huru hara sebab masing2 nak selamatkan coconut shake masing2 haha. Kejab tu dapatlah tempat kat dalam kedai.... cik Mia pulak sibuk nak itu ini. Bila yong tau fu sampai dua mangkuk penuh hasil tamak budak mengidam hituuuuu, masing2 macam kelaparan jer ghupanya walaupun tengahari tu dah pekena kari ayam puan mak seperiuk. Masa ada masa snap gambar, puan Mak pulak baik jerk pi senduk yong tau fu tu akakakaka. Maka itu jerklah pon gambar yang ada.
Besoknya budak mengidam itu berhajat lagi nak ABC Tanjung. Masih tak berputus asa kitaorang meredah pantai lagi nak pi sana. Hehe nampak nau penipunya, tapi dulu2 memang tepi pantai jerk tapi sekarang dah kena tambak nampaklah deretan bas2 rosak yang telah di transformkan. Siap dalam perjalanan Wafiy cakap kalau hari ni jugak tak bukak, busu kena bayar kitaorang semua sorang RM12. Arfan tanya semua tu berapa? Terus jerk dia tunjuk sorang2 kat dalam kereta RM12, RM24, RM36, RM48, RM60, RM72, RM84 hah! Busu kena bayar RM84 kat Wafiy. Lepas tu kitaorang tercengang2 eh! hebatnyer budak ni kira. Riuhlah satu kereta puji2 budak terlenting2 tu. Lupalah pulak reasonnya kenapa en. Wafiy dok mintak RM12.
Sekali bila sampai egegegegege sign TUTUP tu still gedabak di situ!!!!!! Kan kita dah cakap!!! Busu kena bayar kat kita eh! Hahaha sampai harinilah dia ungkit.....busu penipu hutang ngan kita tak bayar huh! Siaplah nko busu tadah telinga hujung bulan ni kitaorang balik akakakaka. Pikir punya pikir.........pergilah kitaorang kat Giant Bachang pilah lepak kat tempat ni..... Mokcik kalau datang sini mesti pi order air tu, walaupun nama dia tak pernah pon hingatnyer haha.
Ni nak tanyang budak yang sudah berkembang maju hasil asiklah teringin nak makan itu ini. Dah tak budak dah pon.... tapi kalau meroyan boleh saing2 cik Mia ni.
Tak paham kenapa gambar ni macam nak potong kek birthday. Kesian kat budak2 ni jakun agaknya jarang sangat dapat makan pizza. Masa kecik2 dulu, kalau makan dalam ni, punyalah huru hara. Sorang nak jadi pemuzik, sorang nak jadi pembunuh, sorang lari sekeliling restoran. Lagipun masa tu, dorang ni tak makan sangat benda2 alah ni, tapi hari tu siap mintak repeat lagi pulak. Semua pon berselera. En. Suami, sila sediakan poket, nampak ada cawangan baru dah bukak dekat2 rumah tu ngenge.
Tuan belog dengan lengan dah serupa peha gajah huaaaaaaaaa!!!!
Mekaceh botol sos tutupkan sikit lengan Mokcik itu walaupun dah tak mampu nak cover dah.
Hambik nko licin!!!
Puan Mak ku yang tersayang.
Inilah pasangan penggila kucing. Pagi petang siang malam kucing kucing kucing. Semoga korang jadi pasangan bahagia sentiasa.
2 comments:
sedap sangat ke ABC Tanjung tu? Sampai ada yang mengidam...Hihihi...
dia mengidam takper dekat lynn, jgn nko plak yg mengidam haru Mokcik kang nak kena tunjuk tempat
Post a Comment