MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, November 11, 2014

SAYANG MIA LEBIH

Haha ada orang perli, mentang2 anak perempuan seorang, asiklah up cerita pasal dia ajer. Amboi..... bukan main laser mulut berkata2. Dia tak tau, dalam sayang2 lebih dengan cik Mia tu, Mokcik pernah lepuk mulut budak tu lebih dari 5 kali sampai pecah2 bibir atas bawah sebab gigit sofa PU hingga koyak. Kejam tak bunyinya ggrrrrrhhhhh. Habis dah bagi amaran pon ulang lagi, mau omak dia ni tak naik hantu. Abang2 dia pon tak pernah kene lepuk sampai gitu sekali paling2 pon sekali sebab cakap kasar atau cakap bukan2.

Mokcik layan anak sama jer hokey, bila buat baik Mokcik puji, masa buat nakal, dah cakap banyak kali pon tak dengar jugak, semua kene tangan. Mokcik memang kalau anak tak dengar cakap ni, Mokcik bagi dengan tangan sebab Mokcik boleh rasa sakit yang sama macam dia rasa. Lagipun kalau kita dah rasa sakit, kita automatik akan berhenti. Taklah ikutkan marah mengkhinzir buta. 

Kalau namapun anak, lepas merajuk sejam dua, kita jugak yang dia cari. Masa tulah kita ni cari kesempatan. Tunjuk sombong konon taknak pedulikan dia. Nanti berderai2lah air mata dia dok minta maaf. Masa nilah kita dok suruh dia janji. Tapi biasanya anak Mokcik ni janji tinggal janji. Esok lusa, dah terlupa dia buat lagi....omak dia meroyan lagi gggrrrrhhhhh.

Mokcik memanglah lebih selalu up gambar cik Mia sebab dia yang paling kecil. Keletah budak sedang membesar ni kan seronok dilihat, seronok di dengar, seronok dicium. Abang2 dia nak diambil gambar suruh senyumpun kita dikata poyo. Jadi yang suka melayan kita ni jerklah yang kita up gambar dia. Paham!

Cakap banyak tak guna, nihah banyak lagi hah gambar cik Mia Mokcik tak upload. Kalau tak suka tak payah tengok, sebelum kenangan ni hilang Mokcik nak tepek gambar ni, kang simpan2 kat hard disk, sekali hard disk terhempas, semua gambar pon lenyap uwaaaaaaa....sedih betul ni.








Ambik!!!! Berderet gambar cik Mia masa pi teman apak dia pi main futsal. Itu pon dia suruh ambil 10 keping. Baru sampai lapan Mokcik dah rasa nak termuntah. Sudah2lah tu cik kak!

Abang dia dah kemana2. Nak Mokcik kejar ker untuk snap gambar dorang ni???

2 comments:

Lynn Hamzah said...

uissshhh...garang yer ko kak...tapi lynn pun lebih kurang sama juga...bila dah buat salah memang tetap kena hukum...

Azlina bt. Azis said...

sebenarnya Mokcik pon tak sangka sampai boleh berdarah. tapi sampai hari ni dia dah tak buat. Kira mujaraplah tu hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...