MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, November 11, 2014

MAKAN JER LAHHH

Hari ni nak jamu korang gambar makanan lagilah. Dah lama sangat rasanya tak up gambar makanan sebab malas nak snap gambar. Siap2 masak terus tertaruk dalam perut. Korang layan jerklah mana2 gambar yang Mokcik terajin ni. Takkan nak malas jerk kheeennn.....

Sarapan simple roti celup telur untuk anak2 sebelum pergi sekolah. Buat tak banyak sebab mesti tak sempat habis. Kalau macam ni, biasanya dorang sempat ambil sorang satu jerk. Itu pon sambil2 pakai stokin.
 
Kadang2 buatkan cekodok susu. Budak2 suka ni, kalau tak sempat habis, Mokcik tutup jerk dengan tudung saji. Balik petang kang dorang carik balik.

Pavlova LynnHamzah masa majlis tahlil kat surau ofis minggu lepas. Sekelip mata sold out. Mokcik nak ambik gambar pon dah ada tangan mencekup hah.

Asam pedas ikan pari, tapi masukkan ikan kembung 2 ekor untuk en. Suami sebab pokcik mengada cerewet tak makan pari.Kuah tengah berasap dah ambil gambar. Nak tunggu sampai masuk mangkuk hias cantik2 baru nak ambil gambar, last2 dah masuk dalam perut baru teringat ghentikanlah.....

Glurrpppp giler menggoda bandung ni. Lunch kat Kampung Pasir Sabtu lepas balik dari Jom Heboh.Tempat ni kan dekat ngan Angsana, wajiblah kita pau en. Suami.

Siakap goreng yang habis licin sampai kepala pon tak dapat nak jadi bahan bukti. Gilerlah kalau tak sedap ni.

Pertemuan baru kat area rumah. Patin Masak Tempoyak. Nama kedai dia Siti Patin House. Ekor macam ni RM12, badan RM10, kepala RM14. Dia punya sedap.....pedas2 pon Arfan boleh hirup kuah dia tu. Memang terbaik!!!!

2 comments:

Lynn Hamzah said...

esok comfirm ku terjah kedai ikan patin tu...tak puas hati tengok gambar ko tu kak...

pavlova tu sedap kan...hahahahaha...masuk bakul angkat sendiri...okey ler tu...

Azlina bt. Azis said...

pilah makan lynn sementara tgh boleh ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...