MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, November 18, 2014

ANUGERAH POYO

Hari Ahad haritu Mokcik lambat pi ofis. Ambik 4 jam sebab pi sekolah kebangsaan budak2 ni.Si tampuk manggis Mokcik dapat no. 3 kat kelas dia jadi ada penyampaian sijil masa Majlis Anugerah Cemerlang. Mulanya macam nak serah kat apak dia jerk sebab dia cutikan hari Ahad, sekali pikir balik entah2 inilah jerk masanya pon Mokcik berpeluang tengok anak naik pentas kot, jadi pergilah kejab. Lagipon asiklah dia tanya mama tak nak datang ker??? Hahaha kesianlah pulak kan kan. 

Bila selak2 buku ni, banyaklah jugak anugerah yang sekolah sediakan. Seronoklah tengok pandainya anak2 orang ni, terus terisau2 anak sendiri yang asiklah nak main memanjang.


Arfan masa kat sekolah lama dari darjah 1 sampai 3 dok kelas Arif, ranking dia tidaklah terlalu pandai atau terlalu teruk tapi cukup2 untuk layakkan dia kekal kat kelas tu. Macam omak dia jugaklah kiranya masa dolu2 akakakaka. Bila pindah, sekolah masukkan dia kat kelas cemerlang, kelas no. 3lah kiranya. Ini Mokcik nak bagi tips kalau korang kena pindah rumah, tapi anak ada yang dah sekolah, sebaiknya korang pindah sebelum exam akhir sekolah. Nanti dorang ambik periksa akhir tahun tu, tahun depannya dorang akan duduk kelas yang dorang berkelayakan. Kalau pindah awal tahun, sekolah baru biasanya tak tengok pon result anak kita tu, cerdik ker, tidak ker, nanti dia main letak jerk mana2 kelas yang ada kekosongan. 

Macam kes Arfan, memang setahunlah dia dok merintih nasib diri sebab kena duduk kelas ketiga. Konon tak standard dialah sangat. Biasanya budak2 yang dah biasa dok kelas first ni, perangai dorang sedikit poyo konon cam pandai sesangatlah tu. Arfan ni terlebih poyo sebenarnya sebab selalu terindu2 kawan lama dia then selalulah cakap kenapalah mama ni pindah, kalau tak sampai sekarang kita dok kelas Arif. Meluat hokey! 

Masa exam akhir haritu, jadual periksa Wafiy ngan dia pada minggu yang sama, jadual periksa sekolah agama Wafiy pon pada minggu yang sama. Terpaksalah Mokcik dok focus kat budak Wafiy tu sebab paper dia sangat pack. Mokcik suruhlah budak ni study sendiri sebab memang tak cukup masa. Haghammm..... dia buat bantal peluk jer buku2 latihan dia. Lepas tu bila kita marah2, dia dah start buat muka nak mintak kena lempang. Memang menyirap jerklah...........

Tup2 dapat no. 3. Karangan Bahasa Melayu pon dah improve. Mokcik ingat dia study dalam mimpi budak ni. Band pon dah nampak cantik sekarang ni. Tahun depan dapat dok kelas Arif balik. Ranking dalam sekolah dah macam dulu balik. Kalau ikut perangai lama memang idaknyerlah omak nko ni nak merasa tengok anak dia naik pentas lagi. Itu sebab kena datang gak haritu, biar omak dia ni ada semangat sikit nak berperasaan guru besar. Lama2 omak dia nihah yang terpandai lelebih hah! Anaknya goyang kaki gak.


Ada kawan2 perli anak dapat hadiah bukan nak ucap tahniah kat fb, merapu benda2 lain haha. Mokcik ucap tahniah bagai kat dia kat rumah bila mata bertentang mata, tak payahlah nak poyo sangat sampai ke fb hokey! Haha

Omak dan apak yang mengharap tinggi kepada anak2 walaupun memasing tak cukup ketinggian.

Budak sorang tu, result dia pon taklah mengecewakan, just takder peluang jerk nak naik pentas.Kalau perli2 dia pon, nanti sambil mencebik dia cakap alaaaaa setakat dapat kertas ngan piala jerk..............menanah telinga nko dengar!!!!
Lepas ambik sijil, terus pi breakfirst kejab. Giler lapor dari pagi sampai ker pukul 10 tak bergerak dari kerusi sebab takut kang kerusi tu diambil orang.Nanti cam mana nak poyo ambil gambar anak terima hadiah kalau dok belakang2.

1 comment:

Lynn Huraiza said...

tahniah arfan...bangga auntie dengan ko...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...