MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, November 16, 2014

SAPER BELANJA?

Tulis semalam, tapi macam mana boleh lupa post haha!

Nampak tak pelangi itueiiiiiiii!!! Mokcik sangat teruja ni sambil sidai baju kat gate rumah semalam ditemani si pelangi indah nun.......dicelah bukit bukau. Tahun lepas, masa baru2 nak pindah amboi bukan main lawa pemandangan itu. Baru jer setahun hah pindah sini, habis gondol2 dorang kerjakan bukit tu. Tak tahulah boleh bertahan berapa lama bukit2 tu. Tak tahulah berapa lama lagi pelangi itu dapat meneman diriku uhuks!


Tengahari pi masak kari ayam ngan sambal goreng ikan bilis. Malas nak pi beli sayur. Potong jerk timun. Ngam2 tengah hidang2 en. Suami pon balik. Terus bertenggek kat meja makan.


Dah petang2 barulah en. Suami ajak pi dataran. Dah tau TMJ belanja makan sampai pukul 5 jerk, bukan nak bagitau awal2 bolehlah siap2 awal. Pukul 4 baru sampai sini, ada hati nak beratur lagi bila bau2 pizza hut, KFC, segala jenis makanan Johor. Last2 sendiri bawak diri keluar barisan bila tengok Q langsung tak bergerak2 haha.

Sempatlah tengok artis buat persembahan kat pentas. Tapi entah artis haper pon tak taulah. Terjerit2 mengampu jerk dengarnya. En. Artis jangan nak poyo sangat yerk geli telinga Mokcik dengar.

 
Artis tak best pon nko tengok punyalah ramai orang tengok. Ada cabutan bertuah kot!
 
Nak makan pon dah habis, nak dengar orang nyanyi pon sakit telinga, kita pi main pistol belon jerklah. Hari tu tengok kat Jom Heboh dorang jual RM10. Tabah hati tak beli maklumlah tak bawak anak dara tu. Semalam RM15, nak tak nak belikan jugak sebab selamba dia dah bawak lari 1. Budak tukang jual tu sukalah jumpa budak spesis cam ni. Cepatlah habis pistol belon dia tu. Balik boleh kira duit jerk.

Ini style baru ker sorak macam ni? Macam2lah budak2 ni.

Sebelum balik singgahlah KFC Setia Tropika. Tak dapat makan KFC TMJ belanja pon takper, Tuan Nizam ader.......eh!

1 comment:

Lynn Hamzah said...

hahahaha...memang betul kak...punya la ramai orang...kitorang lalu jer...tak singgah pun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...