MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, July 13, 2014

TAK PERLU BAZAR RAMADAN

Sana sini orang dok bercerita rasa tak puas hati dengan bazar Ramadan. Bazar sana jual karipap tak sedap, bazar sini jual air tawar hebeh, bazar situ jual nasi basi. Macam2 jenis tak puas hati ada hahahaha. Alhamdulillah..... sepanjang saya membeli kat luar ni semua okey2 sahaja. Itupon beli kat dekat2 rumah ajer. Adalah 2 kali jerk saya ngan en. Suami pi singgah bazar. First hari tu kat rumah MIL, itu pon tak beli apa just makanan untuk Mia jerk sebab dia kan tak puasa. Lepas tu sekali lagi kat bazar Taman Teratai, itu pon sebab kad Masley tertinggal. Oleh sebab sayang kalau membeli tak dapat point kitaorang tukar arah pi melawat bazar. Tahun ni belum lagi beli makanan utama kat mana2. Makanan utama mesti masak. Beli desert jerk untuk meriah2kan meja. Itu pun mesti ada tak habis walaupun beli tak banyak. Haisssshhh!!!! Tukang basuh pinggan pon mengeluh bila ada makanan masuk tong sampah.

Tahun ni, macam dah berikrar selambat mana pun Mokcik sampai rumah, mesti masak. Tak kisahlah masak nasi goreng pon family tak pernah komplen sebab masa berbuka perut dah lapar semua nampak istimewa. Saya suka tanya Arfan kalau dia sedang makan. Jawapannya mesti sedap giler mama! Hahaha terbang melayang jerk rasa.





Minggu lepas adalah satu hari tu saya pi outstation. Dah terbayang2 nak masak best sikit kalau dapat balik cepat. Rupanya nak dekat pukul 6 petang baru terkejar2 leh ambik budak2 ni balik sekolah. Sampai rumah dah nak pukul 6.30 petang. Garu2 kepala boleh masak apa dalam jangkamasa secepat yang mungkin sebab terlupa nak turunkan kat fridge bahan2 untuk masak. Cepat2 masak air, rendam ayam beku, masak nasi, air beras siram kat ayam beku. Goreng telur dadar kat kuali yang goreng ayam sahur tadi haha tu sebab ada nampak coklat2 kunyit melekat kat telur tu. Air dah masak, buat air teh O, lebihan simpan dalam termos untuk susu Mia malam nanti, ada lebih lagi siram kat ayam beku tadi kasi cepat lerai hahaha. Ambik segala bawang siang cepat2, potong tomato, ambik kiub tomyam semua campak dalam blender on kasi hancur. Potong carrot sesuka hati, potong ayam, basuh2 segala semua masuk dalam periuk terus masak. Campakkan jugak serai ngan daun limau biar wangi. Sambil tu potong timun. Nasi pon masak, sementara nak tunggu tomyam siap, buat air oren sejuk sambil kacau2 tomyam. Lagi seminit nak azan, sempat hidang semua. En. Suami yang kalau tak disuruh beli apa2 untuk tambahan, jangan harap pandai nak pi cari apa2. Maka makan jerklah ini ajer tambahannya ayam goreng seketul lebih sahur hahaha. Takderpon rungutan, semua pon makan dengan berselera. Arfan pon siap jilat2 pinggan bila pinggan dah kosong. Tak payah pon nak pi bazar kan kan.

Adalah satu hari tu kejadiannya gas habis berlaku. Masa tu tengah goreng cekodok sosej cik Mia. Nasiblah bahan2 untuk buat mee goreng dah siap masak tinggal nak masuk mee kuning ajer. Gelebup gas habis. En. Suami tengah melayan anak2 dia kat kedai jual kuih dekat2 rumah. Telefon tinggal kat rumah. Masukkan ajer bahan2 tadi dalam periuk nasi, bila rencah dah mendidih masukkan sayur ngan mee tu. Jadilah kejadian mee goreng masak dalam periuk nasi kihkihkih terus hidang kat atas meja. Bedal jerklah haha.
Adalah sepiring lagi nasi goreng tak habis masa sahur tu, en. Suami tak kasi buang. Sedap sangat katanya mehlah I habiskan hahahaha. Itu sebab yang buncit kat perut dia tu dah 2 minggu puasa langsung tak reti nak turun2.

Ini konon hidangan nak western sangat. Gorengkan ayam chicken chop, ikan fish n chip, kentang, then buat coslow. Eh mana pulak sayur2 segala ni haha. Sebelum tu pi merayap beli kuih, dia sedekahkan jugak bubur lambuk. Lepas tu tekak ni rasa macam tak kenyang pulak kalau setakat makan cam gitu2 jerk. Ada mee kuning lebih semalam jadikan mee goreng lagi. Kalau biarkan kang kejung pulak dalam peti tu ngeeeeee.

Ini berlaku hari Khamis lepas rasanya sebab saya pergi pasar S'Mart sebelum balik rumah. Khamis kan boleh balik cepat, jadi belilah barang2 dapur sikit. Belilah roti canai segera ni. Buatkan kari ayam untuk lawannya. Nenas tu PPK bagi kat Pembangunan, bawak lari sebijik bawak balik rumah. Makan macam ni pun dah heaven sangat. Tak payah pon nak buang2 duit pi bazar nak bersesak2 lagi huuuiiiiii Mokcik tak kuaser.
 
Ini kejadian semalam yang dah buntu nak masak apa. Singgahlah kedai dekat ngan rumah. Belilah kelapa parut, konon nak makan ketam sebab haritu pernah ternampak dorang ada jual. Tapi semalam rezeki nak makan ketam takder. Senang cerita belilah ayam sekor then ikan kerisi 2 ekor. Alahaiiiiii punyalah lama nak tunggu dia potong terhegeh2. Nasiblah en. Suami cuti then pi ambik budak2 then singgah kedai jual kuih. Sampai rumah dah pukul 6. Bertempurlah Mokcik kat dapur sensorang buat ayam masak lemak, ayam goreng, then hati ngan pedal masak sambal jerk. Ada tepung lebih tak sempat goreng haritu sebab minyak habis kasi goreng balik. Kuih hijau2 tu semua Wafiy habiskan sorang. Yang lain2 kuih untuk Mia buat menghabis duit jerk. Bukan dia makan sangat pon, buat kirai2 jerk.

2 comments:

Lynn Huraiza said...

perghhhhh...terbaek la mokcik...memang supermama nie...

Azlina bt. Azis said...

haha sangat.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...