Tahun ni, macam dah berikrar selambat mana pun Mokcik sampai rumah, mesti masak. Tak kisahlah masak nasi goreng pon family tak pernah komplen sebab masa berbuka perut dah lapar semua nampak istimewa. Saya suka tanya Arfan kalau dia sedang makan. Jawapannya mesti sedap giler mama! Hahaha terbang melayang jerk rasa.
Minggu lepas adalah satu hari tu saya pi outstation. Dah terbayang2 nak masak best sikit kalau dapat balik cepat. Rupanya nak dekat pukul 6 petang baru terkejar2 leh ambik budak2 ni balik sekolah. Sampai rumah dah nak pukul 6.30 petang. Garu2 kepala boleh masak apa dalam jangkamasa secepat yang mungkin sebab terlupa nak turunkan kat fridge bahan2 untuk masak. Cepat2 masak air, rendam ayam beku, masak nasi, air beras siram kat ayam beku. Goreng telur dadar kat kuali yang goreng ayam sahur tadi haha tu sebab ada nampak coklat2 kunyit melekat kat telur tu. Air dah masak, buat air teh O, lebihan simpan dalam termos untuk susu Mia malam nanti, ada lebih lagi siram kat ayam beku tadi kasi cepat lerai hahaha. Ambik segala bawang siang cepat2, potong tomato, ambik kiub tomyam semua campak dalam blender on kasi hancur. Potong carrot sesuka hati, potong ayam, basuh2 segala semua masuk dalam periuk terus masak. Campakkan jugak serai ngan daun limau biar wangi. Sambil tu potong timun. Nasi pon masak, sementara nak tunggu tomyam siap, buat air oren sejuk sambil kacau2 tomyam. Lagi seminit nak azan, sempat hidang semua. En. Suami yang kalau tak disuruh beli apa2 untuk tambahan, jangan harap pandai nak pi cari apa2. Maka makan jerklah ini ajer tambahannya ayam goreng seketul lebih sahur hahaha. Takderpon rungutan, semua pon makan dengan berselera. Arfan pon siap jilat2 pinggan bila pinggan dah kosong. Tak payah pon nak pi bazar kan kan.
Adalah satu hari tu kejadiannya gas habis berlaku. Masa tu tengah goreng cekodok sosej cik Mia. Nasiblah bahan2 untuk buat mee goreng dah siap masak tinggal nak masuk mee kuning ajer. Gelebup gas habis. En. Suami tengah melayan anak2 dia kat kedai jual kuih dekat2 rumah. Telefon tinggal kat rumah. Masukkan ajer bahan2 tadi dalam periuk nasi, bila rencah dah mendidih masukkan sayur ngan mee tu. Jadilah kejadian mee goreng masak dalam periuk nasi kihkihkih terus hidang kat atas meja. Bedal jerklah haha.
Adalah sepiring lagi nasi goreng tak habis masa sahur tu, en. Suami tak kasi buang. Sedap sangat katanya mehlah I habiskan hahahaha. Itu sebab yang buncit kat perut dia tu dah 2 minggu puasa langsung tak reti nak turun2.
Ini berlaku hari Khamis lepas rasanya sebab saya pergi pasar S'Mart sebelum balik rumah. Khamis kan boleh balik cepat, jadi belilah barang2 dapur sikit. Belilah roti canai segera ni. Buatkan kari ayam untuk lawannya. Nenas tu PPK bagi kat Pembangunan, bawak lari sebijik bawak balik rumah. Makan macam ni pun dah heaven sangat. Tak payah pon nak buang2 duit pi bazar nak bersesak2 lagi huuuiiiiii Mokcik tak kuaser.
2 comments:
perghhhhh...terbaek la mokcik...memang supermama nie...
haha sangat.....
Post a Comment