MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, July 16, 2014

BAZAR JUGAK HUHU

Inilah yang dikata cakap tak serupa bikin haha. Hari tu punya berleter dok canang kat orang Mokcik masak jerk sepanjang Ramadan tak sebuk beli2 pon sekali petang tu en. Suami balik dengan penuh tangan plastik  pasar Ramadan.

Terkebil2lah Mokcik ni hah sebab rasanya ada cakap kat dia teringin nak makan laksa johor tapi yang sedap sahaja bila dia kata nak pi bazar kat Kulai tu hah. Sekali yang balik bersusun2 sampai nak letak pinggan pon takder space. Mula2 Mokcik diam ajer sebab kesian pulak dah penat2 bersesak kat bazar takkanlah nak dimarah pulak.....tapi hujung2 Mokcik membebel jugak bila peti ais pon tak muat untuk sumbat makanan tak habis.

Semua letak dalam mangkuk kecik sebab manalah muat meja 4 kerusi ni nak menampungnya. Kesian meja ni, sampai dah hilang warna berkhidmat dengan kitaorang. Dulu ada gak letak alas. Tapi asiklah hilang sebab cik Mia suka nau tarik. Dah pernah salotape bagai pun ditarik jugak. Togellah jadinya sampailah pindah rumah sekarang. Takperlah kalau ada rezeki kita transformlah jadi besar sikit. Sabar yer.......kita pakai yang tak payah pakai alas2 punya ker kan kan errrmmmmm.

Sebenarnya nak buat asam pedas. Tapi entah kenapa terpekat sikit dan agak pedas. Jadi budak2 ni makan terkuis2. Nasib jugaklah en. Suami membeli hari tu, taklah mama gabra nak sediakan makanan lain.

 Ikan terubuk gorengkan macam hari ti jugak. Kawan cakap tak payah pon buang sisiknya terus jer goreng lepas basuh haha. Kesian.....dah lama sangat duduk London ken, tak biasa makan ikan masin ni hah hahaha. Tapi serius memang sedap makan sisik dia yang garing tu grap grap.

Ini hasil tangkapan en. Suami kat bazar Ramadan Kulai bila teringatkan anak no. 2 dia. Semua sekali masuk mulut Wafiy ajer.

Donut pulak beli khas untuk anak bongsu dia yang belum kenal makna puasa. Ada sekali tu dah habis soya secawan, dia kasi kat saya bekas tu then cakap ok mama Mia nak puasa sekarang hahaha. Donut ni dia makan sebiji jer, sebiji sebelum pergi sekolah dan sebiji lagi tu hah kat dalam peti.

Laksa Johor sebekas untuk Arfan dan sebekas untuk pompuan kuat bebel. Saya makan suku ajer sebab dah makan nasi Wafiy ngan Arfan sebab dia kata tak boleh makan, pedas sangat. Rasa sedap cuma sambal belacan dia macam pelik sikit rasa macam sambal nasi lemak tapi pedas. Perli nampak!! Selebihnya masuk dalam peti dan makan sahur pagi tadi.

Bubur lambuk ni Arfan ambik kat masjid sebelah sekolah dia. Dia kata sepatutnya dia tak dapat sebab bukan turn kelas dia hari tu, tapi dia buat muka kesian bila terkenangkan en. Suami suka sangat makan hehe sweetkan si tampuk manggis Mokcik. Akhirnya pakcik tu bagi jugak. Masa ambik dia, berlari2lah dia dengan bubur lambuk kat tangan sambil keriangan walaupun nampak letih berpuasa. Saya larat makan sesudu ajer.... tapi serius sedap. En. Suami habiskan semua. Terharu kot dengan cerita anak yang paling suka kelahi dengan dia huhu.

Tauhu bakar ni penyebab en. Suami pi bazar Ramadan tu. Kawan dia yang jual. Nak support kawan katanya. Pon en. Suami makan habis. Memang sedap pon.

Tapi beli gak cucur udang ni sebekas sebab nampak sedap betul katanya. Yer... memang sedap. Tapi dok dalam peti lebih dari separuh yer.

Semalam buatlah nasi ayam walaupun en. Suami dah telefon ajak makan kat luar. Saya cakap tak payahlah nak bazirkan duit makan pun kang terkejar2 jerk. Biarlah saya masak jerk kat rumah, nanti awak bayar jer kat saya ni hehe.
 
Mana2 yang kat dalam peti pon keluarkan balik then panaskan. Pon kenyang jugak kan. Tak payahlah nak meriah sangat. Sila ingat2 sikit kawan2 kat Gaza tu yer sayang!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...