MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, July 1, 2014

MEE SUP JER

Alhamdulillah....semalam dah sattle puasa kedua. Wafiy ngan Arfan pon dah menang 2 hari puasa walaupun dah petang2 tu masing2 dah tak sabar2 nak makan. Asiklah keletang keletung peti ais walaupun dah tau apa jerk yang ada kat dalam tu. Omak dia pulak asiklah terjerit2 sambil tangan bersilat mengerjakan apa yang patut. Saya suh dorang mandi dulu sementara nak tunggu berbuka. Takperlah makruhpun asalkan jangan tak puasa terus. Bilik air sebelah dapur, sambil masak sambillah ingatkan mandi untuk bersihkan badan jerk, jangan mandi lama2 nanti boleh batal puasa. Biar pening budak2 tu....jadi taklah lama sangat dorang kat dalam bilik air haha. 

Masak ini jerk pon mee sup dengan bergedil dengan sambal kicap. Kuah tercair sikit dah kena komplen ngan en. Suami. Bergedil just pakai 2 biji kentang jerk dapatlah 4 biji. Itupon kena komplen gak sebab takut nau tak cukup. Ada lagi hah 2 biji kat dalam peti sebab yang mengusiknya just saya ngan dia jerk. Nampak nau tamaknya U yer yang! Sambal kicap tu hasil dari cili pemberian dari PPK Sri Medan hari tu huhu berdesing!!!!!!!

Tambahlah jugak murtabak ngan karipap segera en. Suami beli sebelum Ramadhan lagi. Murtabak tu en. Suami beli ngan kawan dia kak Ida. Sangat sedap walaupun comel. Memang kitaorang sajer beli saiz kecik cam tu sebab yang makan pon kitaorang berdua jerk. Nah ambik sorang satu sattle. Besar2 kang membazir.
 
Budak yang kemain hover setiap kali berbuka. Mencabar keimanan abang2 dia betul. Alhamdulillah....abang2 dah besar, dah faham kerenah adik, penuh sabar walaupun dah petang2 keletang keletung peti ais dok mengadu lapar mama oooiiiiiii. Kang mama dia bersyarah semua lari pi depan layan katon.
 
Wajah2 orang dah puasa 2 hari. Sangat mencabar sebab cuaca sangat panas. Tak sempat nak alihkan sup ke mangkuk. Terus letak ngan periuk2 sekali kat meja haha. Manggis tu manggis tu uwaaaaa sempat merasa sebiji jerk semalam bila perut dah penuh. Durian pon sama sempat keluarkan semua masuk dalam bekas then simpan dalam fridge jer. Mia gak yang kenyang perut sentiasa dan mencabar keimanan huhu.

1 comment:

Lynn Hamzah said...

wah...mee sup...sedapnya kak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...