MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, July 6, 2014

CABARAN PUASA 2014

Ehhhhhhhhhhh tang tung tang tung dah masuk 8 Ramadan erk!!!!!!!! Cepatnya hai masa bergolek. Apsal citer Ramadan Mokcik terhenti setakat Ramadan kedua jerk. Aiiiiiiii pemalas betul dah ni. Panas lerrrr sekarang ni, idea terbantut lerrr......hahaha alasan geli hati jer.

Tapi memang betullah panas kan kan. Hari Jumaat haritu duduk kat rumah barulah rasa sangat mencabar. Lagi2 kerja rumah tak ngabih2kan. Budak2 ni pon asiklah merengek tak tahan, nak ponteng puasa. Saya pon suh pi mandi. Bila merengek lagi saya suh pi tidur. Kesian jugak memikirkan dorang ni masa kat sekolah. Kita oklah duk syok jerk dengan aircon bagai. Budak2 ni harapkan kipas jerk. Lepas tu mata pon naik stim kemain. Bila terlelap kompom kena marah ngan cikgu punya. Tu perangai Wafiylah tu. Adoi hari tu kena komplen ngan cikgu kelas kat sekolah dia pasal ngantuk ni. Wafiy kan sekolah sesi petang. Habis nak buat cam mana? Pukul 10 dah halau tidur tu. Tapi mengantuk jugak. Kasi makan vitamin. Ngantuk jugak. Kata cikgu tu, dalam dia tertidur tu saya sergah suh jawab soalan. Boleh pulak dia jawab hahhahahaa. Memang hero anak mama sorang ni sambil picit2 kepala.


Ni gambar masa cuti JDT menang tu. Mokcik ni manalah tau cuti haritu. Siap2kan budak macam biasa pi sekolah. Hantar Mia pi sekolah, cikgu dia dah geleng2 tapak tangan taknak jaga. Sekali pak dia dah pusing balik rupanya sebab sekolah rendah pon tutup hari tu. Terpaksalah bawak budak ramping ni bawak pi majlis menyambut puasa hari tu. Majlis ni tak boleh tunda dah sebab preparation dah siap awal2. Maka bekerjalah Mokcik hari itu. Lagi dua orang campak kat en. Suami bawak pi jalan2. Nayalah kalau nak kumpul tiga2.


Ni juadah 5 Ramadan. Eh! Tetiba dah 5 Ramadan haha. Rasanya dah ambik gambar dah yang sebelum tu. Tapi entah mana letak pon tak dapat dikesan. Hari Khamis kan balik awal sikit. Terus pi pasar S'Mart beli barang barang dapur. Meriahlah sikit meja ni dengan koktel, mee goreng dan roti john. Kalau tak satu menu jerlah syukur.......

Ni pulak juadah 7 Ramadan haha terus skip. Asam pedas siakap. Sedap ooooooo @fauziah ahmad mesti meleleh alior hahaha. Lynn Hamzah haritu tolong belikan ikan tu kat PPK. Dapat 2 ekor. Sekor dah sattle masak masa 4 Ramadan. Lagi sekor, inilah tragedinya. Arfan siap cakap mama kalau masak tiap2 hari macam gini pon kita tak kisah. Sedap giler!!!! Tiga rasa tu pon sedap giler mama!!!!! Hahaha yolah tu nak, duit beli siakap ni pon lom bayar2 lagi sampai hari ni hah akakakaka. Sorry yer Lynn Hamzah asiklah tak sempat2 hah. Kalau nak beli lagi Mokcik kirim lagi yer akakakakaka. 

Sebenarnya Mokcik ni sejak duduk kat JB ni jer suka makan asam pedas ni hah! Dulu kalau kat Melaka, kalau balik dari sekolah mak cakap hari ni masak 'masak asam' panggilan orang Melaka, lemah betul lutut nak makan. Macam nak nangis perut bila dengar itu yang mak masak huhu. Tapi sejak dah kahwin, dah pandai masak ni.....eh sedap pulak lagi2 masak sendiri hah! Tau @fauziah ahmad masak sendiri lagi sedap ni hah hah akakakaka.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...