MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, June 29, 2014

MEEHOON GORENG JER

Salam Ramadhan semua!!!!!! Amboi!!!!! Busy sangat Mokcik ker sampai tak update belog. Mak aiiiiii 2 minggu tertidur. Giler pemalas ni hahaha.  Terima kasihlah korang, Mokcik tak update pon korang datang2 gak menjengok. Lately macam malas sikit nak ambik gambar sebab tuan hampon merajuk gambar selalu corrupt. Guna jalan selamat Mokcik pi bersidai kat kaki lima Pendaftar untuk dapatkan wifi free pi send gambar kat FB lepas tu tarik masuk kat PC baru kasi publish kat belog huhu. Wifi kat Pembangunan dah rosak oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Dah bagi pakai Wifi free korang wat pedajal. Meh aku kasi pedajal korang pulak. Lantak!!! Semua tak payah wifi segala termasuk tuan wifi nihah haha. Mokcik kalau balas dendam memang macam ni. Sanggup susahkan diri sendiri asal hati puas. Padan muka korang! Lepas tu kasi tempias kat muka sendiri hahaha. 

Hari tu ada sekali nak masukkan gambar kat FB, masa nak hide tak boleh pulak. Sebab nak cepat Mokcik publish jerk lepas tu lari lintang pukang balik kat bilik opis pi hide kat pc akakakaka. Masa terkial2 nak pi hide sempat pulak budak2 ni pi like akakakaka giler punya laju korang eh! Aku block kang FB ni asik mengadap jerk eh! Mokcik takper........sebab Mokcik tuan tanah. Kengkadang nak ambik gambar projek pon Mokcik cari kat FB budak2 PPK ni, yang lebih2 tu mokcik pilah merayap mana2 online sale ker ker kan hahaahahahaha. 

Saya pakai gak Data Internet. Tapi UMI28 jerklah sebab kat opis dah ada wifikan. Masa baru2 pakai ritu okey jerk. Boleh jerk upload gambar. Tapi dah lepas2 topup balik ni, macam whatsapp jerk yang lepas. Bengkeklah pulak!!!!!!

Ini adalah breakfirst terakhir sebelum Ramadhan ritu. Ini lontong kering namanya untuk orang2 diluar Johor sana. Masa lom kerja kat sini Mokcik tak pernah jumpa ni. Bila dah pekena leh jatuh cinta pulak ngeeeeee

Gambar berdua ngan cik Mia sama2 pakai tudung baru. Baru masa tulah. Sekarang dah bau kepam akakaka. Gambar ni Mokcik tak edit tapi kulit nampak gebus erk dengan jerawat melata bukan main. Kengkadang ada jerk orang tegur kening Mokcik ada kasi repair ker???? Muka pon nak berbedak tak sempat nok!!!!! Inikan nak repair kening akakakaka. Tapi saya pon perasan, Alhamdulillah.......Allah bagi kening yang kemas kat saya yang asik tak sempat ni ngeeeeeeee......

Cik Mia muka bangga dapat pakai tudung baru harga sepoloh hinggit. Tibalah tebiat dia nak pakai baju bola abang ngah, selalu nak yang girgirl jerk.

Lepas tu posing bukan main lentok lagi akakakaka belasah jerklah nak!!!!


First puasa kitaorang balik kampung en. Suami berbuka kat sana. Punyalah panas semalam sampai otak tak boleh pikir nak berbuka apa. Dah pukul 5 petang barulah kaki sanggup nak melangkah pi kedai nak beli apa2 yang patut untuk berbuka. Tapi yang tak patutnya semua bender yang disebut dah habis. Bukan pergi 1 kedai......tapi 4 kedai semua cakap dah habis. Amboiii!!!! Dasat betul penangan puasa pertama ni.Last2 pilah beli meehoon dengan bahan2 nak buat meehoon goreng jerk. Tengok! Cool jerk Mokcik berbuka kan. Tak kecoh2 pon menghabiskan barang kat kedai. Mamat kat atas ni konon nak diet. Makan kuih2 jerk beli kat bazaar masa berbuka tu. Nasiblah Mokcik tapau meehoon tu balik JB. Sampai jerk terus bukak tupperware mengadu lapar akakakakaka.

Tapau jugak buah manggis ni dari kampung. Dapat rasa sebiji dua jer malam tadi sebab dah kenyang melampau. Bila tengok gambar ni tertelan2 alior. Siap nko manggis malam kang Mokcik kasi bersih. Durian pon dapat bawak balik 2 biji tapi leh duduk kat luar rumah jerk. Kang satu rumah semerbak baunya. Tu hah alas periuk Mokcik beli kat ikea hari tu dah dikarate oleh cik Mia. Bulat jerk mata Mokcik tengok mender alah tu. Dia lerrrrkkkk jerk pi teguk air soya macam dah puasa sebulan.

4 comments:

Kisah Si Dairy said...

alolo..pandainya si kecik tu bergaya..

Azlina bt. Azis said...

pompuan katakan hehe

Lynn Hamzah said...

amboooi kak...sakan posing dengan cik mia...hihihi...

Azlina bt. Azis said...

aura baru ngeeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...