MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, July 6, 2014

LEWAT HINGGA BERBUKA

Pagi2 sampai opis rasa macam nak hantuk2 kepala kat device thumprint tu. Alasan pertama konon nak tunjuk bertapa kesalnya boleh terlewat hari ni, alasan kedua kalau device tu rosak leh lambat selalu2 akakakaka. Tapi serius memanglah Mokcik stress 2 minggu ni sebab asiklah terlambat uwaaaaaaa. Bayangkan baru 7 hb Mokcik dah lewat 3x. Apa punya sengal ni hah!!!!!!! 

Pagi tadi rasa sangat2 marah memandangkan Mokcik dah berazam untuk tidak terlambat lagi. Keluar dah bagus ngam pukul 6.30 pagi. Hantar Mia berdezup pi kerja. Mula2 jalan punya clear, radio pulak bukak lagu happy dan kening Mokcik pon menari2. Lepas jer Taman Teratai saya dah nampak punyalah banyak lampu berhimpit pergi ke Jalan UTM sebab jalan tu berbukit sikit. Setengah jam kat situ baru jumpa eksiden ngam2 kat jalan sempit kat depan UTM. Menyumpah2lah Mokcik sambil pandang dorang yang dah nak hampir  aksi2 bercakaran. Menyumpah dalam hati jerk, cermin pon naik rapat jerk. Bulan Ramadan kena cool lagipun dah nasib dorang nak kena hari ni, hari kita lom tau lagi huhu (Jauhkan ya Allah!). 

Tapi Mokcik tetap marah!!!!!!!! Marah sangat2 ni!!!!! Apalah salah kalau korang beranjak pergi depan sikit kat jalan lebih lebar. Kereta tu kena sikit jerk kat bahagian depan. Tengok pon tau tak terjejasnya enjin turbo korang tu. Prihatinlah sikit ngan orang lain yang nak cepat pagi macam Mokcik yang dah terlewat 3x ni hah! Janganlah pentingkan diri hokey!!! Haissshhhhh kering tekak dah bebel pagi2 ni, kumur2 air soya boleh tak???? Akakakaka

Sebut Soya ni, dah 8 hari kitaorang dok berbuka ngan air soya tanpa jemu ngeeee. Masa pi Econsave ritu, bolehlah pulak dorang jual Soya Yeo's 1 liter tu RM1.49. Tak cukup tanganlah Mokcik ni pi mengendong sebab hari Sabtu takder plastik. Limited 3 per family, sangguplah dah bayar pi masuk balik semata2 nak simpan stok kat rumah ngeeeeee. Agak2 leh putih tak Mokcik anak beranak musim raya2 nanti ekekekeke.

Oklah masuk terus bab makan2 masa berbuka. Tak hebat pon, cuma menu laju2 yang mana leh sempat masak sebelum azan maghrib. Kueh tiaw goreng basah sebenarnya ni untuk berbuka Ramadan ke 3. Biasalah pastikan anak2 dan suami start makan dulu, line dah clear barulah senduk untuk sendiri tu yang dah jadi kering. panaskan bergedil yang buat semalamnya. Letakkan sebiji limau yang sempatlah petik kat belakang surau opis. Sedaplah jugak dari takder.


Malam Ramadan ke 3 tulah @Lynn Hamzah yang mabok2 buatan orang datang ngantar siakap masa Mokcik tengah bersiram bunga seri. Esoknya outstation pi Muar balik cepat sikit Mokcik bersilat ngerjakan ikan ni. Makan nak sedap, kenalah berkorban sikit dengan sisik bersepah keliling sinki, pedih2 tangan dok nak tarik insang keluar dan hanyir ikan kasi sattle ngan limau belakang surau tu then peram sekali ngan asam jawa. 4 Ramadan dapatlah makan siakap 3 rasa air tangan sendiri dengan macam2 sayur leh campak kat dalam dari kasi kat kedai ikan tu dah siap siang jumpa cili jerk penuh dalam kuah dia charge sepuluhhinggit huhu.

Nak cepat saya pakai sos ni jerk untuk buat kuah dia setelah sekian lama teman saya kat ofis ekekekeke. Sos ni dah ada nenas jadi tak payahlah menyusahkan diri nak siang2 nenas mana nak datanglah rajinnya. Nak power lagi tambahlah sos tomato lagi then sos tiram. Maka lajulah makan sekeluarga yang terdengar hanya sedap giler ni mama! Kombang2lah jadinya walaupun banyak pakai bahan2 bantuan.


Hari cuti meriahlah sikit meja ni hah. Tapi yang dimasaknya cuma daging masak kari, ikan tongkol goreng dan ikan terubuk masin jerk. Lain2 pi tapau kat Bazar Ramadan kat Taman Teratai. Itu pon bingitlah telinga ni Arfan yang dipaksa ikut jugak mengeluh2 malas nak bersesak sebab semua pon dia tak berkenan. Cik Mia pulak yang melebih, habis semua nak diborongnya. Kari tu dah jadi terpekat sebab sementara nak tunggu maghrib, Mokcik panaskan lagi.
 
Hari tu, jiran sebelah kasi ikan terubuk masin kat Mokcik. Tak tau nak masak pesen mana menatang ni sebab kat rumah ni tak berapa nak layan ikan2 masin ni. Sisik dia punyalah keras, gigihlah mokcik siang sampai kat kening nihah pon sisik dia hinggap. Oleh sebab yang makannya saya sorang jerk pon, potonglah kecik untuk masuk tekak sendiri then gorenglah bawang besar ngan cili api agak2 boleh lawan ngan kari daging tadi.

Wafiy dah ready nak makan chicken chop dia beli kat bazar yang terpaksa alihkan dari bekas polistren ke mangkuk plastik. Muka dah masam sebab chicken chop dah jadi rojak. Bila dah pegang macam2, habislah polistren tu senget2 sampai apa kat dalam semua dah tunggang langgang. Ikan tongkol goreng tu langsung tak disentuh elok duduk kat peti 2 hari sebelum campur ngan nasi goreng semalam.

Alahai syomelnya anak dara mokcik tolong buat cekodok sosej semalam. Tekak kalah orang puasa ni. Saya pon sibuk nak masak nasi goreng, sibuklah dia keluarkan tepung kat kabinet bawah dapur tu. Lom sempat saya tanya nak buat apa dia dah bukak fridge ambil sosej yang saya nak buat hot dog. 
'Mia nak buat cekodok sosej.' Eh! cakap macam teror jerk nak pi masak. Terus saya masukkan tepung, garam ngan air separa panas kat dalam bekas. Kacaulah dia perlahan2 ikut arahan sebab takut jugak dia terkena air panas tu hehe.

Sosej tu saya dah alihkan ke fridge awal2 sebab nak buat roti john ringkas macam ni. Orang kat rumah ni, tak payah nak beriya sangat nak masuk macam2 bahan kat dalam hidangan. Nanti langsung tak disentuhnya. Panaskan jerklah kuali leper, tenyeh ngan mentega. tuangkan telur dadar then tekap jerk dengan roti panjang2 ni. Sosej yang dah kena salai tu letak ajer tengah2 tu. Dah nak berbuka kang, masing2 nak sos cili ker, lada sulah ker, sos lada hitam ker sila lah request. Siap2 masuk segala kang ada pulak yang ngentan itu taknak ini taknak.

Buatkan jugak nasi goreng yang bahan2nya ikan tongkol, telur dan kacang panjang. Tak payah nak lebih2 kang ada yang makan terkuis2.

Inilah cekodok sosej cik Mia yang bukan main rangupnya diluar dan lembut didalam. Sukalah budak tak posa tu. Karipap frozen pon goreng jugak bila tekak ada aura2 tamak. Ada baki 2 lagi dah simpan kat peti pagi tadi ngeeeeeee.

Budak ni berangin lagi sebab mengantuk dah nak sampai2 berbuka tapi tak dibagi tidur.

2 comments:

Teacher Basariah said...

menarikla cokodok sosej tu..camna buat tu?

Azlina bt. Azis said...

alaaa cekodok biasa jerk tu. tapi taburlah sosej potong leper kat dalam tepung tu. anak saya tak makan kalau macam2 kat dalam huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...