MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, September 4, 2013

Anak rezeki dari Allah yang sangat berharga

Saper leh cantas statement ni kan kan. Semalam baru jerk my bff mengadu pasal nak cari pengasuh lain untuk anak dia. Sebabnya babysitter dia sekarang ada jaga ramai budak lain. Biasalah kan bila mengasuh ramai, kompomlah penjagaannya agak terbatas dan kompom tak dapat nak bagi tumpuan kan. Macam my bff ni, baby dia tengah batuk n selsema, kompomlah meragam lebih kan. Boleh plak babysitter tu call suh ambil baby tu sebab takut. Dahlah mokcik tu baru jer naik kerja dari bercuti 3 bulan. Kompomlah rasa serabut.

Sebenarnya saya jugak mengalami masalah yang sama masa anak2 tengah kecik dulu. Saya selalu stress bila memikirkan perkara2 macam ni. Lagi2 anak2 saya semua jenis tak duduk diam. Mengeletis jerk tangan dan kaki. Bayangkan saya terpaksa hantar 3 tempat berasingan budak2 tu sebab takder pengasuh yang nak jaga dorang sekali gus. Saya terpaksa redha jerk.

Paling seram bila pengasuh tiba2 cakap dah taknak jaga lagi. Tak payah sebut sebab, mokcik dah tau sebab apa. Lepas tu laju2 pikir kat mana nak hantar lepas ni. Bila dapat pengasuh baru, bila ambil masa petang, bila tengok kuku hitam melekat. Mokcik pon terpaksa redha jugak. Habis nko nak banyak songel.....saper nak jaga kan kan.

Dulu masa anak kecik2 saya tak pernah terpikir nak hantar anak kat Taska. Perkara pertama yang saya pikir, penyakit berjangkit mudah merebak kalau budak2 berkumpul ramai2. Lepas tu, kos hantar ke Taska lebih tinggi. Lepas tu, nanti dorang ni kurang kasih sayang haha. Sebenarnya hantar ke rumah pengasuh pun kalau dah nak demam ker, selsema ker, batuk ker dia tetap kena gak. Arfan dulu masa kecik2 pernah gak kena muntah2 sampai makan apa pon kompom keluar balik. Tapi apa kan daya, tetap jugak hantar ke pengasuh. Kalau tak hantar nak kendong pi opis gak ker ?

Sebenarnya jiwa ibu bekerja ni sentiasa kacau. Lagi2 masa baby bawah usia 2 tahun. Sebab masa tu dia tak tau apa. Kalau ada orang buli dia pon dia bukan boleh bagitau kita.

Atas sebab2 beginilah Mokcik terpaksa untuk merancang untuk tidak mengandung lagi. Adalah amat pening nak menguruskan orang yang boleh menjaga anak. Tak kiralah ambik orang gaji ker, hantar pengasuh ker, suh emak jaga ker, hantar taska ker. Semua pon ada masalah2 berkait. Tapi kalau Allah nak bagi jugak rezeki tu, Mokcik terima dengan tangan terbuka. Seronok sebenarnya ada baby ni. Tapi apakan daya untuk ibu bekerja ni saya terpaksa ambil keputusan tu selagi tak teraccident hehe.

2 comments:

ceywie ku said...

saya pun alami masalah yg sama sekarang ni. anak meragam kat rumah pengasuh AJE. tp bila ambik dan kat rumah ok pulak. tak tau la apa sbb dia mcm tu. dah mintak air tawar kat ustaz pun tak jalan jugak. duk kat opis pun tak tenang sbb asyik2 pengasuh msg anak meragam. aduhhh... nak hantar taska, alang2 hujung tahun ni serba salah pulak. ingat nak start hantar tahun depan. tp thn depan khabarnya yuran2 kat taska semua naik. makin ramai yg tak nak tambah anak la pasni kan. hehehe.. sori awak, terpanjang pulak luahan saya. salam kenal. ;-)

Azlina bt. Azis said...

itulah nasib kita ibu bekerja. salam kenal jugak hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...