MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Thursday, September 12, 2013

bila keliru

Adohaiiiiiii apalah nasib kena cari penceramah ni. Habis hah segala stesyen tv Mokcik pusing tanya pasal rancangan tv dorang. Tapi yang peliknya kenapa plak bos Mokcik suh tanya stesyen tv untuk jadi sponsor. Bukan stesyen tv yang cari sponsor ker ??? Mokcik ke yang bebal ni ??? Adoi.....bila tepon dorang, dorang suh tepon team rancangan tu sendiri. Dorang yang akan tentukan mana nak siarkan rancangan dorang tu. Errrmmmmm Mokcik keliru...amat keliru.
 
Oleh yang demikian jom kita cari2 gambar yang boleh kasi publish hari ni. Layan sangat kerja ni pon bukan leh sattle pon akakakakaka.

Ini gambar 2 minggu lepas. Akhirnya teruna terakhir dalam kumpulan ni telah menamatkan zaman bujang dengan jayanya. Gilang gemilang betul majlisnya. Memang cantiklah pelamin dia.


Cik Mia bergambar dah macam kenal lama jerk ngan pegantin. Selamber jerk muka bulat dia. Yang sorang lagi tu pon boleh tahan selamber. Macam nak kena lempangduaplohkalijer!!!!!


Hari tu tetiba ada wassup masuk. Tengok2 gambar budak bulat ni. Lepas tu tulis....Mia tak nak mandi. Saya kata kalau mandi, kakak pakaikan makeup. Baru laju jerk mandi.

Huhu sejak dua menjak ni, ini budak memang girl2 sangat. Lepas mandi jer nak pakai lipstik. Lepas tu berangan2 depan cermin. Lepas tu asal nak beli buku, mesti warna pink, nak beli baju mesti pink, nak selimut pink jer, hari tu pensel kaler abang dia hilang sebatang dalam kotak. Lepas tu jumpa sebatang tu kat dalam beg dia. YES!! dia rembat yang warna pink.

Ni gambar Jumaat lepas. Hari terakhir anak dara kak Siti ada kat rumah sebelum balik UPSI balik. Dia makeupkan lagi huhu. Dah makan opera cina Mokcik tengok nko nak.
 
Bukan main riang ria dapat pakai makeup. Lepas tu asik ajak pi shopping nak beli baju princess. Hambek nko!
 
 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...