MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, September 23, 2013

Apa nak citer erk ???

Akakakaka sebok nak kepoh gak walaupun dah takder apa nak citer. Bukan tau nak dok diam2. Tapi sebenarnya hati ini sedang gundah gulana sebab banyak kerja yang tak boleh nak sattle uwaaaaaaa. Pencarian Mokcik masih belum ketemu. Kenapalah dorang ni taknak bagi feedback. Hati ku hancur berkecai uwaaaaaaaa.
 
Tapi bila tengok gambar budak tecik ni hilang kejab tensionnyer. Sebenarnya dia perasan saya nak ambik gambar. Jadi dia posing kekonon tak perasan. Siap jerk saya snap, terus dia bangun nak tengok. Lepas tu tak puas hati, dia suh ambik sekali lagi. Saya malas nak layan lepas tu cakap nak ambik gambar baba.
 
Kebetulan masa tu en. Suami tengah nak tanggalkan lampu bulat tu. Bukan rosak. Tapi malas nak beli2 lagi. Angkut jerk lampu tu pasang kat bilik rumah baru akakakakaka. Banyak dah habis ni beli itu ini. Itupon tak sudah2 lagi. Maka pakai ajer apa yang ada akakakaka.

Bila en. Suami dah turun, naik pulak budak pipi bolat ni. Nasib lom sampai atas dah perasan. Snap gambar sekali. Mencicit turun. Bukan sebab takut. Sebab nak tengok gambar dia akakakaka ini macam budak pon ada.

Rumah memang cam tongkak pecah. Bukan sebab dah nak pindah sangat pon. Tapi bila senang2 ringan jerk tangan ni pi packing barang akakakaka. Sumer barang2 kaca yang tak berapa nak pakai sangat saya masuk dalam bekas2 besar. Dah standby kat atas almari tv yang hajat nak buang dah 5 tahun lepas tapi ada lagi ekekekeke. Almari tu saya beli kat Courth Mammoth masa baru2 kawin dulu. Almari ni dari mula beli dah lendut kat bahagian tengah tu. Tengok kat pemegang almari tepi tu, kan jauh selisihnya kan kan. Laci kat tengah2 tu pon dah habis terbarai. En. Suami saya yang pintar dan gagah perkasa kasi paku terus tak leh bukak sebab dulu Arfan suka tarik dan main dalam tu. Bila dia dah besar, Wafiy plak yang buat peel tu. Sebelum sempat Mia mengikut rentak, en. Suami kasi paku akakakaka. Minggu lepas saya suh en. Suami tanggalkan sebab dah sampai lupa ada harta Karun kat dalam tu. Almari tu pon dah memang nak kena lempar sangat2 pon sebab dia dah keluar biji2 kayu yang halus tu. Bila sapu bawah dia habis bersepah satu rumah grrrrrrhhhhhh tapi sampai laaaaa ni masih ada lagi kat situ uwaaaaaaaa.

Nampak kan ada 2 biji tv kat atasnya. Sebenarnya kedua2nya dah rosak akakakaka tapi masih tak dibuang jugak adohaiiiiiiii. Mokcik tak tau apa lagi yang en. Suami tunggu tunggu dan tunggu.


Perrrghhhh macam terbaek jerk Mak dia masak semalam kan. Makan sampai menyinsing kain gitu akakakaka. Sebenarnya dia makan nasi, telur dadar ngan kicap jerk tu akakakaka.

pelupa


Amat tension dengan diri sendiri. Pelupa doplopatjam. Dalam sesaat jer boleh lupa apa yang nak buat tadi. Semalam bawak eco bottle nak pi ambik RO water kat bangunan IPP. Sekali terpandang limau sambal kat tepi surau. Belek sekejab. Lepas tu nampak Gee belek daun limau purut. Dia kata ada ulat. Lepas tu saya pon sibuk nak tengok ulat tu. Lepas tu bersama - sama masuk surau. Bila dah masuk baru perasan bawak botol kosong.
 
Bila dah siap sembahyang Zohor, angkut eco botol tadi, bergossip2 lagi dengan Gee sambil melangkah balik ke opis. Nasib Gee ingatkan pi ambik air. Kalau idak, kompom masuk opis dengan botol kosong tu. Adesssssss
 

 

Semalam tengahari sebelum pi lunch join kawan2 pi petik cili api kat belakang opis. Sempat kutip suku bekas jerk sebab dorang dah siap. Takkanlah Mokcik nak kutip sensorang. Kat belakang tu kan ada momok akakakakaka. Lagipun apa ker jadah pi kutip hasil tengahari buta hahaha. Berkobar2 nak bagi separuh kat MAK cik Mia. Sekali.......................................lek jerk balik sedangkan bekas tu elok jerk kat atas meja. Masa dah setengah jalan baru teringat. Hampeh betol grrrrrrhhhhhhh!!!!!!!!!!!!



Wednesday, September 18, 2013

Old Town

Gambar2 ni sumer Mokcik sapu kat dalam wall fb fauziah ahmad ekekeke mudahkan. Mana mampu Mokcik nak tangkap gambar bila waktu makan. Lagi ada sponsor. Kompom lupa.
 
Sebenarnya saya nak pi makan nasi ayam jerk ngan Gee kat satu kedai ni. Tapi tah macam mana leh terjebak ngan group ni. Pi makan kat Old Town Taman Molek.
 
Cantik tak beg duit Mokcik tu. Ada orang puji seiii kat fb ngehngeh. Tapi kat dalam tu adalah seplohhenggetjer akakakakaka sebab ingat nak makan nasi ayam RM4 + air sehinggit. So malaslah nak pi mencucuk kan kan. Sekali pemilik Honda Accord bawak sampai ke sini. Cuak giler. Lepas tu pakat ngan Gee order makanan paling murah kat situ. Hadernyerrrrrrr

Ah! Apa kenapa seplohhengget tapi nampak cam kembung jer beg duit tu??? OOOooooo sebab dalam tu ada handset berpencapaian tinggi RM79 masa en. Suami belikan ritu. Tak taulah kalau jual balik sekarang RM1000 dapat ker idak. Nko haderrrrrr!!!!!!!

Birthday gigirl @ ibu baru naik kerja lepas berpantang posing kena suap oleh Gee yang mintak gambar dia kena edit supaya nampak putih. Bila dah putih tak terima pulak, nak nampak muka bersih jerk. Banyak songeh Mokcik sorang ni.

Sorang lagi birthday gigirl hari tu. Nak beli Shaklee leh cari dia. Sekarang ni tengah busy giler sampai dah boleh sarung balik baju masa beranak sorang hamboiiiiii.

Tuan belanja makan malu2 nak kena suap. Takut kalau habis korang order lagi ekekekeke.

 Mejoriti pilih menu ni. Mee Kari. Tetap mee kari Mokcik lagi sedap ngehngeh. Sapa nak tolong angkutkan bakul ni ???

Cara orang besau2 parking cermin mata masa makan. Mokcik pasrah, tak mampu buat cam ni. Yang ader ni pon dah 3 tahun tak tukar uwaaaaaaaa.
 
Konon dah sarapan berat. Nak makan ringan2 jerk. Sekali sampai stok leh simpan sampai malam ni akakaka. Dah order sendiri, lepas tu bebel2 sampai kucing pon kena marah sampai bergema satu Old Town akakakakaka. Saper tu saper tu akakakakaka sila refer gambar kat bawah.
 
Agak2 saperr???? Hehehe nak nyorok konon. Itu air diet namanya sebab punyalah masam sampai nak juling mata. Kitaorang order sebab itulah air yang paling murah. Tapi kalau tau ada yang nak belanja................
 
Ibu menyusukan anak kena makan nasi supaya cukup khasiat dalam badan. Tapi apahal pulak anak dara pon makan nasi sebeban ni. Lepas tu bising bila nak kurus bila nak kurus. Lepas tu nyorok taknak ambik gambar akakakaka. Ingat cantik sangat ke kerempeng naik pelamin. Balon jerk (nasihat dari orang yang jeles tengok orang kurus ngengengeh)
 
Bil hari itu. errrkkkkkk kenyang.
 
Semuanya kakak yang baju biru tu yang belanja. Kita panggil dia kakak sebab dia belanja ekekekeke. Terima kasih banyak2. Nanti2 bila beg duit pink tu tinggal seplohhengget lagi leh ajak dia pi makan lagi ni ngengengeh

SuperStar

Cerita 2 minggu lepas baru nak publish hari ni ekekekeke. Ni en. Arfanlah punya beriya2. Ikutkan saya takder kerjanyer nak pi Angsana ni. Lagi nak melayan si Mia yang excited dengan apa sahaja tu....adoiiii penat betul nak ngekor dia ke sana kesini. Tapi badan tetap membangun dengan jayanyer uwaaaaaaa. Baru timbang tadi. Kejab jerk tadi. Patut rasa sempit2 segala uwaaaaaaa lagi.....
 
Pemilihan calon SuperStar ni dorang buat kat Angsana 2 minggu lepas. Kitaorang terus pergi lepas ambil en. Arfan dari latihan futsal. Kalau balik rumah dulu kang kompom Mokcik malas nak kuar balik. Saya tak tengok sangat sebab terpaksa melayan anjer Mia. Tapi sempat jugaklah kerling2 bila en. Suami plak ambik alih tugas tu. 
 
Ada yang best ada yang macam akakakakaka cam manalah dorang ni boleh tergamak nak wat aksi ngeri kat tengah2 orang ramai tu. Rasanya kalau Mokciklah, masa tengah Q ambil giliran tu tiba2 Mokcik hilang tak dapat di kesan sebab dah tau performance cam hampeh tak payahlah nak berangan lebih akakakaka.Tapi takper sekurang2nya budak2 tu berani kan kan.

 
Tengah syok2 tengok peserta yang best berzapin.....eh! eh! Nampak opismate tengah cuti pantang bersalin pon ada. Jom kita snap gambar dia akakakakakaka.
 
Sampai terselit2 tengok dorang buat performance. Lepas tu mak dia asik cuit ingatkan jangan nak melebih2 sangat. Kang dah terhumban ke bawah, dorang pulak tengok korang buat performance.

Masa break tengahari tu, en. Suami ajak budak2 ni bergambar ngan budak2 SuperStar tahun lepas. Saya malas nak ikut sebab dah terpesona ngan satu kedai baju tu ngehngeh. Sekali rupanya satu gambar pon dorang tak ambik sebab masing2 pemalu. Loooorrrrrrrrrr pemalulah plak anak2 ambo ni. Jadi ambik gambar ngan backdrop jerklah yer..............


Alahai gedixnya kamu cik Mia. Berangan cam buat persembahanlah tu. Adohaiiii anak dara ni.


Thursday, September 12, 2013

bila keliru

Adohaiiiiiii apalah nasib kena cari penceramah ni. Habis hah segala stesyen tv Mokcik pusing tanya pasal rancangan tv dorang. Tapi yang peliknya kenapa plak bos Mokcik suh tanya stesyen tv untuk jadi sponsor. Bukan stesyen tv yang cari sponsor ker ??? Mokcik ke yang bebal ni ??? Adoi.....bila tepon dorang, dorang suh tepon team rancangan tu sendiri. Dorang yang akan tentukan mana nak siarkan rancangan dorang tu. Errrmmmmm Mokcik keliru...amat keliru.
 
Oleh yang demikian jom kita cari2 gambar yang boleh kasi publish hari ni. Layan sangat kerja ni pon bukan leh sattle pon akakakakaka.

Ini gambar 2 minggu lepas. Akhirnya teruna terakhir dalam kumpulan ni telah menamatkan zaman bujang dengan jayanya. Gilang gemilang betul majlisnya. Memang cantiklah pelamin dia.


Cik Mia bergambar dah macam kenal lama jerk ngan pegantin. Selamber jerk muka bulat dia. Yang sorang lagi tu pon boleh tahan selamber. Macam nak kena lempangduaplohkalijer!!!!!


Hari tu tetiba ada wassup masuk. Tengok2 gambar budak bulat ni. Lepas tu tulis....Mia tak nak mandi. Saya kata kalau mandi, kakak pakaikan makeup. Baru laju jerk mandi.

Huhu sejak dua menjak ni, ini budak memang girl2 sangat. Lepas mandi jer nak pakai lipstik. Lepas tu berangan2 depan cermin. Lepas tu asal nak beli buku, mesti warna pink, nak beli baju mesti pink, nak selimut pink jer, hari tu pensel kaler abang dia hilang sebatang dalam kotak. Lepas tu jumpa sebatang tu kat dalam beg dia. YES!! dia rembat yang warna pink.

Ni gambar Jumaat lepas. Hari terakhir anak dara kak Siti ada kat rumah sebelum balik UPSI balik. Dia makeupkan lagi huhu. Dah makan opera cina Mokcik tengok nko nak.
 
Bukan main riang ria dapat pakai makeup. Lepas tu asik ajak pi shopping nak beli baju princess. Hambek nko!
 
 


Tuesday, September 10, 2013

gambar terseksa

Adoiiiiii letih Mokcik melayan korang ni tau. Mejoriti tak mampu nak terima kenyataan muka masing2. Mata tersepetlah, tudung tersengetlah, Nampak pucatlah. Nak lawa cam mana lagi pon Mokcik tak tau. Nak buat kad jabatan jerk pon. Gambar seciput jerk cam besar dalam ic tu jerk. Tapi demand bukan main. Nak putih skitlah, nak licin skitlah, kasi fresh sikitlah.
 
Nasiblah ada en. Midi nak melayan. Maka shining2 sumer muka budak opis ni jadinya. Bukan main lagi suka memasing bila yang berjerawat jadi licin cam kulit epal, yang berkedut dah macam sweet17 balik, yang cam timor lester dah macam red indian wakakakakaka. Adoiiii kelakarlah korang ni.
 
Sampai tuan edit dah muak dok edit muka orang lepas tu muka sendiri pon asalkan boleh jerk akakakaka. Apa2 pon terima kasihlah kat en. Midi tolong photoshopkan muka kawan2 kita. Terima kasih gak kat cameraman en. Zam Kidal yang sentiasa sabar nak ambik gambar korang hah dengan camera sendiri. Ari ni dah hari ke 4 melayan korang ni. Itupun ada lagi yang belum ambik gambar.
 
Lepas tu ada plak yang kata dah ambil gambar. Lepas tu carik2 gambar dia takder. Tanya cameraman pon kata tak ambil pon gambar dia. Habis itu orang ambik gambar dengan saper????? Ayorrrrkkkkkkkkkk  
 
Pada saper2 yang takder gambar ngan saya, jangan nak mengaruk2 plak bila sumer dah pacak kad jabatan nanti yer. Mokcik ni tak manjer nak merengek2 kat korang untuk dapatkan gambar. Taknak bagi gambar dah. Lantak korang wakakakakakaka.
 
Akhir sekali meh tengok gambar Mokcik lek jer tak edit2 pon. Tapi double chin kasi tutup skit uwaaaaaaaaaaaa

Monday, September 9, 2013

gambar makan sesama

Hujung minggu lepas still ada open house. Walaupun minyak dah naik doplosen, walau raya dah habis, open house still on. Macam biasa, Mokcik suka pi open house. Bila dah dapat makan, kompom gambar takder ngehngeh. Lepas tu blur nak citer apa sebab takder gambar.
 
Ni gambar 2 minggu lepas  rasanya. Sebelum pi open house rumah abang kat Pasir Gudang, sarap dulu. Sebab sumer perut dah berkeroncong. Lagipun sebelum pergi tu, pi tengok rumah baru yang huru hara tu dulu huhu. Gambar kat rumah abang ngak ada hehe. Lepas tu pi plak open house abang ipar. Pon takdak gambar akakakakaka (eh tawer sensorang)
 
 Lately Mia suka makan dok sebelah Wafiy dan sangat baik waktu makan. Tapi waktu lain bercakaran.

 Ini hari lain. Tapi bleh plak baju Mia sama. Waktu ni, Wafiy baru balik sekolah. Kan boleh kongsi makan kan kan budak berdua ni. Wafiy order mee sup. Mia lek jerk tak order apa2. Bila mee sup sampai, Mia buat muka manja2 nak rasa.

Pon makan sesame. Gambar ni masa pi gathering family en. Suami kat Batu Pahat lepas seminggu raya kot. Bukan main lain lagi makan kerepek raya. Kalau kat rumah takdernya nak makan ni. Eh! Ada ker sumer ni kat rumah akakakakaka.

Nama pon adik beradik kan, time baik2 time gaduh2. Semoga sayang menyayangilah sampai ujung usia.......

Wednesday, September 4, 2013

Anak rezeki dari Allah yang sangat berharga

Saper leh cantas statement ni kan kan. Semalam baru jerk my bff mengadu pasal nak cari pengasuh lain untuk anak dia. Sebabnya babysitter dia sekarang ada jaga ramai budak lain. Biasalah kan bila mengasuh ramai, kompomlah penjagaannya agak terbatas dan kompom tak dapat nak bagi tumpuan kan. Macam my bff ni, baby dia tengah batuk n selsema, kompomlah meragam lebih kan. Boleh plak babysitter tu call suh ambil baby tu sebab takut. Dahlah mokcik tu baru jer naik kerja dari bercuti 3 bulan. Kompomlah rasa serabut.

Sebenarnya saya jugak mengalami masalah yang sama masa anak2 tengah kecik dulu. Saya selalu stress bila memikirkan perkara2 macam ni. Lagi2 anak2 saya semua jenis tak duduk diam. Mengeletis jerk tangan dan kaki. Bayangkan saya terpaksa hantar 3 tempat berasingan budak2 tu sebab takder pengasuh yang nak jaga dorang sekali gus. Saya terpaksa redha jerk.

Paling seram bila pengasuh tiba2 cakap dah taknak jaga lagi. Tak payah sebut sebab, mokcik dah tau sebab apa. Lepas tu laju2 pikir kat mana nak hantar lepas ni. Bila dapat pengasuh baru, bila ambil masa petang, bila tengok kuku hitam melekat. Mokcik pon terpaksa redha jugak. Habis nko nak banyak songel.....saper nak jaga kan kan.

Dulu masa anak kecik2 saya tak pernah terpikir nak hantar anak kat Taska. Perkara pertama yang saya pikir, penyakit berjangkit mudah merebak kalau budak2 berkumpul ramai2. Lepas tu, kos hantar ke Taska lebih tinggi. Lepas tu, nanti dorang ni kurang kasih sayang haha. Sebenarnya hantar ke rumah pengasuh pun kalau dah nak demam ker, selsema ker, batuk ker dia tetap kena gak. Arfan dulu masa kecik2 pernah gak kena muntah2 sampai makan apa pon kompom keluar balik. Tapi apa kan daya, tetap jugak hantar ke pengasuh. Kalau tak hantar nak kendong pi opis gak ker ?

Sebenarnya jiwa ibu bekerja ni sentiasa kacau. Lagi2 masa baby bawah usia 2 tahun. Sebab masa tu dia tak tau apa. Kalau ada orang buli dia pon dia bukan boleh bagitau kita.

Atas sebab2 beginilah Mokcik terpaksa untuk merancang untuk tidak mengandung lagi. Adalah amat pening nak menguruskan orang yang boleh menjaga anak. Tak kiralah ambik orang gaji ker, hantar pengasuh ker, suh emak jaga ker, hantar taska ker. Semua pon ada masalah2 berkait. Tapi kalau Allah nak bagi jugak rezeki tu, Mokcik terima dengan tangan terbuka. Seronok sebenarnya ada baby ni. Tapi apakan daya untuk ibu bekerja ni saya terpaksa ambil keputusan tu selagi tak teraccident hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...