Apakan daya, lepas jer balik dari outstation jumaat lepas teacher Wafiy call bagitau badan Wafiy panas betul. Terus jer saya pergi ambil dia kat NURI. Sampai jer kat sekolah, keadaan agak panik sebab Wafiy muntah dekat corridor. sekolah. Bertungkus lumus teacher kat situ menguruskannya.
Ingatkan setakat tu jer, sekali kat dalam kereta pun dia muntah. Saya jadi panik sangat dan bawa terus ke klinik. Kat klinik pun muntah jugak. Bila balik rumah pun muntah jugak. Memanglah tak keruan perasaan ni. Nak masak pun jadi tak tentu hala. Nak bagi makan ubat kenalah makan dulu kan.
Nasiblah ada sepeket maggie. Kasi rebus dansuruh dia makan. Mungkin sebab perut dah kosong, Wafiy makan sampai habis. Saya suruh dia rehat kejab sementara saya nak mandi. Lepas tu bagi dia makan ubat. Selesai jer makan ubat dia terus lari masuk toilet. Adoiiii bukan setakat ubat jer yang keluar, setiap helai maggie yang dia makan semua habis keluar.
Lepas setengah jam muntah lagi. Lepas tu muntah lagi, muntah lagi dan muntah lagi. Ingat pagi tu kalau terusan cam tu, memanglah kena bawak terus pergi hospital.
Masa saya bangun untuk Sembahyang Subuh, tengok dia tidur memanglah keletihan. Badan pun panas. En.Suami kata nak pergi kerja dulu, lepas minta kebenaran baru balik untuk ke hospital.
Pukul 8.30 pagi, Wafiy tersedar dan masuk toilet dan muntah lagi. Dah tak ada apa yang keluar kecuali cecair kuning. Lepas tu tidur kembali.
Alhamdulillah.... hari ni nampaknya Wafiy beransur sihat lepas dapatkan khidmat dari hospital. Harap2 tak mengganggu exam dia esok.
No comments:
Post a Comment