Sebenarnya bukan nak citer pasal salah menyalah ni. Tapi nak citer pasal mokcik gubah bunga U!!!! Hahahaha. Minggu lepas, pihak pentadbiran kasi kat setiap cawangan bunga dan pasu untuk hiaskan cawangan sendiri. Tapi kena gubah sendiri. Hahahahaha mokcik ni manalah sempat nak menghias pon. Kalau dapat kekal bersihkan rumah setengah jam pon dah kira bersyukur sangat2. Yang saya terror, lesing barang2 masuk tong sampah. Itu memang kepakaran mokcik.
Macam mana pun, terpaksalah terima jugak job baru tu. Maklumlah, dah mokcik jerk kat cawangan ni. Yang lain sumer pokcik2 belaka.
Saya memulakan aktiviti menggubah lepas sembahyang subuh Ahad lepas. Kenapa???? Huhuhu sebabnya masa tu jerk yang free dan pembantu2 mokcik lena. Kalau waktu lain, maunya tinggal tangkai jerk pokok tu. Bila dah siap pon letak atas peti ais. Itu pon cik Mia asik suh bawak turun sebab nak tengok. Saya dok akalkan dia kat celah bunga tu ada cicak. Saya takut nak pegang. Barulah dia diam.
Haaaaaahhhhh!!! Cantik tak gubahan bunga saya ni. Sebelum bawak opis kasi posing skit kat atas meja makan.
Tak cukup dengan tu, kasi bergaya plak dengan kuih2 balance raya ritu.
Kalau letak kat sebelah TV ni pon ok gak ni. Hehehehe
Dan akhirnya, dia sana tempat mu bunga ku. Jadikan penyeri sempena kedatangan Audit Pengurusan hari ni.
No comments:
Post a Comment