MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, September 18, 2012

penat

Bila kat office ni, kengkadang lebih lega berbanding kat umah. Lagi2 bila baru jer balik dari kampungkan. Dengan baju kotor berbukit, baju lepas jemur tak berlipat, dengan segala beg berselerak.

Balik kampung awal minggu lepas. Hari Khamis pagi2 dah tersembul muka kat kampung. Kebetulan Arfan cuti sebab UPSR kan. Hari Jumaat ini guru besau kasi cuti sehari hehe sesekali.

Rasa tak senang hati sebenarnya sebab mak dah demam 2 minggu sebelum tu. Hari kahwin Iza dah nak sampai, sedangkan banyak perkara belum beres. Terus jer minta kebenaran en. Suami dok rempit balik Melaka.

Huhh memanglah berbaloi balik awal. Penatnyer.... nak bediri tegak pon tak larat. Alhamdulillah sesampai saya di kampung, demam mak dah kebah. Masa hari langsung pon, mak kelihatan sihat sepenuhnya.

Ni kain baju yang belum dilipat sehingga malam tadi. Kuantitinya dijangka akan bertambah malam ni, sebab malam tadi ada lagi yang telah disidai huhuhu. Ada sesiapa yang boleh hulurkan bantuan ???? Nak upah Tupperware ni

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...