MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, November 30, 2011

Ulangtahun Pertama Penglibatan dalam TUPPERWARE BRANDS

Alhamdulillah...1 Disember 2011 sudah. Hari ni genab setahun saya melangkah bersama TUPPERWARE BRANDS. Pencapaiannya setakat ni sekadar ok jer. tapi sales telah mencapai lebih dari RM45k. Kenapa saya kata sekadar ok jer... sebab downline tak ramai dan tak dapat ke Medan / Lake Toba tahun ni. Huhuhuhu... Orang lain yang seusia perniagaan saya dah berjoget2 ke sana. Tak perlah, cuba lagi tahun hadapan. (Ekekekeke saper lagi nak memujuk kalau bukan diri sendiri)

Teringat detik2 awal penglibatan saya dalam dunia ini. Saya memulakan langkah akibat dari pembatalan pembelian rumah idaman saya pada tahun 2008. Rasa yang amat sedih sebab banyak perkara terjadi akibat pembatalan itu. Rasanya saya dah cerita sebelum ni. Sila rujuk page2 bawah yer hihihihi. Segala drama surat bersurat dan maki memaki selesai pada akhir tahun 2010. Saya mengucapkan berbillion tq kepada pihak NCCC dan Jabatan Perumahan kerana banyak membantu saya mengatasi masalah. Saya menerima kembali wang pendahuluan kurang lebih RM8k. Mulanya saya berhasrat untuk menyimpannya kembali ke dalam ASB. Tapi waktu itu, dah hujung tahun. Jadi saya ubah fikiran untuk buat sesuatu dahulu dengannya. Dalam mencari tapak yang sesuai, tetiba saya terpanggil untuk berkenalan dengan Nurulhuda bt. Ibrahim selaku upline saya sekarang. Saya berminat melayari blog miliknya dan mula add dia di facebook. Paling best waktu itu, Nurul buka keahlian percuma. Apa lagi...jangan lepaskan peluang free ini. Sebab saya memang suka yang free ajerr. Waktu itulah bermula segalanya.......



Mia bersama eco bottle purple masa saya mula2 bersama Tupperware. Waktu ini, Mia baru 11 bulan.








Mia kini, berusia 1 tahun 11 bulan. Eco bottle purple diatas muncul semula setelah setahun. Tapi Mia tak bergaya ngan eco botol tu. Cuma baju jerk yang purple. hehehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...