MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, November 28, 2011

Kampung oh kampung

10 hari di kampung memberi kenangan terindah dalam hidup saya dan anak2. Dah lama rasanya tak balik kampung relaks2. Bukan tak balik sebelum ni, tapi balik bersebab. Ada jer agenda lain yang perlu diuruskan. Anak2 pon bukan main semangat. Maklumlah, sebelum exam kena study study n study, lepas tu pack ngan exam, lepas habis exam.. macam2 aktiviti kena layan. Best memang giler2 disamping membina badan dengan masakan mak yang amat rajin melayan tekak anaknya ini. Anak2 pulak apa lagi, asik berbau peluh di waktu siang. Si kecil Mia dah mula pandai keluar rumah. Geramnya..tak suka pakai kasut. Kalau pakai pun setakat syarat untuk lepas keluar. Lepas tu, selipar entah kemana. Yang paling best, ada order dari saudara mara. Jadi, sambil menyelam, minumlah air. Hehehe...


Sayangnya 3 hari terakhir di kampung, bila en. suami dah ada dikampung hajat kami sekeluarga nak jalan2 sekeliling Melaka terhalang dek hujan yang lebat memanjang di waktu petang. Cuma dapatlah pergi ke Sabak Aur, Muar menikmati ikan bakar. Lagi2 bila dapat makan free, adik yang bayar. Best2.



Gambar kat atas ni sempat dirakamkan semasa Mia diiringi 3 bodyguard pulang semula ke rumah. Sebelah kanan gambar ada padang futsal yang dibina oleh tokey besi yang rumahnya ada van tu. Huhuhu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...