Indah sungguh pagi ini. Dah lama rasanya tak rasa matahari pagi semasa drive ke opis. Maklumlah cuti sampai 10 hari di kampung. Semalam pulak mendung memanjang.
Sebenarya pagi tadi agak terlewat bangun. Pukul 6 baru dapat bangkit, sebab Mia masih demam. Jadi susah skit nak tinggalkan dia. Hasrat pagi ni malas nak buat breakfirst. Tapi, celik jer mata Arfan tanya apa yang dimasak hari ni. Alaaaahaaaaiiii....sampaikah hati seorang ibu ini nak membiarkan si anak pergi ke taska tanpa makan. Tetiba terlintas nak dadar telur jerk. Boleh makan dengan roti potong. Pantas ajer tangan ni pi buat apa yang patut. Masa tu jam dah pukul 7.15 pagi. Sebab takut terlewat, masukkan ajer ke dalam bekas TUPPERWARE. Suh kongsi dengan Wafiy. Ada pulak permintaan lagi, nak bawak bekal air pulak. Huhhh..nasiblah ada simpan air sirap malam tadi. Apa lagi, masukkan ajer kat dalam personalized tumbler milik dia. Tumbler ni special skit. Boleh letak kertas kat antara dinding dia. Arfan suka sangat kat majalah ANA MUSLIM. Jadi dia potong keratan yang dia suka dan selitkan ajer kat situ. Cantikkan....
No comments:
Post a Comment