MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, August 19, 2013

RAYA 2013

Ini semua gambar sekitar kat MelakaDah tak ingat pi bazar yang kat Bandar Melaka tu bila. Tapi kompon sebelum raya, sebab pergi kat situ semata2 nak carik baju melayu warna merah untuk pakai masa raya. Warna tema raya tahun 2013 pilihan Arfan. Dia kata tu warna pasukan rumah sukan dia. Nak jugak. Akakakakaka kalau Wafiy yang mintak sedap gak bunyinyer. Ni Arfan, Arfan ok! Takper...... Mokcik turutkan jer. Sebab bila Mokcik yang pakai gerenti terkesan ekekekeke.
 
Pergi tumpang kereta hubby Iza sebab dia kata kalau ikut jalan biasa jem giler. Jalan luar biasa kitaorang tak tau. Baik ikut jerk dia. Oleh kerana cik Mia tak tidur2 lagi walaupun dalam perancangan nak tinggalkan ajer. Terpaksa bawak dia sekali. Lepas tu wat perangai nak jalan ikut suka dia grrrrhhhhhh. Sekali pusing punya pusing punya pusing........ada gerai yang ada baju merah untuk Wafiy jerk. Ada gerai untuk Arfan jerk. Ada gerai untuk en. Suami jerk. Mau 5 ker 6 gerai jugaklah masuk tapi takder warna merah untuk sumer hero tu. Malas nak berjalan lagi.....saya ambik jerk warna cam sirap campur oren tu. Oklah cam merah2 gak huhuhu. Nasiblah Arfan pon ok jerk.
 
Sementara nak tunggu Iza carik plak baju dia, kitaorang singgah gerai yang lukis muka kita jadi kartoon tu. Oleh kerana satu kepala RM10, suh lukis gambar Mia jerk. Mak Pak tak payah nak katon2 sangat. Membazir haha.
  
Bila dah siap, masa kitaorang jalan menuju ker kereta. Dia renung jerk lukisan tu. Lepas tu pandang en. Suami sambil mencebik. "Gemuk." Akakakakaka kitaorang bantai gelak. Baru perasan yang nko tu debab yer.

Masa kitaorang dah sampai kat kereta, Iza ngan hubby dia still lom habis shopping. Masa tu dah nak dekat pukul 1. Saya ambik gambar ni sambil duduk. Mia still pegang lukisan tu eekekeke

Inilah gambar keluarga kami yang paling boleh diterima pakai. Gambar lain lagi hampeh perangai sorang2 huhu. Kopiah tu en. Baba beli masa pergi Umrah.

Berdiri tak sama tinggi, duduk pon tak sama tinggi akakakaka. Yang penting kami bahagia kan kan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...