MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, August 13, 2013

RAYA 2013

Lama gak erk blog saya ni tak berbunyi. Kalau dah kat rumah, dah kat kampung, memanglah saya busy semacam skit. Banyak bender nak buat dan siapkan. Kalau ada pon masa......cantik2 jerk untuk rehat2kan badan. Memang dah tak sentuh gajet2 ni. Telefon pon Mokcik tak ingat letak kat mana haha. Memang nangeslah korang kalau nak contact Mokcik masa cuti.
 
Hari Jumaat sebelum raya ritu saya dah ambik cuti. Dalam perancangan nak cuti Isnin sampai Rabu jer. Sabtu nak balik kampung en. Suami dulu. Ahad baru nak balik kampung Melaka. Tapi kereta tak service lagi, rumah macam kapal karam di udara, baju2 tak packing lagi.................cutilah jawabnya.
 
Bila dah hari Sabtu, MIL tepon kata nak datang JB. Nak beli barang untuk raya. MAKA....................................terus ke Melakalah kita yer ngehngehngeh. Tapi sebelum balik Melaka kita pi berbuka sama2 mertua dulu. Ambik hati dulu. Nko nak jadi menantu derhaka ker haper !!!!!
 
Tapi sampai Melaka tetap hari Ahad sebab sampai dah pukul 1 pagi. Tayar pecah nko dekat2 Yong Peng. Cuak Mokcik takut ada orang wat nayer. Sayang betul tayar bunga masih tebal. Koyak besar, tapi tak tau langgar apa tah dah tengah2 malam tu. Alhamdulillah sampai gak ke Melaka dengan selamat.
 
Hari selasa en. Baba potong 3 ekor itik yang dia bela sendiri. Saya kutip segala pedal ngan hati wat masak kicap. Buat berbuka malam tu. Hati itik tak macam hati ayam yer. Lebih pejal dan nyum nyum hehe.

Keluarga abang balik ngam2 masa orang tengah berbuka. Lepas dah kenyang, Arfan bukak games jutaria dia. Tengok! Banker dah pening paler.
 
Ini gambar pagi Rabu, anak2 dah boleh diharap dok kopek kerang. Kalau tau ada tukang kopek, leh beli banyak lagi. Kerang masak rendang cili sold out di pagi raya uwaaaaaaaa.

Kek buah - buahan puan mak buat. Wajib ada setiap kali raya.

Kari itik yang melotups dalam kuali besauuuuuuu

Rendang ayam pon dalam kuali besauuuuu

Selain tu, ada sambal kacang, sambal goreng jawa, ayam masak merah, lontong. Kan kitaorang ni Johor vs Melaka. Maka kedua2 makanan tradisi kenalah ada kan. Tapi cam biasalah yer bila ada makanan Mokcik lupa segalanyer.................tu sebab takder gambar hehehe SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...