MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, April 15, 2013

Suker ler tu


Punyalah xcited nak gi greading (mokcik main bantai jerk ejaan ni ikut sebutan Arfan) ritu. Saya plak yang termenung kejab sebab kena bayar RM50. Lepas tu tanya dia, kalau tak lepas, kena ulang balik ker ? Kena bayar lagi ker ? Arfan angkat bahu, lepas tu wat hal sendiri.

Masa latihan Sabtu lepas, masa saya nak bayar untuk greading tu, saya tanya master pasal tu. Master gelak2 lepas tu cakap. "Anak you mesti lepas punya, saya bagi dia test belt peringkat 2, dia sangat rajin. Don't Worry!!!" Sambil tepuk2 bahu Arfan. Tesengih jerk budak itam2 si tampuk manggis tu.

Ahad lepas dia pi test tu. En. Suami yang hantar. Saya banyak mender nak beres kat rumah. Lagipun kena pergi awal pagi. Malas nak paksa2 en. Wafiy bangun. Kesian nak kejutkan cik Mia. Lagipun baju sebeban nak iron untuk seminggu.

Dan akhirnya....Alhamdulillah dapat gak dia belit belt kuning peringkat 2 dia tu.

"Kawan kita dah ada yang dapat belt hijau ma." 
 
"Sapa suh main tak ingat diri. Kalau tangan tu tak patah ritu, dah hijau peringkat 2 agaknya."

"Takper ma, ada orang tu dah besar baru pakai belt putih hahaha"

"Menjawab menjawab tahun ni sumer kena dapat band 6 bayar balik duit mama tu."

Mulut tenganga sambil besarkan lubang hidung.

3 comments:

Lynn Hamzah said...

hehehehe...dah tukar tali pinggang ek...cayalah affan...

Ogy Nordin said...

Singgah sini..salam perkenalan :)

are_lin@yu said...

wahh cayalah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...