MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....
Monday, April 1, 2013
pertemuan terakhir
Kerja agak banyak sejak akhir2 ni menyebabkan tak banyak N3 boleh dihasilkan. Tapi tengahari ni, hati bertegas jugak nak siapkan N3 berbaur pilu. Ini gambar pertemuan terakhir saya dengan kak Rosni. Baru tadi izan bagitau beliau telahpun meninggal dunia. Innalillah...
Perkenalan saya dengan beliau tidaklah serapat mana. Cuma sekadar bertegur bila berjumpa dan di skype sahaja. Sikap tidak sombong beliau dan suka menolong sebenarnya yang membuatkan saya sentiasa ingat dan mencari beliau setiap kali singgah di Bahagian Pengurusan Maklumat.
Masa saya pergi ke LPP Kuala Lumpur bulan lepas, amatlah terperanjatnya sebab keadaan beliau begitu kurus, serius!!! hingga saya tidak kenal. Tapi masih tetap ceria dan suka mengusik. Hinggakan saya dengan berseloroh mengusiknya janganlah diet sangat, nanti saya tenggelam sebab kak Rosni comel sangat.
Bila berdua dengan Izan, izan bagitau yang kak Rosni sakit hati. Saya tergelak sebab ingat Izan berseloroh dan dengan sepantas kilat menangkap yang Izan bermaksud yang kak Rosni ada musuh yang dia tak suka lihat. Izan cakap, betullah kak, kak Ros ada cancer hati! Terus hati berdoa semoga beliau boleh sembuh. Oleh sebab dia cuba menyembunyikan dengan sentiasa senyum dan suka mengusik, saya berpendapat mungkin penyakit tu tidak terlalu serius.
Tak sangka gambar itu, adalah pertemuan terakhir saya dengan dia. Sedangkan kami terus menerus berbual mesra dan bergelak ketawa. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment