Malam tadi tak masak sebab garam habis haha. Memang betul2 ni. Bukan cobaan. Asik lupa jer nak beli. Kejab lagi baru pergi beli. Rini Jumaat rehat panjang skit. Lepas Zohor nanti baru pergi S'Mart kejab beli apa yang patut.
Jadi malam tadi saya pergi makan kat satu tempat ni.............tapi lupa plak apa nama tempatnya. Tapi, dekat dengan Larkin. Sebab saya selalu ngekor en. Suami ambil barang dekat Proton Part Larkin dengan alasan nak makan kat tempat ni. Tapi malam tadi en. Suami tak kena ambil barang pon. Tapi saya ajak gak datang sini sebab teringin nak makan jeng jeng hehe.
Tempat ni famous ngan sup gearbox sebenarnya. Dulu masa en. Suami kerja kat PPC Larkin, saya kerap suh dia tapaukan sup daging ker, ayam ker bila dah takder idea nak masak apa. Tapi hari ni bukan nak makan sup pun. Sebab kalau makan sup kat sini selalu jerk tak habis. Bukan setakat sup tak habis, makanan lain pon tak habis sebab semua pon banyak belaka.
Kuehtiew sup berasap Arfan dah sampai. Nasi Goreng Pataya Wafiy pon dah sampai. Mama punya jerk belum sampai. Aisssshhhh suspend betullah hidangan apa yang best sangat tu akakakaka.
En. Suami wat muka, tunggu pinggan kosong tak sampai2 sebab Wafiy makan kompom tak habis. Mia dapat otak2 pon jadilah. Lagipun dia demam lagi malam tadi, so kurang berselera kot. Otak2 tu pon dia makan satu jer. Peliknya budak berdua tu tak usik langsung otak2 tu. Selalunya sampai menjerit2 berebut.
Nasi Goreng Pataya takmo Sos untuk Wafiy yang banyak giler. Wafiy makan suku jer nasi tu. Itupun mama dia yang tolong suapkan. Kalau harap dia, silap2 nasi tu tak luak langsung. Telur jerk dia bedal kang.
Yeeeeeyyyyyyy dah sampai!!!!!!!!!! Inilah Nasi Goreng Tomyam yum yum. Memang sedap betullah. Lagi2 Udang 3 ekork yang digoreng ngan tepung yang very2 crunhcy tu errrmmmmm sedapnya hehe. Pon banyak giler. Paksa en. Suami makan separuh. Mokcik diet haha.
Ini budak demam tak reti duk diam. Asik merayap jerk kejenya. Boleh dia join makcik meja sebelah tengah bergossip. Bila suh duduk kat group kitaorang, wat muka comel plak.
Lepas tu bebel2 pergi peluk tiang nun. Kuat berangan minah ni. Macam mokcik gak masa umur cam dia hahahaha
No comments:
Post a Comment