MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, October 31, 2012

ni dialah punya pasal

Kenal tak mender ni ?? Jangan nak bajet omputeh sangat ok!! Mokcik ketuk batang hidung sorang2 kang haha. Ada citer kelakar kesian telah berlaku malam tadi gara - gara otak2 ni. Kelakarnya sampai dalam kereta nak pi opis pagi tadi pon saya tergelak sensorang. Kesiannya dah hantar ke Taska budak Wafiy tu pon terlupa plak nak letak lagi ubat gamat kat luka dia adooiiii!!!!!

Kisahnya terjadi masa kami nak makan malam tadi. Makan kat Larkin. Tempat yang glamour ngan sup daging tu. Tapi kami tak makan sup pon, tapi makan nasi goreng Tomyam. Sedap tau. Banyak pulak tu RM6 sahaja sepinggan. Tapi terlupa nak ambil gambar gara2 kisah kelakar kesian tu hahahaahahhhuhuhuhu.

Macam biasa, bila duduk jerk. Otak - otak akan sampai dulu kan kan. Tapi malam tadi, otak - otak tu baru kena bakar agaknya. Lambat skitlah. Mia terus merengek2 nak otak2 tu. Lepas tu dengar pulak Wafiy membebel2 cakap Mia tu nak makan semualah tu. Itulah inilah.

Bila sampai jerk, semua dah ready nak capai. Tapi semua telan air liur jerk sebab masih panas. Saya syaratkan sorang makan dua ajer. Memandangkan kami berlima dan otak2 tu ada 10. Lagilah Wafiy membebel2 cakap tak cukuplah, tengah laparlah pangpungpangpung.

Dalam orang lain berkira2 nak capai takut melecur tangan. Wafiy dah capai dua, takut sangat tak dapat makan. Bukan main gelojoh lagi. Bila Mia tengok Wafiy steady jerk bukak daun kelapa tu, dia pun apa lagi terus bukak dan ngap ngap bukak lagi ngap ngap dan bukak lagi. Waktu tu saya bangun untuk gandakan kerusi Mia supaya tinggi sedikit. Mulalah Wafiy naik berang. "Mana boleh!!! Mia dah makan tiga. Wafiy baru nak makan dua." Wafiy terus panjat kerusi saya yang ada antara dia dan Mia untuk capai satu lagi otak2 yang ada didepan Mia sambil mulut membebel2 kata Mia jerk yang boleh makan banyak, Wafiy pon nak jugak gitu gini. Sekali...Gedepokpok!!!! Sekali saya toleh Wafiy dah tergolek dengan kerusi saya sekali.

Waktu tu saya rasa cam nak marah sangat sebab dia suka wat aksi gelogoh gitu. Tapi tiba2 rasa cam kelakar dan nak gelak tapi control. Sekali Arfan pulak yang terlepas gelak dan saya tergelak jugak. En. Suami nampak yang Wafiy naik malu dan bangkit lalu duduk kat kerusi dia sambil diam. Saya tak sempat nak menolong sebab tengah berusaha nak tindihkan kerusi Mia. Lepas tu en. Suami buat2 marah Arfan suruh diam. Arfan pandang saya sambil muka berkerut dan kami tergelak lagi. Sebab kami jerk yang nampak cara Wafiy jatuh dengan keadaan yang kelakar sebab dok nak berebut otak2.

En. Suami panggil Wafiy supaya duduk sebelah dia dan cakap yang kami tak patut ketawa. Lepas tu berdrama pulak yang kesian kat Wafiy sambil cek2 tangan dan kepala samada ada luka. Memang ada luka sikit kat jari telunjuk dan bawah telinga. Sebab lantainya hanya disimen tanpa diplaster. Mulalah kesedihan melanda dan air mata berguguran. Drama berlanjutan plak dengan Mia yang dari tadi dok tercengang dengan babak tadi mencubit sedikit otak2 dari tangannya dan menghulurkan kepada Wafiy. Yang kelakarnya cubitan tu amatlah sedikit. Arfan dan saya dok tergelak lagi dan kena marah lagi dengan en. Suami. Maka semakin lajulah air mata yang mengalir.

End of the story, mokcik tapaukan 10 batang lagi otak2 tu bawak balik rumah. Sampai kat rumah takdernya pun habis. Nak view kedai makan jugakkkkkk!!!!

2 comments:

Lynn Huraiza said...

alahai...kesiannya wafiy...nanti beli banyak2 kak...leh bakar kat rumah...

Azlina bt. Azis said...

ada lagi 4 batang kat umah tu. takdernya nak berebut pon. kat kedai jerk semangat membara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...