MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, October 22, 2012

Sabar, dugaan

Ritu ada cakapkan yang saya rasa sayu jer hati nak tinggalkan anak dara saya sebab kena pergi kursus. Kalau tak ingat meh klik sini hehe. Tup2 kursus tu tangguh pada hari ni hingga Rabu nanti. Bila Man Kueh offer diri nak gantikan saya, senyum lebarlah saya dengan bagi support giler2 supaya dia tak tukar fikiran eteteetee.

Start Selasa lepas, Mia demam. Sahlah berjangkit dengan Wafiy. Khamis baru start selsema dan batuk. Bila dah start macam tu, saya terpaksa sentiasa ambil langkah berjaga2. Pergi klinik ambil gas. Itu jerklah ubatnya. Sebab Mia susah makan ubat. Kalau paksa pun, lepas masuk perut boleh keluar semua sekali dengan apa yang dimakannya. Tapi kadang2 bila angin baik, boleh pulak telan.

Hari Jumaat, masa ambil Mia dari rumah pengasuh, saya terperanjat bila nampak ada tanda melecur sebesar duit 5 sen kat lengan kiri dia. Terus jer saya call kak Siti nak tahu kenapa. Kak Siti kata, tanda tu memang dah ada masa dia datang pagi tadi.

Saya tanya Mia saper yang buat ? Mia tak layan pon sebab masa tu demam. Dia buat hal dia jerk.

Bila En. Suami balik dari kerja, dia bagitau dah nampak tanda tu masa nak hantar pagi. Saya jadi pelik. Sapa yang buat sebenarnya ni ?? Saya sapu minyak gamat. Tapi bukan main susah lagi sebab dia tak nak.

Esoknya, masa nak hantar ke rumah pengasuh, tengok ada pulak tanda yang serupa kat pelipat lengan tangan kiri pulak. Tapi kecil sikit. Yang belah kanan dah membesar cam syiling 10sen. Aduhaiiiii ini cam penyakit jerk. Mulalah saya rasa bimbang sangat. Tapi hantar jugak ke rumah pengasuh.

Malam tu saya pergi klinik lagi dan doktor sahkan itu penyakit akibat dari kuman. Kena jaga baik2 sebab boleh berjangkit. Dia bagi ubat sapu, tapi macam tak berkesan jer. Sebab makin lama makin besar. Malam ni, ingat nak pergi lagi 1 klinik. Kalau tak jalan jugak, terpaksa pergi klinik pakar esok.

Nasiblah saya tak pergi kursus tu. Sapalah nak handle perkara2 macam ni ? En. Suami ?? Hermmm harap tengok jer bolehlah.


2 comments:

Lynn Huraiza said...

kesiannya mia...moga cepat sembuh yer...

Azlina bt. Azis said...

Tq Lynn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...