MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, October 23, 2012

nak tahu makna nama

Dulu2 masa kita, terima jerk mak abah nak panggil apa. Tak pernah pon peduli mak abah dok rembat nama tu kat mana pon. Yang kita tahu, bila orang panggil cam yang mak abah kita panggil tu, kita toleh jerk. Sekali orang tu panggil orang lain daaa, paling tidak pon buat2 selamba balik untuk cover malu.

Kalau tanya makna pon, bukan dorang tahu pon huhuhu. Main letak jerk asal sedap disebut. Kalau nasib baik, dapatlah nama yang baik. Kalau tak ? huhu telan jerklah. Macam nama saya ni, puas dok selak. Takder makna. Kira selamatlah tu.

Masa saya dok mengandungkan Arfan, zaman sudah kedepan. Ustaz dah dok canang carikan nama yang baik untuk anak2. Zaman jahiliah sudah berlalu ok!. Baru mengandung sehari dah sibuk beli sebeban buku duk nak carikan nama anak haha.

Lepas dah dok pulun study setiap nama. Kasi list pulak nama terbaik. Lepas tu main baling dadu pulak sebab nak pilih 1 jerk pon. Bila dah dapat, ehhhh sayang pulak nama yang lain ni nak dilepaskan. Mulalah merepek meraban kasi sambung semua nama tu. Hambik nko !!!!! Sampai tak cukup space nak tulis nama jerk haha.

Yang paling kelakarnya, lepas dah beberapa tahun. Lepas dah pulak carikkan nama untuk adik2 dia, lepas buku2 nama pon dah tah kemana, makna nama Arfan pon mokcik dah terlupa. Yang budak2 ni pulak, taksub betul ngan cikgu dia. Entah apa yang cikgu dorang kelentong kat dalam kelas, sibuk betul nak tahu nama memasing. Siap ugut2 bagai. Bila cakap, jangan takut, mama dah namakan awak dengan nama yang cukup baik. Cuma terlupa jerk apa ntah ?? Nak tahu jugak, nak tahu jugak.

Terpaksalah mokcik gi google tadi dan nasiblah jumpa.

Akmal - Sempurna, sangat pandai.
Arfan - Gratitude

Hah ?? Gratitude ?? apa ke benda tu ?? Bukan lain ker maknanya dulu ?? Cam lain jerk maknanya errrmmm apa nak jawab ni ???


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...