Malam tadi sejarah tercipta bila Mia mampu menggoda Wafiy untuk makan durian. Comel!!! Bila Mia menggedik2 mempelawa Wafiy makan. Selama ni, jangan kata nak rasa2, baru nampak jer dah menjuih bibir 2 orang hero tu. Entah macam mana, Wafiy boleh 'mengilau' bila tengok Mia membaham satu persatu ulas durian sambil bersila. Si Mia tu, semua makanan pun dia belasah. Selagi bukan benda pedaslah.
Mula2 Wafiy minta seulas untuk jilat2 jer. Lepas tu en. Suami suh gigit sikit dan rasa. Mulanya dia sengih2 jer, tapi bila Mia kata sedap2 dan angkat2 mata menikmati rasanya buat Wafiy rasa nak mencuba. Bila dah confirm durian tu sedap barulah berlumba2 dua beradik tu makan. Arfan ??? Entah!! Kat bilik layan gameslah tu. Tak herannya dia.
Durian free tu. Bos suami belanja kat ofis dia. Bila ada lebih, en. Suami sapu bawak balik. Ada 4 biji kesemuanya. Isinya semua elok. Tapi taklah cam isi durian yang mahal tu. Kira oklah semuanya boleh makan.
En. Suami, seperti biasa just makan setakat sekelopak dua jer. Maklumlah darah tinggi. Biasanya supermak jerk yang perabihkan. Tapi kali ni, suka tengok budak berdua ni berselekeh dengan bau durian.
No comments:
Post a Comment