Sebelum dorang sampai Mokcik makan dulu haha. Kang dorang sampai tengok Mokcik mengah2, mesti dorang ingat punyalah penat masak untuk dorang. Sedangkan 2 pinggan bagus punya masuk dalam perut akakakaka. Tapi masa dorang sampai Mokcik lupa pulak nak ambik gambar akakaka. Seronok pulak tengok dorang makan bertambah2 malam tu, asik topup nasi jerk kerja Mokcik....sajer nak bagitaulah tu nasi ayam Mokcik sedap oooiiiiiii akakakaka.
Lepas makan pi layan bola pulak. Korang tengok cik Mia buat perangai. Lagi ada orang datang lagi bukan main mengada2. Sorang lagi budak kecik tu anak abang ipar. Pon sama tak reti nak duduk diam. Jalan dok terhoyong hayang lagi tapi bukan main laju sampai nak ambik gambar pon tak boleh sebab langsung tak duduk diam.Badan kecik tapi pipi melayut.
Ini salah seorang biras Mokcik. Semua biras Mokcik lebih muda dari Mokcik walaupun laki dorang semua dah tua2 haha kongajor. Mokcik sebarang jerk panggil dorang nama masing2. Tak rock arrrr panggil kakak2 ni haha.
Esoknya sup banyak lagi. suh en. Suami beli mee kuning sebelum pi kerja then celur jerk terjadilah mee sup untuk breakfirst ngeeeee.
Semalam IPP buat open house. Masa orang Marhaban kitaorang baru sampai. Takper tunggu dorang habiskan acara. Kang masuk jerk terus leh serbu makan akakakaka. Mokcik suka bergambar ngan @fauziahahmad ni, nanti Mokcik nampak cerah sangat akakakakaka. Lengan besar pon takper yang penting nampak putih. Susah nak nampak putih ni selalu result kelabu asap jerk. Terima Kasih banyak2lah yer @fauziahahmad. Jab lagi kita ambik gambar lagi eh eh akakakakaka.
Mokcik paling letih bila bergambar dengan budak tecik ni. Mesti Mokcik nampak gelita, mesti Mokcik nampak bolat. Mokcik ada darah cina, mokcik nu ada darah jawa jerk. Ini tidak adilllllllllllll!!!!!!!!!!!
Menggedik sikit biar nampak syomel............aaarrrggggghhhhhh babad pulak yang nampak!!!!!!!
Jom kita bergambar berdua jerklah @fauziahahmad. Nyampah ngan orang tu huh! sambil makan sate bercocok2, lemang ngan rendang, mee rebus, laksa johor errrkkkkkk Alhamdulillah.....taknak diet tak nak diet menyampah2 eh! Apsal tak larat nak bangun ni????
Perrggghhhh sedap betul laksa johor ni, wajib ambil sambal belacan banyak2 baru meletop2 makan.
1 comment:
jumaat nie dept buat open house yeay!
Post a Comment