Selamat Hari Raya, Hari Untuk Kita Bersuka Ria...... sila baca ucapan tu dengan nada menyanyi erk!! Sebab Mokcik pon taip sambil bergoyang2 ni walaupun tengah posa hehe. Kalau dapat habiskan posa ni, maknanya dapatlah 2 hari hah. Sementara ada kengkawan yang puasa ni baik Mokcik tekadkan iman puasa sama. Kang dah ujung nak Ramadan balik Mokcik yang meroyan posa sorang2. Takper2 kuatkan semangat. Nanti sendiri yang senang kan kan.
Tahun ni giliran raya kat kampung en. Suami. Macam biasa tak pakai baju raya masa raya pertama sebab dorang masak non stop haha. Kaum2 adam ngan anak2 jer yang boleh pakai baju raya ni sebab dorang joint Marhaban. Tapi....Mokcik kan giler skit akakaka skit jerk hokey suku pon tak sampai. Dah tengahari gitu pi cepat2 mandi then pakai gak baju raya dengan harapan dapatlah ambik gambar sama2 lepas tu kang Mokcik salinlah baju balik, bersilat balik. Dah siap2 tunggulah en. Suami balik kengkonan nak salam2 nak cium2 eh! Tapi sampai terlelap my hero tak kunjung tiba. Mia pon dah tanggal tudung, dah tanggal kain, Wafiy pulak dah terkeruk2 badan berlengas. Mokcik pon tanggalkan balik baju.........merajuk!!!!!! Nasib badanlah takder laki cam Zill Faezull nak pujuk huhu hehe korang tengok tak citer tu citer tu. Giler meroyan Mokcik dari bulan puasa ritu asiklah mengadap masa berbuka. Hangin jerk bila anak2 dok mintak itu ini tak gheti2 nak ngambik sendiri akakakaka.
Pagi raya lepas kesat2 airliukbasi dah kena buat mee kari meletop Mokcik yang popular akakakaka. Tolong jangan muntah, nanti batal posa korang ekekeke. MIL suh saya buat mee kari untuk hidangan orang Marhaban. Baik Bos! Bisa diatur.
Nko tengok punyalah berebut2 dorang makan walaupun dah pergi 5 biji rumah. Itulah petanda yang mee kari Mokcik memang terbaik......paham @fauziahahmad????
Tok Mudim pon tak sabar2 nak senduk tu hah sampai gambar pon dah aksi twilight akakakaka. Eh betul ker tu tok mudim en Suami?? Ayang tembak jerk tu ekekekekeke.
Bergambar dengan sepupu. Apsal dorang ni putih2? Anak Mokcik bukan main hitam. Kalau kena ngan Arfan lagi kelaut ni huhu. Budak2 ni bukan main pandai lagi, Bila orang marhaban dah agak2 nak balik dari rumah orang, masing2 berkejar masuk sebab nak duit raya. Lepas tu kang dia balik pi simpan duit. Lagi 15 minit kang berdedai pi balik rumah lain pulak. Dapat duit jerk dorang balik.
Wah!!! Dah kaya ni Wafiy dah ada gaya lain bergambar nihah. Lepas ni Mokcik wat2 sibuk ngemas kat bilik sedangkan bertotak2 ntah apa lagi yang dorang anak beranak dok tenggek kat dapur tu lagi tapi lepas tu terlelap kejab ngeeee. Lagipun Mokcik yang paling awal bangun masak pagi tu kan kan zzzzzzzzzzzzz........
Wafiy seronok betul dapat duit raya. Asik kira duit jerk. Haritu dalam perjalanan balik Melaka, singgah RnR. Sekarang ni kan berlambak baskinrobins. Lepas tu Wafiy cakap, wah!!!! Hari ni dah tak puasa kan mama, kalaulah dapat makan ice cream sedap ni. Saya cakap pilah suh baba belikan. Duit Wafiy kan banyak, pakai jerklah. Muka dah lain. Mahallah maaaaa kita beli ice cream kat motor tu jerklah. Amboi pandailah pulak sayang duit dia. Tapi memang dia betul2 pi beli kat motor tu jerk lepas tu eksen nak pakai duit sendiri maklumlah tak sampai duahinggit haha.
Comel tak kita buat muka cenggini??
Ada sepupu perempuan. Tapi nak main gak ngan sepupu lelaki.
Budak ni bukannya boleh berlengas sikit. Habis terkeruk2. Badan dia mudah naik gelgater kalau berpeluh2.
Ni dah hari kedua. Nak balik kampung Melaka pulak. Ambil gambar kejab kat pokok yang tengah lebat berbunga ni. Cantik betul kan. Semua pokok kat Felda ni sedang berbunga ria. Cantik betul persekitaran raya tahun ni.
Fresh jerk muka budak ni sebab baru mandi. Cuba tunggu sejam, melekat rambut kat dahi sebab dah berpeluh2.
Budak 2 orang ni sangat rapat tapi dalam masa yang sama sangat suka gaduh. Dorang kalau gaduh memang wrestling giler2 punya. Memang taklah kalau nak tinggalkan sama2. Mesti salah sorang kena bawak sama2.
Nko tengok kasut raya dia tu. Beli 2 minggu sebelum raya. Dalam masa 2 minggu tu dah kena bawak pi sekolah. Nampak muka ayu jerkkan. Kalau menjerit rimau pon leh lari lintang pukang.
Nak gambar berdua, cik Mia ni mengacau betul nak gambar sekali. Kesian en. Suami baju raya tertinggal kat rumah JB haha. Pakai jerklah baju bola tu. Pon baju jugak kan.
Suh Wafiy ambikkan gambar. Dahlah gambar mendongak, tergelap pulak.
Dah sampai Melaka yeeeeyyyyy. Sukalah budak2 ni dapat main bunga api tanpa had. Ntah mana Pakcik Adik dia dapat pon tak tau. Main sampai tengah malam pon tak habis2. Mokcik pon tak ngabih2 makan ketupat ngeeeeeeee.
Budak pompuan ni punyalah berani segala jenis bunga api pon dia belasah. Kalau tak kasi dia mengentan.
Mee goreng sedap giler me yang masak yerr hehe. Sila jangan buat muka dengan statement tu sebab rasa dia memang sedap menggiler akakakaka.
Menyakat kucing kat depan pintu rumah. Tak banyak gambarlah kat kampung Melaka sebab sibuk nau raya sakan ngeeee byeeee!!!!!
No comments:
Post a Comment