MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, November 17, 2013

yg lama jgn dilupa


Memperkenalkan kawan baik saya pagi petang siang dan malam selagi saya ada kat rumah. Kalau saya takder, dia relaks skit akakakaka. Itu pon kengkadang terperuk baju kat tempat kering terlupa nak sidai. Nasiblah nko mesin.....dapat tuan yang suka membasuh etetetete. Oleh kerana dia banyak jasa, kita panggil dia en. Perkasa erh. En. Suami ambil second hand dari Corth Mammoth dulu lepas mesin basuh pertama dia rosak. Rosak yang sama gak macam mesin basuh ni. Air terus keluar walaupun dah pusing untuk tutup lubang air. Memang penyakit semi auto washing machine macam tu kot. Masa tu betul2 lepas kitaorang renovate dapur. Masa tu tahun 2004, dah nak 10 tahun gak guna tu. Itu belum lagi yang first hand pakai ntah berapa tahun plak huhu. Dulu2 masa baru2 nak hidup kitaorang main Cik Mammot jerk. Lagi2 ada kawan, kerja kat sana. Yang second hand pon kitaorang sapu jerk akakakaka.

Sebenarnya en. Perkasa dah leaking awal tahun ritu. Ke hujung tahun lepas kot. Entah dah lupa abaikan sajer. Oleh kerana nampak dia masih perkasa, Mokcik belasah jugak guna sebab dah cadang ganti bila pindah rumah baru. Saya dah pasang angan2 nak pakai yang auto, yang besar, yang baru. Tak nak dah second2 ni. Tak cara arrrr rumah baru pakai bekas2 orang ni akakakakaka. Eksen sangat ok! Oleh yang demikian, walaupun leaking Mokcik guna jugak sampai bil air pon naik mendadak. Habis kalau dah mesin berpusing pon paip terbukak, mesin berenti pon paip still bukak. Mau tak banyak guna air. Itu belum kisah terlupa tutup air lagi akakakaka. Mesin semi auto ni bukan pandai nak jaga diri sendiri pon. Semua kita nak guard kan. Nasiblah sebelum penuh dia boleh buang air sendiri, kalau yang itu pon dia tak mampu buat kompom umah Mokcik banjir seminggu 2 ke 3 kali wakakakakaka. Dulu2 baru belas2 RM jerk. Bila dah leaking, Tak pernah turun RM20. Nak cecah RM30 ada lagi huhu.

Hari tu dah beli mesin basuh yang baru (sila klik sini) tapi terus hantar ke rumah baru. En. Perkasa masih tinggal di rumah lama. Oleh sebab masih boleh diputar walaupun tak boleh lepas dan tempat pengering dia masih beroperasi dengan baik, sayang plak nak buang. Lagipun boleh gak basuh2kan kain buruk lepas lap2 rumah tu. Semalam pon still guna untuk basuh tudung yang ada owning (akakakakaka giler pemalas nak basuh tangan).

Semalam dah kemas2 rumah konon nak pindah keseluruhannya minggu ni, tapi still tak siap gak sebab tak taulah apa yang banyak sangat barangnyer fuhhh!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...