MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, October 9, 2013

cerita semalam

Alahaiiiiii badan rasa letih sebab malam tadi sampai rumah pukul 12.18 mlm. Hehe sempat jeling jam masa sampai tu sebab rasa sangat hebat boleh drive dari Skudai ke Taman Daya dalam masa 15 minit. Bila dah sampai rumah rasa bangga giler akakakaka. Cuba kalau terpelangkup kat tengah jalan tu. Nauzubillah.....

Semalam ada meeting kat Muar. Malamnya ada jamuan meraikan anggota yang akan bersara esok. Muar ke JB dalam 2 jam jugaklah. Kalau setakat siang Mokcik rempit jer sorang diri, malas Mokcik nak menumpang orang. Sebab ada majlis malam tu, terdesaklah jugak sebab mampukah daku memandu sambil ditemani kesunyian malam uhuk uhuk. Lagipun mata ni dah kalah dek silau. Kereta kat sebelah jauh dekat pon tak boleh nak beza. Kesian kan kan, Makcik sangat2.

Dah pikir punya pikir punya pikir maka menumpanglah ketua Audit yang sejadual ngan saya. Bukanlah tak biasa pon. Tapi Mokcik kan pemahlu hehe. Itulah sebab Mokcik terpaksa parking kat rumah dia. Tapi takper, itu en. Audit full of idea nak berceloteh. Saya tak payah cakap apa pon. Just tambah oooo, aha, ketawa2 skit, angguk2 skit dah memadai akakakaka cukup 2 jam sampai tempat meeting.

 Gambar ni sekitar majlis malam tadi. Majlis yang penuh emosional sebab bos besar sangat sayang pada orang yang nak bersara uhuk uhuk.

Makanan yang dihidangkan kalau nak diikutkan ok. Tapi lauk2 semua dah kejung sebab kena aircond lama sangat. Patah selera Mokcik. Saya leh jamah setakat tu jerk. Lepas tu dah tak dan dah.

Ini pulak desset yang boleh buat Mokcik menangis guling2. Ada yang kena bahan dek anak2 kalau tau Mokcik makan mender ni malam tadi. Lepas tu mesti dorang cakap makan roti canai mamak lagi sedap ma. Kalau korang sentap tak cuping telinga akakakaka.

Dalam perjalanan balik pon dah rasa bangga sebab makan sikit sangat tadi dan dah rasa diet giler tu. Agak2 esok leh turun sekilo dua tak hehehehe.

Masa perjalanan balik ni Mokcik agak struggle. Giler tak struggle, en. Audit cam dah hilang idea nak berborak. Kalau dia diam dan sampai ke JB takper gak. Buatnya dia diam lepas tu dia mimpi!!!!! Oh tidak!!!! Dahlah jalan dari Muar nak sampai ke tol Yong Peng Selatan tu jauh dan gelap gulita. Terpaksalah saya perah otak malam tadi cari bahan nak berborak. Dia pulak cakap sikit2 jerk lepas tu diam. Mokcik cari lagi bahan. Dia pon cakap sikit2 dan diam lagi. Akakakaka masa Mokcik jawab soklan periksa pon tak perah otak cam gitu tau.

Alhamdulillah akhirnya sampai.......dan dapat datang opis lagi hari ni hehe itu saja bye......nak sleep kejap time rehat zzzzzzzzzzzz

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...