MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Thursday, July 16, 2009

Anak ku sayang. Ceh....masa perangai dia tengah baik jerlah.

Dah lama tak update blog ni. Ceritanyer banyak cuma tak ada gambar jer. Aku ni kalau tak der
gambar tak berapa seronok nak bercerita. Pagi tadi, sementara tunggu Arfan mandi aku pun ambiklah gambar spelling dia kat sekolah semalam dengan 3 star yang dah selalu dia dapat tiap2 minggu sejak akhir2 ini. Itu pun setiap kali esoknya ada spelling, malam tu baba dia mesti pegang rotan kat tangan paksa dia hafal. Bila dah tak tahan tengok asik kena pukul jer budak tu, mesti baba dia yang kena marah ngan aku. Kiranya aku ni mama penyanyang di saat2 akhirlah. Ekekeke. Nanti aku slowly minta dia hafal lagi suruh dia tulis kat paper banyak2. Esoknya bila ambik dari Nuri mesti buku tu dia pegang sebab nak tunjuk yg dia dapat 3 star. Budak2lah katakan. Aku pun puji2lah dia biar kembang skit. Tapi penting tu untuk menaikkan semangat dia. Baru2 hari tu pernah sekalilah spelling dia takder star dan pernah sekali dapat 1 star. Waktu tu kami tak perasan yang dia dah ada spelling, itupun dengar dia asyik hafal2 sendiri father, mother, sister. Tang brother jadi bother, uncle jadi ancle tu yg tak dapat star tu.
Tapi bila fikir balik jadi risau pulak, sebab Arfan memang terkenal dengan nakalnya. Kami fikir biarlah dia ni glamour dengan nakal tapi pandai....bukan budak nakal nakal nakal. Ceh! besar sungguh harapan kami kan.

oleh kerana Arfan dah menggembirakan kami, akupun dengan gembiranya menghadiahkan dia jam tangan transformers yang aku redeem dari bonuslink. Hehehe jimat skit tak payah nak kuar duit. Itu pun setelah dia boleh hafal ejaan TRANSFORMERS.

Ini gambar dia nak gi sekolah pagi tadi. Bukan main bergaya lagi. Asik belek jam ajer...





1 comment:

LyNn HaMzAh said...

wah...bagus ek arfan...tahniah sbb dapat 3 star tu...hehehe...mama n abah dia pun leh tahan gak mengajar anak...bagus2x...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...