MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Saturday, May 24, 2014

KEM BADMINTON ASTRO

Hahaha tajuk kena gempak supaya korang berdedai masuk. Cerita pasal badminton tu adalah sekelumit jerk tapi oklah tu buat kena2 tajuk.
 
Hari cuti haritu celik2 mata teringin nak makan telur separuh masak. Mehlah kita layankan tekak pi rebus air sat. Oleh kerana sifat gelojoh menguasai diri, telur keluar dari peti ais terus campak kat dalam air masak ngeeeeeeee

 Jawabnyer jadi telur suku masak akakakakaka.
 
Mokcik tunjuk pandai pi wat ala2 telur separuh stim kengkonon. Masukkan air panas kat tingkat bawah, lepas tu masukkan mangkuk yang ada telur tu lepas tu tutup ngan piring kecik kat atas dia. Sudu yang dah guna tadi letak kat atas piring tu ekekekeke. Result tak boleh tunjuk sebab memang ada menunjukkan peningkatan tapi totap tak berapa separuh masak. Oleh kerana nak gak makan..........Mokcik telan jerk, tak lari mana pon rasa dia akakakakaka giler gelojoh!!!


Tengahari tu bertemankan cik Mia, Mokcik pi ngantar peganti Lee Chong Wei pi Kem Badminton Astro. Siap pi beli kasut baru semata2 nak datang sini. Hoverrr nko nak! Bawak sekali kawan dia untuk jadikan teman. Anak teruna Mokcik ni kat rumah berkobar2 kang dah sampai takder kawan, maunya dia cuak terus kejung kaki nak masuk. Baik bawak sekali kawan dia buat naikkan semangat.

Budak ni nama Taufik anak lecturer kat UTM. Punyalah pemalu macam anak dara. Arfan kata Taufik ni terror english. Harap2 dorang bolehlah bantu membantu dalam pelajaran. Senang hati Mokcik bila anak2 kita ada kawan2 yang bagus kan.

Ni masa tunggu giliran masuk kem tu. Satu jam jerk kem dorang ni. Lepas tu sesi tunjuk bakat. Kalau coach tengok budak2 ni ada talent baru dorang serap dalam pemilihan sebenar. Arfan tak masuk mana2 akademi badminton sebelum ni. Entah macam manalah dia dok balun bulu tangkis tu agaknya Mokcik tak tau sebab parents tak dibenarkan masuk. Tapi kita turutkan ajerlah hasrat dia nak pi kem ni. Biar dia rasa macam mana rasa bersaing. Budak2 cina berlambak hah.

 Tengok muka dah cuak, nama tak dipanggil2 lagi sedangkan daftar dah awal.

Lepas habis kem terus pi makan. Budak ni asiklah lapar sekarang ni. Risau betul tengok selera dia.

 Sebelum balik cik Mia pon nak bergambar kat bena ni sebab warna pink.

Haritu, balik jerk dari kerja pi goreng keropok lekor yang Sufian bawak dari Trengganu. Konon tak goreng habis sebab ingat tak laku. Rupanya habis dikerjakan Arfan.

Lepas tu goreng habiskan semua. Pon habis dikerjakan anak2. Mokcik langsung tak sempat merasa.

Inilah dia en. Sufian yang baik hati bagi keropok lekor tu. Terror dalam bidang bakar membakar ni. Perapan untuk ayam, kambing dan segala ikan bagi kat dia. Yum yum masih terasa2 ni. Ni masa majlis perpisahan Man Kueh haritu.


k
 Saya buatkan mee kari jerk haritu. Eh! Macam cantik pulak gambar ni.

 Oleh kerana nampak cantik kita up sekali lagi dekat2 sikit dengan pinggan free beli Darlie ngeeeeee

Cik Mia mintak ikatkan rambut senget sebab nak pergi UTM sempena jualan konvo. Apak dia dok cebik2 kata selekeh jerk ikat gitu. Mia dah terjerit2 biar ar biar arrr cantik apa!!!!!!!!



Sesuka hati dok lanyak jualan orang kat tapak jualan UTM tu. Pandai pulak dia ngajar kita "Ma cepat ambik gambar! Nanti abang tu marah kita cepat2 lari."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...