Sekejab tul masa berlalu kan. Aku rasa cam baru jer aku tengok bionik, malam ni ada lagi. Tapi bukan tu yg aku nak citer, semalam aku gi scan baby. First, sebab perut aku rasa cam lembik skit lately. Second, aku bleeding skit 2 kali...skit jer. So, bersama2 hero aku yg 3 orang gilah Poliklinik Kathi kat Taman Daya. Punyalah kecoh budak 2 orang tu... pening otak aku. Sampai doc cakap "wah....u mesti penat jaga your son right?". Aku senyum jer...aku tau sebalik soalan dia tu..."Wah...berani u pragnent lagi hah! look at your son..ayoyo". Apa nak buat doc, dah terkantoi hehehe.

Dalam gambar tu, doc cakap uri baby berlonggok kat bawah. Kalau ikutkan itu bahaya tapi sebab kandungan kecik lagi, it's okeylah. Bleeding tu sebab kaki baby yg comel kengkadang tertendang uri yg berlonggok tu. Doc kata baby sihat. No problem!
Aku pun dengan segera kuar dan mintak hubby bawak budak2 tu masuk keta dulu. Tak sanggup aku.
No comments:
Post a Comment