
Ini pic Arfan tengah siapkan homework dia. Tapi yg menarik tentang gambar ni ialah ada hanger kat sebelah. Itulah teman baik baba setiap kali ngajar. Tak kiralah Arfan sihat ker...sakit ker... sesah tetap sesah. Aku ingat kalau dulu bapak dia buat cam tu, dah jadi menteri kot laki aku ni.
Malam tu jugak, hubby ngadu kat aku badan dia macam nak demam. Pagi tu, badan dia dah panas. Dia cuti lagi, kali ni bawa diri dia pulak gi ambik darah kat HSA. Yang kesiannya, doc tak kasi mc kat dia. Geram betul aku, panas macam water heater tu pun tak dapat mc ? H1N1 tul punya doktor.
Balik dari kerja, hubby yang baru ambik Arfan cakap sekolah dia tutup khamis dan jumaat. Ada budak dah kena kot ??? Risau pulak aku. Arfan pun bengang tui, baru sekolah 1 hari dah kena cuti lagi. Alahai....nak tak nak terpaksalah tumpangkan kat rumah babysitter Wafiy.
Hari sabtu, badan Wafiy pulak dah panas. Tapi aktif bukan main. Malam tadi dia kena batuk2. Alaaaaahhaaaiiii. Aku tengok mulut dia merah betul. Kalau hari ni tak kurang gak esok, kena bawak gi hospital pulak. Alahaaaiii penatnya....