MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, March 31, 2014

SAMBUNGANNYER

Ini sarapan hari keempat. Ambik makanan yang hampir sama setiap hari. Tapi tetap rasa sedap jerk kat tekak. Lambat turun pon makan banyak ni, kalau cepat........kita tambah lagi makanan akakakakaka.
 
Sebelum meninggalkan ruang sarapan, haha ruang sarapan erhhhhhhh tiap2 hari Mokcik mesti bedal telur separuh masak 2 biji tambah lagi segelas manggo jus. Wajib ok! Kalau idak kang terkenang2 masa tengah buat coding. Telur separuh masuk jerk pon tapi entah mesti nak jugak ngehngeh.

Pening2 paler asik error manjang. Meh kasi tayang kasut baru masa beli kat Jusco semalamnyer. Banyak betul kasut yang cantik2. Tapi apa nak buat, kakiku ada masalah kedemokkan haha. Tak payahlah nak berangan nak pakai kasut cutting gitu gini semua tak sesuai uwaaaaaaaaaa. Ambik jerk yang simple, yang melebar, yang murah huhu itu jerk yang sesuai pon............. Nampak nau suka pakai selipar ada garis hitam kat atas kaki.

Yeaahhhhhhh makan time!!!!!! Antara hidangan makan tengahari semasa kursus. Makanan semua sedap2. Saper nak diet boleh giler hokey!

Malamnya tak merayap tapi lepaking ngan KCTM pompuan lagi kat kedai belakang Adamson. Kali ni ambik mihun tomyam ngan milo ais. Rasa ok sedap! Ngam2 lepas makan, hujan siap complete ribut petir segala kasi extra lagi angin kencang. Nak borak pon takut, nak balik pon takut sudahnya duduk berkepit diam2 bacalah ayat2 pelindung.
 
Masuk dah hari kelima haha gambar makanan lagi huahuahau. Nasiblah seminggu jerk kat sini, tambah seminggu lagi kompom Mokcik balik JB jalan mengengkang peha dah bergesel huhu. Kan saya dah cakap ambik makanan sama jerk setiap hari. Tapi terujanya tetap sama. Gambar bubur nasi takder sebab dah sattle masa pusingan pertama. Telur separuh masak dia perfect sungguh. Try buat kat rumah. Hampa!

Ini masa lunch beramai2 ngan pengarah IT kat sebelah saya tu. Sopan kan Mokcik makan ngehngeh. Yang kumbang seekor tu orang Sabah, kahwin dengan orang Johor lepas tu asiklah merengek nak tukar tempat ngan saya sebab weekend husband. Habis nko nak tengok Mokcik jadi weekend mom plak ker. Kalau rasa nak tengok sangat hantu kak limah kembali, teruskan cita2 anda yer gggrrrrhhhhhhhh.

Malam terakhir cik bos dengan sukarela nak bawak kitaorang jenjalan Sogo. Dapatlah sehelai dua baju Mia untuk raya nanti. Bila Mia selongkar beg, jumpa baju2 tu saya cakap untuk raya. Sekarang ni tiap2 hari dia dok tanya bila nak raya. Pening kepala. 

Sebelum balik singgah Kampung Baru kengkonon nak pekena pulut mangga. Tutup pulak gerainya. Jadi saya ambik bubur nasi lawan ngan puyuh goreng + paru bercili then ikan bilis goreng sedap hingga menjilat tulang peha puyuh hehe.

Meh kasi close up gambar terakhir ni sebab esoknya dah hari terakhir otak dah ingat nak balik jerk. Sekeping gambar pon takder haha.

Sunday, March 30, 2014

HILANG 2 MINGGU

Lain betul perasaan hari ni bila pergi opis. Setengah bulan nko tak tempuh jem, tak bawak kereta, tak drive pagi2 buta, tak tulis belog...........ekekekekeke bahagia hidup Mokcik akakakakakakaka. 

Seminggu pi kursus programming kat KL then terus sambung cuti seminggu dok Melaka makan cam orang giler. Lepas tu bila tengok CheTa selim melim dalam megazine telan alio berdeghap2.
 




Malam hari kedua punya menu kat KL. Konon dah insaf taknak makan ikut nafsu macam dulu2. Ni makan kat belakang Adamson. Rasa so so jerk Alhamdulillah rezeki. Malam pertama saya tapau jerk sebab takder geng nak makan. Itupun sampai jerk kat hotel, sembahyang jamak, terus jerk turun cari makanan. Tak sempat nak snap gambar sebab lapar sesangat. Sebiji nasi jatuh kat atas tilam pon kutip campak dalam mulut. Punyalah nikmat bila makan dalam keadaan lapar ni. Urut dada syukur Allah bagi rezeki.

Nasi goreng sesenduk campur ikan bilis tambah timun 2 potong, sepiring homelet dan segelas manggo jus untuk pagi sebelum memulakan kursus. 

Akakakakakakakaka tak payahlah korang terpedaya. Sebenarnya ini sebahagian jerk sarapan yang Mokcik ambik. Lepas tu Mokcik belasah bubur nasi, telur separuh masak 2 biji lepas tu tambah manggo jus tu lagi secawan. Ni breakfirst kat KLIH sebelum pi LPP. Mokcik ni kalau Jabatan kasi tinggal kat KLIH kompom macam tak pernah jumpa makanan setahun. Punyalah gelojoh! Semua nak rasa akakakakaka.
 
 
Cut gambar ni untuk wat wallpaper hempon baru. En. Suami hadiahkan sempena aniversary kitaorang yang ke 11 tahun. Sueeeettttt en. Suami saya kan. Dari saya nanti dulu nanti2 taun depan pon tak pasti lagi nantinya tu hahhahahaha. Sangat suka gambar ini sebab muka nampak sedikit remaja, cutting muka pon nampak kecik...................hakikatnya hahahahaha

Cut dari gambar ini masa meronda Mid Valley haritu. Tolonglah jangan kutuk. Mokcik taulah lengan dah sama saiz ngan peha gajah. Tapi bila nampak makanan jerk mulalah hilang ingatan uwaaaaaaaa


Bila ambik gambar dengan orang cantik, Mokcik selalu perasan cantik jugak akakakaka

Masa tunggu dorang shopping kasut Mokcik selfie kejab. Nampak cam kurus kan kan ngehngeh perasan lelebih.

Habis semua kedai kasut digeledahnya. Belinyer idak huhu. Baju biru tu second bos IT LPP. Sangat mesra dengan staff2 lain. Dialah yang bawak kami meronda KL, dialah yang belanja makan, Mokciklah yang tukang habiskan lauk errkkkkkhhhhh sambil mata keatas.

 Masing2 dah kepenatan. Duduk dulu, ambik gambar dulu.

Sebelum balik hotel bos bawak pi makan nasi lemak berlauk kat Kampung Baru. Yeeeaaaayyyyyy makin berlemaklah Mokcik ooiiiiiii.      

Thursday, March 13, 2014

MH370

Semua orang ada tanda tanya saat ini kan. Apa yang terjadi sangat2 terkesan pada kita semua. N3 ni pon saya dah mula taip sejak 3 hari lepas. Tapi tak mampu nak teruskan sebab peristiwa MH370 sangat2 mempengaruhi mood saya ketika ini.

Semua cenderahati ni saya terima dari kawan2 yang balik melawat tempat orang. Ada sebahagian lagi saya tinggalkan kat tingkat 3. Seronok betul bila dorang ni balik dengan bawak cenderahati2 macam ni. Lepas tu yang tak pergi dok tanya pengalaman yang pergi. Pengalaman masa pergi, pengalaman kat tempat orang, pengalaman masa balik. Masing2 excited. Yang bercerita bersungguh2 yang mendengar lagi bersungguh2. 



Itu cerita bila mereka pergi dan kembali. Ini cerita mereka pergi tapi pergi kemana??? Buntu!!!!! Kita buntu......yang dekat dengan mereka entah macam manalah......

Hari ke 6 sudah. Pagi2 lagi dah on tv. Mana tau ada apa2 khabar berita ker........tidak! masih tidak! Masih kekeliruan yang sama. Ya Allah!!!! Manakah mereka. Kalau saya berperasaan sehiba ini untuk mereka yang tidak pon saya kenali apatah lagi keluarga disekeliling mereka. Ya Allah!!! kasihanilah mereka kasihanilah negara kami......


Saturday, March 8, 2014

CHICKEN CHOP

Kejadian malam tadi kitaorang makan western kat kedai baru bukak dekat2 ngan rumah. Ramai giler orang kat kedai tu sampai full meja kat bahagian luar. Bila nampak kitaorang terkeseng2 kat luar, pekerja kedai suh masuk dalam. Dapat meja bulat penuhkan 7 orang. Duduk rapat2 sajer nak mesra2 hehe. Kakak ipar dengan mak mertua pon ada. Bapa mertua tak joint sekali sebab ada kursus haji. Jadi meh kita konon2 mewesternkandiri.

Pipi Arfan dah macam kuih pau siap ada lekuk kat tengah haha. Makin besar, lesung pipit dah semakin hilang. Nampak tempat letak order kat tangan en. Suami tu. Sebelum order sampai asiklah cik Mia main mender tu kletap kletup kletap kletup kat tengah meja pi kat depan dia. Bila tanya buat apa? Dia cakap tengah cop star kat buku haha. 

Posing klise dari Wafiy untuk awek2. Budak yang omak dia dok mandikan lagi ni ramai peminat hokey. Kalau jalan bertembung dengan schoolmate pompuan dia, mesti nanti dorang panggil2 nama dia lepas tu sengih2 bila Wafiy pandang.

 Anak omak!

Kitaorang duduk dekat dengan dapur kedai. Nampaklah dorang ni sibuk tak menang tangan sediakan order. Tapi serve sangat cepat. Syabas! Kedai ni kat deretan rumah kedai baru sebelum sampai Bandar Baru Kangkar Pulai. Buat masa sekarang senang sangat nak jumpa sebab baru 3 kedai jerk yang bukak kat area situ. Jadi parking berlambak.

 Semua meja full. Kat luar pon penuh.

 Order Mia dulu sampai. Nugget 9 keping RM3.

Semua order chicken chop kecuali en. Suami order Fish n Chip. Masing2 RM5 sepinggan. Fish n Chip terlupa nak ambik gambar. Kalau nak dibandingkan dengan chicken chop kat Hutan Bandar, saya suka texture ayam kat sini lebih nipis dan isi dia lembut. Senang nak potong. Kat Hutan Bandar ayam dia lebih banyak dan tebal tapi liat sikit. Bab black paper, saya suka yang kat Hutan Bandar sebab kat sana bahan dia lebih terasa dan pedas sikit.

 Lintang pukang masing2 dengan garpu dan pisau.


Tengok cara Wafiy pegang garpu kompom awek nak panggil pon pandang ke lain. Arfan hampir mendapat rentak haha dah macam Safie Sali pulak nak cari2 rentak main bola.

Mia bersama baju dah ketat. Tapi nak pakai lagi walaupun dah naik tahi lalat kat pelangi baju tu. Macam mana erk nak hilangkan kesan bintik2 tu???

 Anak baba!

Sekali baru perasan sekeping gambar Mokcik pon takder uwaaaaaaa kejam korang ni bila dah ngadap makanan.

CUCU

Semoga Allah berikan keajaiban kepada pesawat MH370. Semoga kesemua mereka terselamat. Kalau tak pon sekurang2nya mereka dapat dijejaki. 


Nak syer dengan korang cucu pertama Mokcik ngengeh. Omak dia bagi nama Syasha............ apa tah. Mokcik asik terlupa nama penuh minah ni sebab setiap kali omak dia bagitau dalam kepala dok teringat chacha maembong jadi Mokcik tak dapat nak fokus hehe.  


Hari tu masa pi melawat, baby tengah tidur. Dari jauh Mokcik tengok macam pernah kulihat budak ini..............tapi dimana yah!! Sekali bila dekat...dekat lagi........... 

sama tak??? Hehe ni gambar masa Mia kecik masa dalam pantang lagi rasanya. Oleh kerana waktu ni dia lepas mandi, jadi rambut saya dah sisir tepi. Sebenarnya rambut dorang pon sama menegak berkibar2 gitu.
 
Pengacau dunia sudah mai. Asyiklah nak peluk nak peluk. Bau dah kepam lari sana sini bukan dia peduli pon orang marah ker idak. Kalau dok serumah mau lunyai budak ni, asiklah nak pangkukanlah, nak tolong lapkan mukalah, nak tukarkan pampers. Bila baby syasya dah pandai, sila panggil pompuan ni busu Mia. Panggil yang tukang ambik gambar ni pulah WanTeh. No nenek2 hokey! Siku kang!

Gambar Mia masa kecik lagi. Budak ni dulu tidur cukup mudah, asal kenyang jerk berdengkur. Bila dah berdengkur, apa yang berlaku pon dia tak ambil peduli dah. Abang dia terjerit ke, terpekik ker lagi dia nyenyak bukan main. Ada sekali tu, lain dah mendung, jadi saya keluar pi angkat kain kat ampaian, sekali guruh berdentum punyalah kuat sampai saya pon terkejut cepat2 lari masuk pi dapatkan dia. Tapi Mia relaks jerk dalam net tu. Fuh!! Urut dada Mokcik!!

BIRTHDAY DIA

Ini pon cerita dah basi. Tapi Mokcik suka. Cerita dah basi lagi sedap lemak berkrim tak sama macam makanan basi bau pon semua dah angkat kaki. Cerita basi kalau korek2 semula lepas tu kasi lagi tokok tambah, mula2 yang mendengar sorang kejab2 kang leh jadi 5 6 orang. Lepas tu ramai2 langkah bendul neraka padan muka!!

Tapi ni cerita baik punya. Takder nak heret2 korang masuk neraka. Cerita ibu mithali meraikan hari tua suami dia tapi anak bungsu dia yang teruja lebih (anak bungsu eh! eh! errmmmm)

Birthday en. Suami jatuh berdentum Ahad lepas. Korang bukak kalender sendiri yer cari tarikhnya. Mokcik selalu lupa tarikh tu. Dulu2 masa baru2 kawin selalu dia yang ingatkan. Sekarang2 ni FB pulak yang ingatkan hehe. Harapkan saya dah 3 kali putus urat ni, sampai birthday dia tahun depan pon lom tentu terucap happy birthday duhai kanda ku ngehngeh.

Belikan kek sekilo, ingatkan dia tulis nama jerk sekali siap berhias bagai. Budak2 terkuis2 icing warna warni tu buang tepi huhu. Sate 20 cucuk dengan nasi himpit duahinggit. Itupon tak habis. Hadiah still belum beli sampai hari ni haha.
 
Tau jerk cik Mia ada kek, terus claim hari jadi dia. Abang Long kata bukanlah, birthday Mia dah lepas. Hari ni birthday Baba. Oooooo ni kek birthday Mia ngan Baba eh! senyum sambil kembungkan pipi.

 Kanak2 paling manja.

 Wowwwwww tiupan baling berangin. Tengok lilin belah mana padam dulu.

 Happy Birthday cayang yang ke 38. Pergghhhhh dah tua laki Mokcik. Patut perut dah jalan dulu.

Giliran budak perasan birthday dia nak potong kek. Wajib bagi sebelum kek tu terpelangkup.

Punyalah tamak nak bahagian paling besar.Sajer pi beli Coklate Indulgence sebab sendiri teringin nak makan. Anak2 pon suka. Takdernya nak memikirkan birthday boy punya selere haha. Beli sekali sebijik besau.... ambik 3 hari dok paksa peghabihkan walaupun dah bagi2 sebahagian kat jiran tetangga.
 
Alalalala manjer2 ni. Apsal erk makin tua ni Mokcik makin jongang??? Kalau duduk sorang2 saya suka tolak2 gigi arnab tu dengan jari dengan harapan dia rata balik dengan gigi yang lain haha.

Kengkonon nak ambik gambar bertiga. Tangan plak tak cukup panjang. Boleh nampak idong memasing jerk. Idung Mokcik kasi potong. Lubang tak boleh tahan.

Sekian...

Wednesday, March 5, 2014

KURSUS KL DAN PULUT MANGGA

Yerrrrrr memang dah basi sangat cerita ni tapi nak kepoh jugak. Korang pon suka kan Mokcik kepoh2 cenggini. Baru blog sepi sehari dua dah resah gelisah. Lepas tu kacau kat skype hint2 merapu itu ini. Ingat tak tau ker korang nak tau cerita sensasi Mokcik Kak Nam di dunia yang penuh bergelora ni haha hambik merapu betul dah ni.

Ok! Ok! Minggu lepas kan pergi KL ada kursus poco2 haha. Gelar poco2 sebab kursus itu sangat happening hingga saya sangat teruja dan menabur harapan yang tinggi kepada sesi pembelajar itu wahhhh!!!! Hebat Mokcik menabur auta hari ni. Nasib kursus sehari.............

Kitaorang pergi bertiga campur pilot jadi berempatlah. Kena panggil pilot sekarang tanpa bantahan sebab dorang ni dah naik taraf. Korang banyak songeh kang dia humban tepi jalan pandailah balik nak cara apa pon huhu.


Sebelum sampai singgah RnR Pagoh ingatkan nak ngeteh jerk sekali nampak pau berkenan pulak. Ambik dua paksa Lynn makan. Mana boleh Mokcik jerk kena gemuk, saper kawan ngan Mokcik pon wajib gemuk bersama akakakakaka.
 
Malam tu tidur kat Dynasty Hotel. Luas giler untuk 2 orang. Siap ada sofa 2 sit lagi. Harga tak tau sebab jabatan yang cover. Mokcik tau sampai kembur katil tidur sat hehe.

Pemandangan dari bilik Hotel. Sangat cantik dari arah ini. Teringat cerita gorilla yang serang bandar tu sambil carik2 pompuan omputeh yang cantik tu. Lepas tu Mokcik berangan yang Mokciklah pompuan cantik tu haha. Mai2 gorilla Mokcik kat sini!!! Sekali terbayang en. Gorilla panjat Hotel tu sambil jengok kat tingkap bilik tu. Errkkkhhhh hodohnya takmau2 sambil sentap langsir tutup tingkap. Terus siap2 ngan Lynn nak pi santap.

Call abang Asri @ pilot pi terjah Kampung Baru. Tapi tak tau tempat nak makan akakakaka. Lynn suggest pi makan kat steak yang ada kapal kata dia. Pon tak tau tempat. Maka berpusing2lah abang Asri kat area Kampung Baru tu. Dahlah jalan sempit. Nak parking pon takder tempat. Masa berpusing2 tu,  ternampak kedai yang pernah makan dulu ngan geng2 KCTM. Mohlah kita makan kat kedai ni, Mokcik dah rindu ngan pulut mangga dia. Sampai jerk terus order pulut mangga yang gerai dia kat depan kedai tu tapi kena reject sebab belum dapat tempat duduk haha gelojoh!!

Lynn dengan abang Asri makan bubur nasi campur ngan lauk pi pilih sendiri. Tu set Lynn punya. Kerang tu saya order untuk makan sama2. Tapi terlebih bakar kot. Dalam dia dah kering sangat. Tapi bersih gak saya kerjakan.

Ini pulak set bubur lambuk pilihan abang Asri. Siap ada ikan kering lagi tak hagak2 mamat ada kencing manis ni haha.

Inilah yang dinanti2kan pulut mangga!!!!!!!!!!!! Yeyyyyy dapat gak repeat lagi. Mintak2 Ernie baca N3 ni sebab nak eksen dengan dia hahahaha (jakun sendiri). Sebenarnya pulut mangga ni sedap bila makan rebut2. Sebab rasa dia agak manis campur rasa berlemak. Jadi cepat muak. Suh Lynn rasa masa saya dah makan sesudu. Dia kata macam serawa. Serawa tu pulut ngan durian. Ooooo belum pernah makan serawa lagi huhu kesian!! Lepas tu suh abang Asri pulak rasa. Lepas rasa angguk2 pi perabihkan bubur nasi masing2. 

Oleh kerana nampak yang lain cam tak berminat ngan pulut mangga tu, saya  sedaya upaya nak perabihkan jugak. Bila mangga dah tinggal 2 potong, abang Asri tolak2 sudu saya hahaha mana tahan tengok saya dok pulun sorang akakakaka. Manalah tau.............ingatkan tak berkenan.

Kelakarnya bila dah balik JB, dalam meeting, Lynn cakap teringat2 rasa pulut mangga tu. Akakakaka spesis Mokcik jugak rupanya. Maka tak silaplah taste Mokcik ni. Memang pulut mangga sedap. Tapi tak taulah kalau kat tempat lain. Saya pernah makan kat situ jerk pon.

 
Gambar syok sendiri bila rasa berat dah turun 1 gram sebab malam tadi makan kerang bakar ngan pulut mangga jerk ngehngeh. Bye2!



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...