MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, November 19, 2013

Birthday Wafiy

Sepatutnya entry ni saya dah masukkan semalam. Tapi tak sempat. Macam mana pun kena jugak masukkan hari ni. Kalau idak citer ni akan basi, mood Mokcik nak mengarut pon kang punah begitu sahaja ngehngeh.

Birthday budak suka menyakat orang dan suka mengaruk ni Isnin lepas, malam tu suh en. Suami belikan kek. Kengkonon nak masak mee goreng jer, tapi tak jadi atas masalah2 yang tak dapat dielakkan. Selongkar dapur yang belum siap kemas tu, jumpa maggi kari 4 paket. Ada telur 2 biji. Ada sayur sawi. Kita makan maggi jerklah akakakakaka. Minum jerk air mineral sebab cerek lom ikut pindah lagi hahaha. Sit dah koyak tu blh plak angkut sekali uhuk.
 
Penyebok ni pon tak ngalah nak bergambar jugak dengan rambut alaaa princess kata dia akakaakka. Rumah sampai hari ni tunggang langgang lagi. Pening nak kemas yang mana dulu. Barang besar2 sumer dah kasi pindah. Cuma tinggal yang taraf2 sampah sayang nak buang ada lagi kat rumah lama. Minggu ni plak cadang nak balik kampung plak. Hadoiiiiii bilalah nak siap ni.

Tengok!!!! Muka saper paling xcited???
 


Tengok!!!! Pipi saper paling kembung????
 
Tak kuasa omak ekau nak oooooiiiiiii
 
 
 
 

Sunday, November 17, 2013

anak bapak


Carerrrrr tak rambut kak Ton????? Habis tokak rambut depan dia. Bertuah punya budak!!! Mak Pak dia bertungkus lumus dok bersihkan rumah semalam, dia boleh selongkar kotak. Boleh plak dia terjumpa gunting. Lepas tu lari2 gembira kat kitaorang tanya........Cantik tak rambut Mia?...... Macam rambut princess tak???

Terbeliak Mokcik tengok. Sampai tak boleh nak berkata apa2. Lepas tu dia lompat2 gembira dan tanya lagi.....mama cantik tak?? ....Macam princess tak ??? Bila saya marah2, dia dok bantai mengaruk lepas tu cakap.....cantik arrrrr Mia nak jadi princess uwaaaaaaaaa.

Lepas tu en. Suami pujuk....yelah yelah cantik cam princess nyotnyet. Yeeyyyyyyy kan cantik kan kan dan terus main balik.

Princess nyotnyet tu apa bah?

Puteri Monyet arrr.....

(Ada plak bapak ngan anak kena penumbuk sorang sebijik kang)

yg lama jgn dilupa


Memperkenalkan kawan baik saya pagi petang siang dan malam selagi saya ada kat rumah. Kalau saya takder, dia relaks skit akakakaka. Itu pon kengkadang terperuk baju kat tempat kering terlupa nak sidai. Nasiblah nko mesin.....dapat tuan yang suka membasuh etetetete. Oleh kerana dia banyak jasa, kita panggil dia en. Perkasa erh. En. Suami ambil second hand dari Corth Mammoth dulu lepas mesin basuh pertama dia rosak. Rosak yang sama gak macam mesin basuh ni. Air terus keluar walaupun dah pusing untuk tutup lubang air. Memang penyakit semi auto washing machine macam tu kot. Masa tu betul2 lepas kitaorang renovate dapur. Masa tu tahun 2004, dah nak 10 tahun gak guna tu. Itu belum lagi yang first hand pakai ntah berapa tahun plak huhu. Dulu2 masa baru2 nak hidup kitaorang main Cik Mammot jerk. Lagi2 ada kawan, kerja kat sana. Yang second hand pon kitaorang sapu jerk akakakaka.

Sebenarnya en. Perkasa dah leaking awal tahun ritu. Ke hujung tahun lepas kot. Entah dah lupa abaikan sajer. Oleh kerana nampak dia masih perkasa, Mokcik belasah jugak guna sebab dah cadang ganti bila pindah rumah baru. Saya dah pasang angan2 nak pakai yang auto, yang besar, yang baru. Tak nak dah second2 ni. Tak cara arrrr rumah baru pakai bekas2 orang ni akakakakaka. Eksen sangat ok! Oleh yang demikian, walaupun leaking Mokcik guna jugak sampai bil air pon naik mendadak. Habis kalau dah mesin berpusing pon paip terbukak, mesin berenti pon paip still bukak. Mau tak banyak guna air. Itu belum kisah terlupa tutup air lagi akakakaka. Mesin semi auto ni bukan pandai nak jaga diri sendiri pon. Semua kita nak guard kan. Nasiblah sebelum penuh dia boleh buang air sendiri, kalau yang itu pon dia tak mampu buat kompom umah Mokcik banjir seminggu 2 ke 3 kali wakakakakaka. Dulu2 baru belas2 RM jerk. Bila dah leaking, Tak pernah turun RM20. Nak cecah RM30 ada lagi huhu.

Hari tu dah beli mesin basuh yang baru (sila klik sini) tapi terus hantar ke rumah baru. En. Perkasa masih tinggal di rumah lama. Oleh sebab masih boleh diputar walaupun tak boleh lepas dan tempat pengering dia masih beroperasi dengan baik, sayang plak nak buang. Lagipun boleh gak basuh2kan kain buruk lepas lap2 rumah tu. Semalam pon still guna untuk basuh tudung yang ada owning (akakakakaka giler pemalas nak basuh tangan).

Semalam dah kemas2 rumah konon nak pindah keseluruhannya minggu ni, tapi still tak siap gak sebab tak taulah apa yang banyak sangat barangnyer fuhhh!!!!!

Thursday, November 14, 2013

dapat sejadah baru

Alhamdulillah......terima kasih sangat2 pada kak Tusmirah dari PPK Kulai dengan pemberian sejadah untuk semua anggota LPP Johor hari ni. Taktau plak pemberian atas hajat apa ni, tapi sesungguhnya saya amat2 gembira. Bukan untuk saya seorang jerk semua ni akakakaka tapi satu jer untuk saya. Oleh sebab Zamkidal dan Mankueh takder kat opis hari ni, maka saya menggunakan kuasa veto saya yang membuat pilihan dulu akakakakaka.(Padan muka korang)

Oleh kerana opis agak sunyi, saya telah mengambil langkah membuat pilihan dengan gaya bertenang. Perlu berfikir dengan teliti supaya unsur2 politik tidak dicampur adukkan. Unsur2 kemanusiaan pon perlu dititikkan supaya tiada pihak yang berkecilhati atau tidak puashati.

Setelah berfikir panjang, menilai baik dan buruk serta mementingkan diri sendiri ngehngeh akhirnya saya mengambil keputusan merembat warna biru tu. Ini adalah kerana, itulah sahaja warna yang berbeza dengan yang dua tu. Jadi tak payahlah korang nak rebut2 warna nanti kan kan. Lagipun kan Mokcik bos, kena arr pakai berbeza dari korang akakakaka (feel bos sangat lepas kasi korang markah SKT tak habis lagi wakakakaka) Lepas tu, yang warna biru tu takder gambar masjid ker kaabah ker. Anak Mokcik kan suka agah2 masa Mokcik solat. Kang terpijak gambar2 tu lepas tu masuk plak pesbok jadi kes plak terus Mokcik jadi retis kang huhu. Man Kueh lom ada anak, takder saper pon nak pijak. Anak Zamkidal kan asik ulangkaji pelajaran mana ada masa nak ngacah mak pak dia.

Kesimpulannya, korang berdua sila ambil sendiri sejadah ni kat atas meja hah. Lambat2 kang ada jugak Mokcik sapu sumer sekali guna kat rumah baru siap tukar guna tiap2 hari. Mokcik tengah feel nak guna yang baru jerk sekarang ni wakakkakakaka.

Alkisah mesin basuh baru ku

Sebenarnya nak cerita sekali kisah mesin basuh lama. Oleh kerana asik terlupa ambik gambar dia, kita cerita terus pasal mesin basuh baru ngehngeh (itu pon nak citer uweerrrkkkk).

Sabtu lepas masa dah penuhkan air dalam mesin basuh lama untuk bilas baju sambil menyanyi2 lagu Najwa Latip saya pon pusingkanlah tempat pusing baju tu. Tak sampai 2 saat lepas saya pusing tu, dengar macam benda terlepas. Lepas tu mesin tu pon tak berpusing. Erkkk!!!! Suspen Mokcik. Ada momok kacau ker ??? Tenun mesin tu sambil buat duckface. Tengok tempat pusing tu dah keatas balik. Saya pon pusingkan balik, mesin jalan. Tapi bila lepas, pemusing tu terus berpusing balik. Adoiii!!!!!!!! Macam belt dia punya stopper dah longgar kot. Lepas tu nak pusing2 balik dah tak boleh macam tersangkut. Uwaaaaaaaaaaa.

Nasiblah banyak jugak yang dah basuh. Nasiblah yang dalam mesin tu bilasan terakhir. Maka saya bilas jerk guna tangan dan spin kering. Untung lagi spin kering boleh guna lagi.

Bila en. Suami balik mulalah merengek2 nak mesin baru ngehngeh. Korang ingat dia nak layan??? Huhu dia berusaha jugak nak betulkan ok! Mokcik tensen jerk tengok. Akhirnya dia berjaya pusingkan mesin tu balik. Yeyyyyyy tapi kena pegang jerk dengan tangan. Kalau lepas, pemusing tu terus berpusing balik. Lepas tu dia boleh cakap, dah boleh guna tapi kena pegang arrr skit. Macam nak lipat2 pokcik tu masuk kat dalam tempat pengering tu lepas tu spin laju2.

Petang tu jugak masa nak hantar Arfan latihan bola dia suh saya ikut. Macam biasa arrr saya memang arr malas nak pi. Lepas tu dia cakap nak beli mesin baru ker idak ??? Yeeyyyyyyyy laju2 pi tukar baju akakakakakaka.

Pi kedai Tan. Cina ni pandai cakap Jawa ok! En. Suami selalu ambik barang elektrik kat dia bila ada family day PPC dulu. Saya carik arrr Panasonic 13kg idaman kalbu. Servey Seng Heng dan apatah ritu RM1799. Sebenarnya nak tunggu hujung tahun mana tau harga leh kasi meluncur lagi ker kan. Dah jadi cam ni, macam mana nak tunggu lagi kan kan. Bila tanya dia berapa? Terus dia tanya balik nak bayar berapa kali? Saya tanya kalau cash berapa? (Sedangkan kat bank tinggal 5 hengget jerk? Soklan tak hagak2 akakakaka) terus jerk dia bukak kontrak RM1800 untuk 3 kali bayar. Dia cam tau2 jerk poket Mokcik kosong hampeh ngehngeh. Masa mesin sampai, kalau nak sattlekan bayar nanti dia terus kurangkan lagi. Bila dah deal, en. Suami hulur RM500 dan saya pon berangan2 dengan en. PerkasaII muuuaaahhhhh!!!!!!  

Maka inilah dia en. Perkasa II muahhh2 Mokcik yang terkini. Terus suh Tan hantar pi rumah baru. Takder pulak nko nak hulur kasi sattle bayaran wakakakakaka.

Auto Washing Machine Panasonic 13kg hambek besauuuuu ngam2 kat belakang dapur ngehngeh. Tapi belum kasi adjust lagi ngam2 kedudukan dia sebab paip tu rendah sangat, jadi tak boleh nak tolak terus ke dinding. Korang tengok arrr paip asal boleh yang en. Suami pasang tu. Paip asal yang warna putih tu tak sesuai untuk washing machine tu, jadi kena ganti paip jenis tu. Lepas tu pasang terbalik sebab tak ketat. Takperlah untuk kegunaan sementara sebab baju busuk dah menggunung nak kena basuh.

Giler gedabak besar ruang membasuhnyer. Yeyyyy Mokcik suka!!!!! Tapi nak tunggu air penuh siap boleh terlelap. Matilah Mokcik nak bayar bil air lepas ni uwaaaaaaaaa. Lepas tu bukan cam mesin semi, ntah apa dia buat gdegek gdegek kiri kanan jab, pusing sikit ke kiri, pusing skit kekanan. Lepas tu baru basuh laju skit. Lepas tu gdegek gdegek balik. Haisshhhh bersih ke nko basuh ni oiiiiii en. Perkasa II??? Malas nak layan, Mokcik pi kuar makan anak beranak. Balik2 dah siap spin kering. Bila kirai baju tu....eh sedap plak baunya. Bau busuk semua sattle. Kira oklah tu hahahahaha.
Oklah, citer pasal mesin basuh jer. Tapi berjela macam wat filem Hindustan wakakakaka. Nasiblah korang yang baca. Kesimpulannya, inilah mesin basuh terbaru saya. Lepas ni bolehlah basuh 3 hari sekali ker, cadar dan selimut pon boleh kasi masuk serentak, dah tak payah nak kuar2 duit hantar comforter ke dobi lagi dah. Harap2 boleh berkhidmat lama. 10 tahun ker....20 tahun kerrr akakakakaka.

Monday, November 11, 2013

kasut bola baru

Hehe memang dah lama tak update. Tau tau!!. Tak payah nak jengkil2 bijik mata eh ekekekeke. Operasi memindahkan barang dari rumah lama ker rumah baru tak ngabih2. Pening paler. Ntah haper barang yang banyak sangat. Rumah secoet. Stok Tupperware pon banyak dah letgo (Letgo2 pon 3 kotak besar kasi simpan untuk diri sendiri dah kasi pindah rumah baru ngehngeh). Barang2 yang rasa cam tak berapa nak perlu pon dah banyak kasi lesing. Pon tak habis lagi pindahkan barang. Malam ni pon ingat nak hantar lagi barang memandangkan washing machine baru dah sampai tadi ngehngeh. Ada citer pasal mender alah ni, tapi saya citer nanti2 yer.


Hari ni nak citer pasal anak kesayangan Mokcik yang hitam2 sitampok manggis tu. 2 minggu lepas masa dia pi latihan bola kat Sri Mutiara, mak pak kasi lepak kat café depan swimming pool tu. Biasa dia habis training pukul 7. Hari tu pukul 6 dah panjat tangga café terkengkang2. Rupanya tapak boot dah tercabut akakakaka. Dah setahun pon pakai, habis segala kulit boot tu dah tanggal. Selagi boleh pakai, pak dia buat bodo jerk. Tak sempat pon nak ambil gambar, en. Suami dah kasi lontar dalam tong sampah. Amboi!!!! Garang nampak akakaaka.

Hari Selasanya kan cuti, jom kita pi Al Ehsan. Eh!! Betul ker eja tu?? Cam semacam jerk ekekeke. Langkah yang tepat, sebab tengah ada sale. Suhlah dia pilih mana yang berkenan di hati.

Memang pelik ini budak. Amat suka warna merah. Kang bagitau hakikat diri tak leh terima plak. Ikutkan ajerlah. Hari Sabtu training, Malam Rabu tu jugak dah ready masuk kat dalam beg letak siap2 kat tepi bilik. Punyalah excited nak sarung akakakaka.

Tengok stokin en. Suami jadi mangsa. Hangin jerk en. Suami. Stokin dia dah kena kemuncup bukan nak bersihkan. Boleh dia rembat stokin baba dia akakakakaka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...