MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, April 21, 2013

cari cendol ?


Ni citer Sabtu lepas yer. Hantar Arfan pi training bola. Selalu en. Suami jer yang hantarkan dan tunggu sampai sattle lepas tu balik. Tapi hari ni semua mengekor. Sebab ada agenda lain.

Lepas Arfan dah terkinjer2 kat padang, kitaorang sumer cabut pi cari cendol haha.

Merayau sampai Kampung Melayu. Tapi cendol dah habis. Lepas tu pi pulak kejar cendol dekat ngan Giant Extra pon habis gak. Sedangkan masa tu baru jer pukul 5.30 petang. Huh!! Nyampah. Tak tau dah nak pi mana. Masa balik lalu dekat tempat makan yang fofular kat Kampung Melayu tu pon penuh. Kelaparan haper orang JB ni???

Sekali teringat kat Kangkar Tebrau ada tempat makan. Melencong kejab kat sana sebab tak jauh pon dari rumah. Tapi en. Wafiy plak dah tertidur dalam kereta. Kejut manjer2 sebab bos tu hangin satu badan kalau tersentak hehe.

 
En. Suami order ais jagung. Ada seketul skrim kat atas dia. Wafiy kasi belasah. Tetiba teringat ais jagung kat klebang yang ritu makan ngan big family. Sedapnyer. Balik mengundi nanti nak layan lagilah hehe.
 
 
 
Saya order ABC sebab tak nak makan apa2 petang tu. Kari ayam tengahari tadi pun banyak lagi kat rumah. Jangan nak menggedik order itu ini. Mokcik on diet ok!! haha. Skrim seketul tu pon bagi kat Wafiy sebab saya memang tak suka ABC taruk skrim. Lari feeling ABC tau.

Cik Mia nak skrim jerk. Bagikan 3 sekop. Baru duk diam2. Lepas tu layan gak keropok ikan, siap tapau lagi hehe. Bila perut dah kenyang pi balik kat Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2 tempat Arfan training bola.


Lepas tu duduk bersila laki bini sambil kira2 berapa kalori kitaorang makan tadi haha. Dua2 dah bulat cam belon.

Friday, April 19, 2013

layan.....

Yeyyyyyyy JDT menang tadi!!!!! (sajer ambik hati org sebelah hehe). Peduli hapa pon mokcik saper yg menang haha. Sepatutnya jadual makan malam hari ni kat kedai mamak kan. Tapi hari ni hari special, ada bola kat tv. En. Suami malas nk layan kitaorang konon. Jadi masaklah simple dimple gitu. Asal kenyang sudah. Ceh! Berlagak konon perut kenyang. Sumbat bola kt mulut baru tau.

 Kui 10.30 mlm saya dah siap2 berselimut gitu. Sekali dengar suara Mia kejutkan ajak makan. Bukak2 mata tengok kui 11.30. Nampak en. Suami sengih2 ajak pi mamak. Mia dah terkinje2. Yang lagi 2 dah pengsan.

Adoi malasnyer... tapi ikut jugaklah sebab itu budak dah tau baba dia ajak kan.1 blok kang dengar sore dia jerit nanti.


 
Wah!!! Bukan main segar bugar mata cik mia layan movie kat kedai mamak. kui 1 pon lom tentu tidur ni.




Thursday, April 18, 2013

santapan malam tadi


Malam tadi tak masak sebab garam habis haha. Memang betul2 ni. Bukan cobaan. Asik lupa jer nak beli. Kejab lagi baru pergi beli. Rini Jumaat rehat panjang skit. Lepas Zohor nanti baru pergi S'Mart kejab beli apa yang patut.

Jadi malam tadi saya pergi makan kat satu tempat ni.............tapi lupa plak apa nama tempatnya. Tapi, dekat dengan Larkin. Sebab saya selalu ngekor en. Suami ambil barang dekat Proton Part Larkin dengan alasan nak makan kat tempat ni. Tapi malam tadi en. Suami tak kena ambil barang pon. Tapi saya ajak gak datang sini sebab teringin nak makan jeng jeng hehe.

Tempat ni famous ngan sup gearbox sebenarnya. Dulu masa en. Suami kerja kat PPC Larkin, saya kerap suh dia tapaukan sup daging ker, ayam ker bila dah takder idea nak masak apa. Tapi hari ni bukan nak makan sup pun. Sebab kalau makan sup kat sini selalu jerk tak habis. Bukan setakat sup tak habis, makanan lain pon tak habis sebab semua pon banyak belaka.
Kuehtiew sup berasap Arfan dah sampai. Nasi Goreng Pataya Wafiy pon dah sampai. Mama punya jerk belum sampai. Aisssshhhh suspend betullah hidangan apa yang best sangat tu akakakaka.

En. Suami wat muka, tunggu pinggan kosong tak sampai2 sebab Wafiy makan kompom tak habis. Mia dapat otak2 pon jadilah. Lagipun dia demam lagi malam tadi, so kurang berselera kot. Otak2 tu pon dia makan satu jer. Peliknya budak berdua tu tak usik langsung otak2 tu. Selalunya sampai menjerit2 berebut.

 
Nasi Goreng Pataya takmo Sos untuk Wafiy yang banyak giler. Wafiy makan suku jer nasi tu. Itupun mama dia yang tolong suapkan. Kalau harap dia, silap2 nasi tu tak luak langsung. Telur jerk dia bedal kang.
 

Yeeeeeyyyyyyy dah sampai!!!!!!!!!! Inilah Nasi Goreng Tomyam yum yum. Memang sedap betullah. Lagi2 Udang 3 ekork yang digoreng ngan tepung yang very2 crunhcy tu errrmmmmm sedapnya hehe. Pon banyak giler. Paksa en. Suami makan separuh. Mokcik diet haha.


Ini budak demam tak reti duk diam. Asik merayap jerk kejenya. Boleh dia join makcik meja sebelah tengah bergossip. Bila suh duduk kat group kitaorang, wat muka comel plak.


Lepas tu bebel2 pergi peluk tiang nun. Kuat berangan minah ni. Macam mokcik gak masa umur cam dia hahahaha

tak tau nk cakap apa ini budak

Geram dengan ini  budak. Balik jer dari ngaji terus capai botol mia sambil tengok tv. Dahlah ngaji baru iqra 4. semua benda x ambil serius.

Monday, April 15, 2013

Suker ler tu


Punyalah xcited nak gi greading (mokcik main bantai jerk ejaan ni ikut sebutan Arfan) ritu. Saya plak yang termenung kejab sebab kena bayar RM50. Lepas tu tanya dia, kalau tak lepas, kena ulang balik ker ? Kena bayar lagi ker ? Arfan angkat bahu, lepas tu wat hal sendiri.

Masa latihan Sabtu lepas, masa saya nak bayar untuk greading tu, saya tanya master pasal tu. Master gelak2 lepas tu cakap. "Anak you mesti lepas punya, saya bagi dia test belt peringkat 2, dia sangat rajin. Don't Worry!!!" Sambil tepuk2 bahu Arfan. Tesengih jerk budak itam2 si tampuk manggis tu.

Ahad lepas dia pi test tu. En. Suami yang hantar. Saya banyak mender nak beres kat rumah. Lagipun kena pergi awal pagi. Malas nak paksa2 en. Wafiy bangun. Kesian nak kejutkan cik Mia. Lagipun baju sebeban nak iron untuk seminggu.

Dan akhirnya....Alhamdulillah dapat gak dia belit belt kuning peringkat 2 dia tu.

"Kawan kita dah ada yang dapat belt hijau ma." 
 
"Sapa suh main tak ingat diri. Kalau tangan tu tak patah ritu, dah hijau peringkat 2 agaknya."

"Takper ma, ada orang tu dah besar baru pakai belt putih hahaha"

"Menjawab menjawab tahun ni sumer kena dapat band 6 bayar balik duit mama tu."

Mulut tenganga sambil besarkan lubang hidung.

Saturday, April 6, 2013

baju

Semalam tak sempat nak sental. Pagi ni baru ada masa. Satu bakul besar penuh untuk seminggu. Jom kita main sabun yeyyyyyyyy huh!

Wednesday, April 3, 2013

semangat rumah baru

Haha sebenarnya dah lama peel ni berkubur. Sejak rumah yang dibeli dibatalkan dulu. Tahun 2008 kot. Dah lama, dah tak ingat dah. Siap dah seal kat dalam almari rumah. Ada gaklah dalam 30 ker 40 buku. Sekali, nak carik apa tah ritu, kasi bukak segala salotape. Ambik! Mia buat projek kasi conteng, kasi koyak segala. Hingat mama dia beli majalah2 tu dengan pasir haper ??? Masuk pulak dalam kotak.

Bila dah nak dekat2 dapat kunci ni, saya kasi bukak kotak tu, bawak satu2 ke ofis. Kasi selak2 sekejab kala sistem tengah loading hehe. Bila dah habis selak, semangat membeli bangkit semula. Tahun ni, dah sambar 3. Berangan lebih ni. Poket penuh duit siling jerk hihii.

Monday, April 1, 2013

pertemuan terakhir


Kerja agak banyak sejak akhir2 ni menyebabkan tak banyak N3 boleh dihasilkan. Tapi tengahari ni, hati bertegas jugak nak siapkan N3 berbaur pilu. Ini gambar pertemuan terakhir saya dengan kak Rosni. Baru tadi izan bagitau beliau telahpun meninggal dunia. Innalillah...

Perkenalan saya dengan beliau tidaklah serapat mana. Cuma sekadar bertegur bila berjumpa dan di skype sahaja. Sikap tidak sombong beliau dan suka menolong sebenarnya yang membuatkan saya sentiasa ingat dan mencari beliau setiap kali singgah di Bahagian Pengurusan Maklumat.

Masa saya pergi ke LPP Kuala Lumpur bulan lepas, amatlah terperanjatnya sebab keadaan beliau begitu kurus, serius!!! hingga saya tidak kenal. Tapi masih tetap ceria dan suka mengusik. Hinggakan saya dengan berseloroh mengusiknya janganlah diet sangat, nanti saya tenggelam sebab kak Rosni comel sangat.

Bila berdua dengan Izan, izan bagitau yang kak Rosni sakit hati. Saya tergelak sebab ingat Izan berseloroh dan dengan sepantas kilat menangkap yang Izan bermaksud yang kak Rosni ada musuh yang dia tak suka lihat. Izan cakap, betullah kak, kak Ros ada cancer hati! Terus hati berdoa semoga beliau boleh sembuh. Oleh sebab dia cuba menyembunyikan dengan sentiasa senyum dan suka mengusik, saya berpendapat mungkin penyakit tu tidak terlalu serius.

Tak sangka gambar itu, adalah pertemuan terakhir saya dengan dia. Sedangkan kami terus menerus berbual mesra dan bergelak ketawa. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...