MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, July 30, 2012

telur sapa


yang bersepah ni ?????? Hehehehe ini rezeki Ramadan namanya. Yang ni sikit jer, sebab staff yang lain dah tunaikan hajat PPK Johor Bahru Selatan. Semua staff disedekahkan 2 papan telur. Alhamdulillah!!!!!! Semoga PPK Kalian menerima lebih banyak rezeki lepas ni. Insyaallah!!!!

Setiap kali Ramadan jer, semua staff LPP Johor tersenyum sampai telinga. Paling2 awal puasa dan sebelum nak raya. Rezeki datang mencurah2. Sampai tak terhabis nak makan. Itu belum lagi yang suami isteri yang kerja setempat. Semua dapat double. Best betul. Itu belum lagi yang rajin turun outstation ke PPK. Rezeki jiran tetanggalah jawabnya. Lepas tu, jiran2 pulak sambung senyum.

Minggu lepas, 3 kotak kurma saya terima dari PPK. En. Suami pun terima jugak dari EON 2 kotak. Kalau tak dipanjangkan kat jiran2 kompon lepas raya masuk tong sampah besau kat tepi blok kan. Selain tu ada juga PPK yang bagi air Sunquick sebotol. Amatlah gembiranya. Maklumlah, mokcik beli time gaji jer Sunquick tu. Lepas tu guna jimat2. Kalau habis tengah bulan, jawabnya tunggu dapat gaji bulan depanlah nak merasa air Sunquick tu huhuhu.

Monday, July 16, 2012

mulut laser


Hahahaha hari tu mulut laser ni ada tegur pasal gift yang PUSPANITA Johor bagi cam takder fungsi jer. Buat berhabuk kat atas meja jer. Bebel bebel cam dah pasang 10 insurans kat mulut kan.

Sekali, rupanya, tu hadiah dari PUSPANITA LPP Johor. Yang PUSPANITA Johor bagi tu, cermin. Kalau nak tengok cermin ajaib tu sila klik sini yer. Gambar kat atas ni lah yang PUSPANITA LPP Johor bagi tu. Dasar tak tau bersyukurkan hahahahaha. Sorrylah AJK PUSPANITA LPP yang comel2 belaka tu. Mulut I ni kengkadang terkenan Azwan Ali, tak boleh berhenti bebel2 segala. Sekali lagi mohon maap banyak2.

Gift ni diberi kepada yang sambut birthday katanya. Tapi tak pastilah iyer ker idak sebabnya birthday saya kat bulan Mei. Dah kenapa bulan Julai plak baru dikasinya. Apa pon tujuan pemberian ini, saya ucapkan berbanyaklah terima kasih yer. Cantik pasu kat dalam ni hah. Reben pon cantik jugak hehehehe ayat nak ambik hati.





Sunday, July 15, 2012

bila nk siap??

Dah berangan2 hari ni nk habiskan kerja cepat dekat Kluang ni. Lepas tu nak sattle kan pulak dekat Parit Raja. Kerja kacang jer, 15 minit leh siap. Kalau takder problem sampinganlah. Tup2 sampai kui 1.30 petang nihah 1 hapa pon x leh install lagi. framework takderlah, teamviewer expiredlah, c tak cukup spacelah, hadoiiiii.

Ingatkan leh balik awal. Boleh iron baju sekolah budak2 dan baju kerja saya untuk stok minggu ni. Semalam memanglah tak dan nyer. Ada taklimat Ketua Pengarah kat Katerina Hotel. Tak pasal2 kena kerja hari Ahad. Sampai rumah pukul 9 malam pulak tu. Sempat iron untuk pakai hari ni jerlah. Adoiiiii bila nak sattle ni!!!!!!!


Man Kueh tengah bengang dengan server hahahah



Thursday, July 12, 2012

kek Tupperware

Rupanya masih ada yang tak tahu kewujudan kek set Tupperware ni. Siap kerut2 dahi tak percaya. Betullah cik kak, setiap kali nak masuk Ramadan, Tupperware Brands akan jual makanan rasminya iaitu kek set dan kurma. Tapi siap bekas Tupperware sekalilah. Kek dan kurmanya pun bukan main boh ajer setakat ada2. Mavelossssss!!!! Terbaik!!!! Kalau tak cayer kenalah beli heheheehhe.

Buat kawan2 yang tak tahu gambarannya cam mana, tahun ni penampilannya lain sikit dari tahun2 sudah. Tupperware keluarkan 2 jenis kek seperti tahun2 sudah iaitu Lemon Blackcurrant Cake dan Blackforest Cake. Tapi tahun ni, dimasukkan dalam bekas Tupperware yang sekali ganda besarnya. Ada warna oren dan ada warna pink. Harga setiap satu ialah RM53.30. Lepas tu, ada pulak PWP untuk pembelian setiap kek set tu dengan bekas yang sekali ganda besarnya beserta tali untuk tingkatkan dia dengan harga offer menggila RM39 sahaja.

Memang menawan, tertawan kau memang vouge gitu...
Kalau nak harga spesel meh sms dengan penghantaran percuma 013-7092169

Blackforest Cake SetLemon
Lemon Blackcurrant Cake Set


Berbezakan saiz bekas mangkuk tingkat tahun lepas dengan tahun ni kan. Harga tahun lepas RM60 untuk 1 set. Untuk tahun ini, saya kasi harga special RM80. Tapi boleh jer kalau nak murah lagi. Jangan terkezut dengar harga baik dari saya udah ler....taknak bertanggungjawab yer hehe. Sila klik sini



istimewa


Saat perut dah berbunyi2 kelaparan sebab tak breakfirst pun pagi tadi, tiba2 kami diminta meramaikan majlis penutup untuk kanak2 istimewa dari SKPK Princess Elizabeth Johor Bahru. Dah perasan jugak ada anak2 istimewa dari kelmarin kat sini. Tapi lihat dari jauh jerlah, maklumlah duk tingkat 3 kan.

Bila dah sampai ke Dewan IPP, ambil tempat belakang sekali. Sebabnya nak cepat keluar nanti, dah terbayang2 nasi goreng daging merah kat S'Mart.

Masa saya sampai tu, acara dah dimulakan dengan ucapan dari wakil IPP. Lepas tu penyampaian sijil kehadiran kursus kepada para peserta. Bila nampak anak2 tu berusaha untuk tampil ke depan dengan kemampuan yang ada, rasa insaf menyelubungi diri. Tabik pada semua guru2 mereka yang tabah membimbing mereka. Bukan mudah hendak menangani anak2 ini, semua perkara pun perlu dibantukan.

Penghujung acara, kami didendangkan dengan lagu2 nasyid oleh pelajar Islam. Subhanallah....sedapnya suara penyanyi utamanya yang kurang penglihatan. Dia juga diminta membaca Al-Quran dan dikhabarkan pernah memenangi musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan untuk kanak2 istimewa.

Pastinya sejuk perut ibu yang mengandungkannya. Moga Allah sentiasa melindungi anak2 ini dan memberi ketabahan kepada penjaganya. Amin....

Eh!! Kenyang pulak perut tiba2

Wednesday, July 11, 2012

yummy yummmm


Ni lah rupa Lemon Blackcurrant Cake yang ada dalam bekas oren mangkuk tingkat Tupperware bulan ni. Sedap U.... keknya lembut masuk ke tekak. Ni gambar kelmarin yang saya baru potong untuk en. Wafiy si hantu kek. Semalam bakinya tinggal suku jerk. Balik NURI petang kang kompom sattle diserbu 3 beradik tu. Lepas ni nak pekena Blackforest Cake pulak. Tu kat dalam bekas pink pulak. Pon meletops rasa dia. Sebelum bulan puasa ni, makanlah sampai melekat rasanya kat otak hah! Dah bulan Ramadan nanti, semua pon dah tak sempat makan kan. 

Monday, July 9, 2012

maggi dalam mangkuk Tupperware

Ingatkan bila beli maggi nak buat stok untuk waktu2 kecemasan. Sejak beli minggu lepas, asik merengek jerk nak makan maggi. Kesian punya pasal masakkan jugak. Itu pun dah postpon beberapa hari sebab terlupa. Sebab dah termasak yang lain, kenalah perabihkan dulu. Arfan memang goodboy sebab boleh memahami. Bila kata terlupa dan kata akan masak nanti, dia akan menurut. Tapi penat arr telinga asik dengar soalan bila nak masak jer lepas tu.

Pagi tadi, masakkan jugak maggi perisa ayam. Kebetulan ada balance ayam goreng. Kasi cincang kecil2 masukkan dalam periuk. Masukkan jugak sayur sawi. Tada.....................


Senang keje wat sarapan hari ni hehe. Susah nak jumpa dalam sebulan menu ni tau!!! Maggi sekarang mahal. Tapi nak senang suh Arfan bangun pagi, cakap jer mama masak maggi pagi ni. Belum sempat buka mata pun, badan dah bangkit dulu.


Ingatkan drama dah berakhir, sekali laju jer dia masuk bilik Tupperware dan sambar blossom bowl dengan cutlery set yang cun melecun dengan warna hijau memikat yang belum dibuka. "Kalau makan dengan ni boleh tak ma ?" Saya garu2 kepala sambil angguk2 paksa. Lagipun saya sendiri dah terasa2 nak guna.

Wednesday, July 4, 2012

durian

Malam tadi sejarah tercipta bila Mia mampu menggoda Wafiy untuk makan durian. Comel!!! Bila Mia menggedik2 mempelawa Wafiy makan. Selama ni, jangan kata nak rasa2, baru nampak jer dah menjuih bibir 2 orang hero tu. Entah macam mana, Wafiy boleh 'mengilau' bila tengok Mia membaham satu persatu ulas durian sambil bersila. Si Mia tu, semua makanan pun dia belasah. Selagi bukan benda pedaslah.





Mula2 Wafiy minta seulas untuk jilat2 jer. Lepas tu en. Suami suh gigit sikit dan rasa. Mulanya dia sengih2 jer, tapi bila Mia kata sedap2 dan angkat2 mata menikmati rasanya buat Wafiy rasa nak mencuba. Bila dah confirm durian tu sedap barulah berlumba2 dua beradik tu makan. Arfan ??? Entah!! Kat bilik layan gameslah tu. Tak herannya dia.

Durian free tu. Bos suami belanja kat ofis dia. Bila ada lebih, en. Suami sapu bawak balik. Ada 4 biji kesemuanya. Isinya semua elok. Tapi taklah cam isi durian yang mahal tu. Kira oklah semuanya boleh makan.

En. Suami, seperti biasa just makan setakat sekelopak dua jer. Maklumlah darah tinggi. Biasanya supermak jerk yang perabihkan. Tapi kali ni, suka tengok budak berdua ni berselekeh dengan bau durian.


Monday, July 2, 2012

terima kasih





Ni beg baju Mia yang saya bekalkan baju tiap2 hari. Dah lama jugak pakai ni. Setahun lebih rasanya. Dah patut pon kepala zip saku depannya tercabut. Dalam paler lepas ni kenalah carikan beg lain pulak. Tapi dalam pada tu, bekalkan jugak baju guna beg ni. Selagi tak boboslah.

Semalam baru perasan, saku depan tu dah tak terjuih lagi cam selalu2 sebab dah tak boleh zip. Bila check, ada butang klip kat tengah2 dia. Alahaiiii terima kasihlah banyak2 kat pengasuh Mia sebab pasangkan butang klip tu. Saya pon tak pernah terfikir nak oter2 beg tu.

Bukan tu sajer yang Kak Siti dah betulkan. Kadang2 ada baju Mia yang longgar, Kak Siti akan adjust mana yang patut biar kasi comel kat badan Mia. Ada sekali tu, rambut Mia dah panjang sampai masuk2 mata. Ingatkan nak tunggu balik kampung suh mak potong. Tiba2 masa nak ambil Mia, nampak muka dia cam amoi dengan hidung pesek. Rupanya Kak Siti dah kasi potong rambut depan dia. Hehehehe terima kasihlah kak, amat2 bersyukur dipertemukan pengasuh yang amat bertolak ansur ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...