MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Thursday, June 28, 2012

kesian...

Hari ni kena ambil buku rekod sekolah agama Arfan. Leceh kan, dah 3 kali setiap hari Jumaat saya terpaksa datang lambat. Jumaat hari tu kena ambil untuk Wafiy, bergembiralah sikit sebab en. Suami ada. Jumaat minggu lepas pergi sendirian sebab bos en. Suami dah start kena tahan wad. Hari ni bersendirian lagi sebab bos en. Suami nak berumah tangga kat hospital tu. Apa nak buat kan, dah nasib orang. Nasib kita tak tahu lagi.

Walaupun en. Suami terlepas dari kena ambil buku rekod hari ni, saya amatlah kesian kat dia. Sebabnya, malam tadi badan dia start panas. Pagi tadi pun dia dah mengadu seram sejuk. Bersiap2 jugak pergi kerja. Langsung tak sebut nak ambil MC ker. Kalau dapat pun, kena frame surat MC tu kat ofis sambil buat kerja. Kesian kan.

Wednesday, June 27, 2012

pertama di LPP Johor

Turun jer dari kereta tadi, mata tertarik kat dia. Pertama kali tengok dia kat kawasan ni. Body pon lain macam. Tak pernah lagi perasan kat mana2. Lagipun saya memang tak ambik port pon spesis dia ni. Asal boleh jalan sudahlah.

Bila semakin dekat.... nampak lambang cam kat baju en. suami yang tiap2 pagi saya iron. Mata mula berkerut mencari kepastian. Mujurlah ada tanda nama kat punggung sebelah kanan. Ooooo inilah en. Pre ve. Hai selamat berkenalan. Siap toleh kiri kanan. 'Sapolah tuan ekau ni hah!'


Tuesday, June 26, 2012

tak boleh cuti

Malam tadi, en. Suami pergi melawat bos dia yang dah start masuk hospital dari Khamis lepas. Ziarah kali ke dua. Kali ni kata en. Suami, kakinya dah berbalut lebih besar dari kepala dia. Baru lepas keluarkan nanah dan darah2 kotor kat kaki. Tu yang berbungkus macam nak rak. Cara en. Suami cerita tu lebih trillerlah siap tunjuk kena belah dan cungkil2 cam siang ikan.

Berpinar paler kejab lebih2 lagi semalam kan baru dengan ceramah kesihatan. Terbayang2 gambar yang doktor tu tunjukkan. Bos en. Suami minta maaf sebab en. Suami tak dapat ambil cuti. Yang paling menakutkan dia perlu mc selama 3 bulan sekurang2nya. Hehehe itu jerlah yang mampu en. Suami persembahkan di Hospital Pakar Puteri itu. Dan saya mampu tepuk2 bantal dan tidur ala2 puteri gitu. Dalam hati uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Sila klik sini

telefon gak

Ni yang malas bila Wafiy datang ofis. Bukan tau duduk diam2. Tangan main games. Tapi kaki merayap sana sini. Badan panas, tapi tak reti2 nak tidur. Jalan sana sini, membebel ajer mulutnya. Nasiblah en. boss takder.

Teacher dia pun, dah bagitau kalau Wafiy nampak teruk baru telefon. Ini hah boleh terlompat2 lagi pun telefon gak suruh ambil. Tapi takperlah yang penting cuti rehat selamat. Nak simpan untuk akhir tahun. Nak bantai cuti lama skit. Langkawi ??? Hehehe


Monday, June 25, 2012

kurma Tupperware Brands

Doktor kata raja buah adalah buah durian. Tapi itulah buah yang tidak digalakkan ambil. Buah yang tak di ambil peduli ialah kurma. Tapi itulah buah yang penuh dengan khasiat.


Bila citer pasal kurma ni, Tupperware sedang wat offer bekas cantik warna purple lagi, dalamnya ada kurma. Bestkan Tupperware suka nak memastikan penggunanya sentiasa sihat dan terbaik. Kalau nak harga spesel meh order dengan saya yer.


gambar ehsan dari fb upline saya nurulhuda. Jengah2lah blog dia gak kat http://miamicasa-micasa.blogspot.com/

cantiknya

yeyyyy dapat cenderahati dari PUSPANITA Johor. Cantik tak? Cermin sebenarnya ni. Bila tengok muka kat dalamnya akan nampak muda 10 tahun ahaks!!


Sekarang ni, puan setiausaha sedang bagi kata2 aluan yang cukup mengalukan. Meh kasi tumpu perhatian. Kejab lagi ada taklimat kesihatan dari doktor dari Pontian.

perjumpaan PUSPANITA

Hak hak hari ni ada perjumpaan PUSPANITA ler. Apalah yang saya ingat ni. Asik lupa jerk memanjang. Masuk2 pentadbiran tadi tengok wanita2 LPP sedondon dengan baju freenya. Jangan salahkan saya yer. Surat tak sampai ke tingkat 3. Pagi ni baru jumpa kat dalam tray kat Pentadbiran. Yang ada pon semalam puan Setiausaha Pengarah ada skype surat kot. Oleh kerana dah petang dan dah ready nak berdezup, mokcik tak sempat tengok. Tapi yang paling menyengalkan, baju tu pon ada dekat tailor. Belum pun ambil akakakakakaka.

Tapi, memang betul2 terlupa pagi tadi yang ada perjumpaan PUSPANITA hari ni. Semalam ingat. Tambah pulak Wafiy tetiba demam hari ni. Dah syok2 pi school trip semalam, hari ni boleh demam pulak. Banyak berfikir pagi tadi rasanya. Nak datang kerja ker tidak. Nak datang kerja ke tidak. Kesian kan kat Wafiy. Demam2 pon kena pergi school. Tapi hantar jugak dengan pesanan kat teacher dia, kalau nampak teruk sangat demamnya sila bagitau yer! Saya akan ambil dia dan peram kat bilik ofis ni. Bos pon takder ni hehehehe.

Berat sebenarnya hati nak hantar tadi, tapi mengenangkan cuti dah tak berapa nak ada dan nak simpan untuk Hari Raya nanti. Tabahkan hati hantar jugak ke sekolah. Mana tahu, bila jumpa kawan2 nanti demamnya boleh kebah. Paling tak pon, teacher dia akan call kan.

Alahaiiii cantik sangat baju yang saya pakai nak pergi perjumpaan pukul 9.30 pagi ni. Main capai jer tadi dan gosok mana dan. Dah macam makcik cleaner jerk rasanya uwaaaaaaaa

barang baru

Psssstttttttttt Tupperware Brands ada keluarkan product baru ler. Amat mengiurkan. Kena cepat ni. Lain time harga dah lain. Gift pon dah takder. Meh cepat2


Sunday, June 24, 2012

school trip

"Mama kena kejut kita pukul 7 tau. Kita tak boleh bangun sendiri. Kita tak sedar. Bawa baju swimming, drink bottle and towel. Put into my school bag. Remember tau ma!"
Saya mengangguk. Malas nak layan lebih2. Dari Jumaat lepas, dok cakap benda yang sama jerk. Dalam hati 'Poyo jerklah Wafiy ni. Kan memang bawa semua tu setiap hari Isnin.'


Pagi tadi, en. Suami begegas mandi dan bersiap2. Lepas tu cepat2 kejutkan Wafiy. Oleh kerana kepenatan sebab baru balik dari kampung malam tadi, Wafiy makin bergumpal2 dengan bantalnya.


"Cepat Wafiy, hari ni kan ada swimming. Nanti lambat, Wafiy kena tinggal." Jerit en. Suami sambil bersiap. Saya jadi pelik, dah kenapa pulak Wafiy nak kena tinggal. Kan swimming pool tu kat sebelah bangunan sekolah jerk.


"Biarlah ba, pukul 7 setengah kang saya kejutlah."
"Dalam surat tu kata kena datang sebelum pukul 7 setengahlah. Dorang semua pergi pukul 7 setengah."
"Pergi mana ?"
"Ada school triplah hari ni. Kan cikgu dia cakap masa ambil buku rekod hari tu."
"Laaaa iya ker ?? Wafiy bangun! Nanti kena tinggal. Eh mana baju berenang dia ni ? Wafiy mana botol air ? Tak bawak keluar beg sekolah erk hari tu ?? blablablabla

Friday, June 22, 2012

sorry boss


Lusa ada kenduri kahwin dekat rumah mertua. 3 Jun 2012 haritu kenduri kat rumah belah perempuan. Ahad ni giliran kenduri kat rumah lelaki pulak. Patutnya siang2 dah kena balik kan. Tapi apakan daya en. Suami tak boleh cuti.

Mulanya tak boleh nak cuti sebab belum ada cuti. Maklumlah kerja belum setahun, makanya tak diberikan cuti lagi. Kalau nak cuti jugak, bersedialah kena tolak gaji. Tup tup semalam, bos en. Suami kena tahan wad akibat diabetes. Sepatutnya en. Suami temankan saya ambil buku rekod Arfan pagi tadi pon dah terpaksa dibatalkan.

Department en. Suami ada 2 orang jer. Bos dan dia, kalau sorang takder, yang sorang lagi nak pergi toilet pon kena tunggu line clear. Agak kejam kan. Apa boleh buat, nak cari rezeki, follow jerklah.

Bila dah jadi macam ni, confirmlah en. Suami memang tak boleh balik kampung dia awal. Insyaallah tengahari esok kena rushing balik dan mengadap wajah mencuka bapak mertua saya hehehe sorry boss.

Jadinya, balik jerk kerja petang ni dah kena bersilat kasi beres sumer baju kotor. Paling tensen nak nyental baju Arfanlah. Nama jerk pergi sekolah, tapi baju punyalah kotor macam pergi kebun. Masak ker ?? Hehehe masih berkira2 ni....

Thursday, June 21, 2012

marahnyer

Tengah sedap2 makan dan berbual lunch tadi kat S'Mart dengan Gee, tiba2 dengar suara lelaki memekik. Ingatkan ada orang buat drama. Saja nak bikin glamour. Rupanya suara orang yang sedang marah betul. Entah apalah salah kawan dia tu, free2 kena maki kat tempat makan tu jugak. Nasiblah jauh dari kami. Dah standby gak nak bawak lari pinggan nasi tu kalau marah merebak ke meja kami. Nasiblah ada kawan2 dia yang menenangkan.

Tak tahulah kan motif apa yang menyebabkan dia marah. Tapi kan tempat umum tu. Best sangat ke tunjuk jantan kat tempat umum ? Dahlah sah2 tak pi sembahyang Jumaat. Lepas tu nak tunjuk hero plak. Alahaiiii....

kena komplen


Masuk kerja lambat hari ni. Pergi ambil report card Arfan pulak di sekolah kebangsaan. Punyalah ramai parents. Keadaan pun kelam kabut sikit sebab takder angka giliran. Makanya, sumer pun main serbu jerk tanpa hirau first come first serve. Lebih2 lagi yang muka selamba. Macam dia ajer yang nak cepat, orang lain macam takder kerja. Orang2 yang hati suci cam saya ni AHAKS!!  terpaksalah mengalah beberapa kali.

Bila dah sampai giliran pulak, first yang cikgu komen si Arfan ni suka cakap dekat dalam kelas. Lepas tu tak reti duduk diam2, kakinya mengeletis ajer. Perangai yang sama di rumah. Saya mengiyakan cakap cikgu tu. Terus bagi kebenaran cubit kuat2. Tapi yang melegakan bila cikgu kata pelajaran Arfan ok dan pandai budaknya.

Harap2 semakin membesar, Arfan semakin mendengar kata dan semakin bijak. Letihlah asik kena komplen ajer hissshhhh...

innalillahi

Dalam perjalanan pulang dari outstation ke Ledang Tangkak. Punyalah hujan lebat. Nasiblah Mysara yang drive. Kalau saya ni, mau berhenti sekejap. Hujan tahap gaban ni. Macam dah nak maghrib sangat jer. Bila lepas jer dari kawasan hujan dan lalu kawasan renyai2. Nampak asap berkepul2.



Kat kawasan Yong Peng ni. Tak tahulah masih ada orang atau tidak.

Tuesday, June 19, 2012

Arena pulak

Seperti hari2 biasa, bila hari kerja, saya akan bersiap dulu kemudian baru kejutkan anak2. Rasa kesian pulak nak kejutkan awal. Takut sangat anak2 tak cukup tidur dan mengantuk kat sekolah nanti. Lepas anak2 dah siap mandi, mesti dorang switch on tv dan channel untuk dorang yang tinggal 611 Astro Ceria. Yang lain2 saya dah kasi clear. First jimat sikit, second nak sekat dorang dok ngelamun tengok tv hehehe.

Tapi, pagi tadi bunyinya lain sikit. Macam bunyi channel en. Suami jerk. Bila saya menjengah ke ruang tamu, eh!! Astro Arena ??? Bukan main tekun dua beradik tu menghadap tv. Sejak bila pulak orang bujang saya dah beralih minat ni ? Aduhhsssss kejunglah mama n Mia lepas ni uwaaaaaaaaaaa. Sila klik sini

panas ker atau...

Pertama kali Mia terjaga malam dan minta susu. Terkebil2 saya pandang muka Mia. Lepas tu tanya semula untuk pastikan yang saya tak bermimpi. "Dudush." Ulang Mia dengan gerakan yang tak sabar. Saya bangkit dan terus buatkan susu. Dalam fikiran ni ada dua perkara yang saya fikir. Pertama mungkin malam tadi panas sangat dan menyebabkan tekaknya dahaga. Kedua, yeyyyyy Mia dah nak putus susu badan kot..
Sila klik sini

Sunday, June 17, 2012

layan jer



Semalam, masa nak pergi sarapan pagi ternampak kain rentang jualan rumah sempena sambutan hari bapa dekat Sri Austin.  Sebab tak kemana2,  singgahlah kejab dan tengok apa2 yang menarik. Manalah tahu ada rumah singgit ke dua ringgit sebiji, boleh gak beli hehe. Bila dengar paling murah RM350k, undur pelan2 dan layanlah anak2 pi main macam2 games kat luar bangunan. Dahlah cuaca panas, sampai dalam pukul 11 gitu. Tak kira!! Kalau dh nampak tempat main, kaki masing2 dah mengeletis. Layankan jerlah dalam sejam. Lepas tu tarik sorang2 paksa balik.

EURO 2012


Demi melayan demam EURO, en. Suami sanggup belikan jersi untuk Arfan dan Wafiy. Melompatlah masing2 kat pasang borong malam tadi. Tapi jersi untuk budak2 tak banyak. Pilihan amat terhad. Jadi terpaksalah beli yang ada saiz dan sesuai untuk letak nama dan nombor. Harganya pon boleh tahan. Sepasang RM39, dapat tawar sepasang RM35. Satu word RM1 dan no. RM6. Tapi kainnya sedap sikit. Lebih bermutu dari jersi2 yang en. Suami belikan sebelum ni.

Nak tutup mulut saya yang dok mengomel bising, en Suami offer jersi untuk saya jugak. Tapi RM10 jerlah. Sorrylah tak main barang murahan ok. Hehe sebenarnya jersi untuk perempuan pendek sangat. Dahlah berat badan kurrrrsemangat. Kena kutuk dengan Arfan ajer nanti. Mia pun, Arfan tak bagi belikan. Takut jadi tomboy hahaha.


Takperlah...beli baju sempena EURO ok. Nak berjaga tengah malam sempena EURO meh mama piattt sorang2.

Friday, June 15, 2012

panas

Panas betul malam tadi. Kipas dah kasi no. 3 pon masih bahang bila tidur. Siap berpeluh2 lagi. Anak2 pon tidur tak selesa. Biasalah, saya yang jadi mangsa. En. Suami dok layan dengkur jer.

Pagi ni, tak pernah2, Mia bangun2 mintak air. Tunjuk2 peti sejuk. Nak air oren sejuk. Bukan main kasi teguk dengan tumbler kesayangan dia. Saper berani guna? Nak rasa kena gigit? Meh ler


bila?

Dalam usia 2 setengah tahun, Mia masih menyusu badan. Tak tahu nak menyusu sampai bila ni. Dah rasa nak sangat pisahkan hah. Hanya ibu2 yang menyusukan lebih 2 tahun ajer yang akan faham situasi ini. Dengan bahasa ringkasnya itu budak kicik suka menyakat. Menyakat macam mana...tanyalah mereka yang berpengalaman ok. Tak sesuai cerita kat sini. Saya bukan orang yang terlalu open. Maruah mesti jaga ok.

Sebab2 masih belum pisahkan ialah kesian. 2 setengah tahun dok bergantung dengan susu badan, bayangkan bila tak dapat. Mau berguling2 nanti. Sebab kedua, saya sendiri malas nak membancuh susu tengah malam. Hehe 2 setengah tahun u start tidur jejak pagi. Kan terganggu mimpi kalau tiba2 Mia bangun mintak dudush.

Ada tanya2 jugak kawan2 dan orang2 lama nak buat apa. Macam2 pendapat ada. Nantilah, kalau dah terdesak sangat baru jalankan projek baik punya hehe

sattle sudah

Tepat pukul 2.30 petang merayap ke IPP kejab. Test nasib. Mana tahu ada kotak yang sesuai. Yeyyy kak Shida dah balik dari rehat. Nampak kotak2 air mineral bertingkat2 dalam stor. Dengan baik hatinya dia keluarkan air mineral dari kotaknya. Itu air mineral untuk peserta kursus di IPP. Siap bagi air mineral free lagi untuk saya. Huh!! tengah cuaca panas2 begini. Bila dapat air mineral free cam dapat APC jerk rasanya. Thanks kak Shida, akak membereskan kerja saya hari ni.

Terus bawak masuk ofis dan bungkus secepat mungkin. Lepas tu terus pergi Carrefour dan hantar bungkusan tu ke Pejabat Pos. Alhamdulillah, semua tempat pun dekat dengan ofis. Kerja pun boleh siap cepat, boleh beres cepat. Harap bungkusan boleh sampai dengan selamat minggu depan. Sattle sudah.

Thursday, June 14, 2012

fikir ler

Ada customer order barang tadi. Order masa teacher Wafiy busy bagi pujian kat Wafiy. Entah betul entah idak kan? Maklumlah sekolah bayar. Takkan nak kondem anak kita pulak. Berani dia!!! Hehehe. Sebelum pergi ofis tadi, balik semula rumah. Ambil segala barang yang di order dan kertas kajang. Kertas yang warna coklat tu lah. Korang panggil apa?

Punyalah xcited nak membungkus sekarang ni. Sebab waktu rehat panjang kan. Carilah kotak merata2. Hadoiii!!! Tak ada yang sesuai pulak. Dah 3 kotak test ni. Yang kecik, tentulah tak muat. Yang besar, ambik nko besau bebenau. Sekarang ni tengah fikir2 nak balut hari ni jugak atau tunggu esok jer. Mintak en. Suami carikan kotak kat ofis dia pulak ke. Kotak minyak hitam mesti banyak kan. Hemmmm fikir lagi, fikir, fikir.....

result

Pagi tadi bekejar ke NURI. Tiap2 hari pun bekejar kesana. Tapi hari ni pergi dengan en. Suami sekali sebab nak ambil report card. Ingatkan dah cukup pagi, rupanya dah ramai parents yang sampai jugak. Dorang pon nak jimat minyak cam saya kot? Hehe kalau nak patah balik dari ofis kan buang masa. Baik pergi jer pagi2.

Result Wafiy ok2 jer. Sebab ramai gak dapat 100 untuk semua subjek. Kira oklah tu dari teruk sangat. Lagipun Wafiy kuat main kan, berpadalah dengan apa yang diterimanya. Mama n baba dia pon bukan pandai sangat masa kecik dulu. Jadi gak manusia kan. Insyaallah pelan2 kayuh.

Eh terbalik pulak. Pandai2lah balikkan diri. Nak bungkus brg kejab hehe

pindah balik ?

Dalam diam tak diam dah sebulan jugak saya menumpang Caw. Pendaftar ni. Dah macam rasa cawangan sendiri pulak. Mudah sebenarnya di sini. Tak payah nak naik2 tangga lagi. Tak penat. Parking depan pintu jer.

Kalau kat tingkat 3, bukak pintu pun leh nampak terus kereta. Tapi nampak ke bawahlah. Kalau rasa nak cepat sangat sampai kat kereta tu terjun jer. Kompom cepat, cepat masuk hospital.

Hari pertama naik kerja lepas cuti seminggu hari tu, Man Kueh bagitau dia nak duduk kat tingkat 3 balik. Dorang dah tengok siling dan confirmkan keadaan selamat kalau nak duduk. Lagipun manalah samakan tempat sendiri dengan tempat menumpang ni hehe.

Tapi takder plak dorang membantah kalau saya tak nak naik ke tingkat 3 tu. Sekarang terserah pada saya antara nak stay kat Caw. Pendaftar ni sehingga pembaikan dilakukan atau stay ajer kat sini dan terus berjauhan dengan bos tersayang haha.


Sila klik sini






Wednesday, June 13, 2012

gambar hari tu


Sila klik sini

gambar hari tu1


Sila klik sini

merajuk

Hari ni ada orang merajuk sebab tak dapat strawberry dari Cameron. Bukan main menjuih bibir lagi. Kalau sangkut hanger siap leh gantung kain selimut lagi. Mokcik pi Cameron cik Jah oiii bukannya pergi Canada. Semua yang ada kat Cameron, ada kat S'Mart tu hah. Lebih murah pulak tu.

Huhu kali ni saya ke Cameron tanpa pi memetik strawberry. Sebabnya 2 tahun lepas dah rasa memetiknya. Perasaannya sama jerk cam petik buah jambu kat belakang umah kampung tu. Bezanya, pokok jambu tu tumbuh sendiri. Pokok strawberry tu di tanam dek Bangla entah dari daerah mana.

Bayangkan, dahlah mahai buah strawberry tu. Setengah kotak RM20, dulu... Sekarang RM25. Bawah balik Melaka...lunyai, lembik, berlendir. Hadoi!!!!! Jadinya kami anak beranak kasi posing2 jerk kat luar kebun strawberry hari tu. Mak, Iza, Siti dan Adik jerk yang masuk dan berangan2 cam pi obersea. Lagipun kami bukannya makan Strawberry tu. Lainlah buah durian. Yum yummy




wang hantaran


Kejab tadi terjumpa mender ni kat wall fb kawan2. Bila tengok komen, ramai yang merungut, membantah, mengkondem. Bila saya perhatikan betul2. Takder apa yang salahnya pon. 10 tahun yang lepas, masa saya dinikahi wang hantarannya ialah RM6000. Itu 10 tahun yang lepas, pada saya sesuai sangatlah bila standard wang hantaran RM8k - RM12k dikategorikan.

Masa majlis perkahwinan saya, semua wang hantaran saya digunakan untuk buat kenduri. Oleh kerana saya amat pasti tidak akan menetap di Melaka, saya tak beli apa2 perabut pon untuk tujuan itu. Sebagai ibu yang penyayang, mak kembalikan RM2000 untuk saya gunakan untuk berbelanja dirumah sendiri. Nak tahu apa barang yang pertama saya beli dengan duit tu. Hehehe tilam lerrr. Yang lain semua saya simpan kat ASB. Tapi tak pasti ada lagi ker idak duitnya hahaha.

Pada sayalah, wang hantaran yang dikelaskan tu adalah cukup sesuai. Takkanlah seorang perempuan yang ada ijazah kedoktoran hanya diberi wang hantaran dibawah RM10k kan ? Penat lelah orang tua membesarkan anak gadisnya hingga menjadi seorang insan, apalah salahnya kalau nak buat majlis besar2an sedikit. Ingat!!! Membesarkan anak gadis sukarnya lebih dari membela sekandang kambing tahu. 


Tuesday, June 12, 2012

Panasnyer

Hadoi!!!! Punyalah panas sejak akhir2 ni. Minggu lepas, masa kat Melaka pon panas jugak. Tapi, walaupun panas masih ada pokok2 yang menyelamatkan oksigen persekitaran. Siap boleh sinsing kain batik bersila belakang rumah sambil terbuai2 dek angin sepoi2 bahasa. Sesekali bila angin agak kuat, mulalah beralun rasa mengantuk. 

Bila balik JB ni, ingatkan kuranglah panasnya. Sebab sebelum2 ni mesti ada turun hujan. Rupanya sama jugak. Lagi teruk rasanya. Sesak nafas dibuatnya. Oksigen tak berapa nak ada. Dah pokok pon jarang2 nak jumpa. Bila malam punyalah berdentum bahangnya. 

Sampai bilalah nak berbahang begini yer. Bulan puasa dah nak dekat ni. Kalau macam gini gayanya hingga bulan puasa, mau bersisik kulit. Kena sedia losyen banyak2 ni. Jom duk Cameron jerklah haha. Jom klik sini

 Permandangan belakang rumah kampung Melaka

 Pemandangan ladang Teh Cameron Highland

Rindu suasana hujan di Johor Bahru

serabut

Hari ni buat jadual untuk turun kawasan untuk minggu depan. Agak bermasalah. Nak kena confirm dengan desk officer PPK. Lepas tu kena pulak booking kenderaan pejabat. Masalahnya bila desk officer ada pada tarikh tu, kenderaan pejabat pulak takder. Begitulah sebaliknya. Jadi terpaksalah selak semua tarikh bulan ni. Harap2 tak bertindih dengan meeting atau komitmen lain.


Bila dah serabut2 begini, teringat2 ladang teh kat Cameron hari tu. Rasa tenang jiwa yang memandang. Bila nak pergi lagi?? Hehe




jagung Cameron

Walaupun letih2 hari ni, walaupun bangun pukul 5.45 pagi, masih sempat rebus jagung hokey hehe. Terpaksa jugak rebus. Lambat2 nanti tah rupa apa baru nak makan.

Jagung Cameron. Parking jer kereta nampak lori jual jagung dan terus beli. 5 batang  RM10, rayu punya rayu dapatlah tambahan sebiji lagi. Belilah RM20. Lepas tu barulah pi meninjau2 ke pasar depan kuarters polis tu. Hahaha hambik engkau 7 biji RM 10, 10 biji RM10, 15 biji RM10 pon ada. Tapi kata mak yang saya beli tu besar2. Nak tenangkan hati, terimalah kata2 mak tu.

Pagi tadi baru sempat rebus. Punyalah malas nak turunkan periuk besar kat atas almari, capai jer Tupperchef wok. Haha penuh sekuali. Sebahagian, tapaukan untuk kak Siti, penjaga Mia. Sebahagian, tapaukan untuk en. Suami dan sebahagian besarnya saya bawa ke ofis.

Saya guna bekas besar Tupperware yang amat berbaloi digunakan. Dalamnya ada tapis. Jadi, air lebihan akan terus turun kebawah. Jadi, jagung tu taklah terendam dibawahnya.

Lupa nak ambil gambar masa mula2 buka bekas tadi. Dah tinggal 3 ketul baru teringat. Layan jerk lah






letih lagi

Letih betul rasa badan ni. Malam tadi, lepas dah masak dan makan, dengan muka nakal suh en. Suami kemas dapur. Alasan nak teman anak wat kerja sekolah. Kira okeylah kan. Dari wat alasan nak tengok tv hehe.

Waktu tu baru pukul 9 malam. Mata dah rasa mengantuk bukan main. Baru mengadap satu homework, bukan Arfan yang wat2 mengantuk, saya yang dah tak boleh nak tahan mata. Siap jer kerja tu, terus suruh dia masukkan semua buku dalam beg dan suruh masuk bilik masing2. Tanpa banyak citer saya terus tepuk2 bantal dan belayar mimpi.

Selalunya sebelum jam berbunyi pukul 5.30 pagi, saya dah tidur2 ayam. Dah ready nak bangun. Tapi malam tadi, jam dah berbunyi pun, saya buat2 tak dengar. Macam nak sambung lagi tidur. Masa bangun pukul 5.45 pun badan rasa amat letih. Tapi kuatkan semangat. Memang tak boleh lewat lagi. Nanti semua tak sempat. Yang sempat, anak2 dengar saya membebel pulak nanti.

Pagi tadi, rasa letih tu masih terasa sangat. Sempat telefon mak dan bagitau pasal ni. Mak pun kata dia rasa benda yang sama. Iza pulak dah 3 hari tak tolong abang Wan berniaga sebab demam. Hahaha penangan Cameron Highland lah ni.

Kebetulan ada pulak orang yang belanja nasi beriani hari ni. Pagi2 dah soru barang baik. Makin menjadi2lah kemalasan hari ni. Baru pukul 12.30 tengahari saya dah bersandar ke kerusi. Mengantuk sangat membuat saya tertidur. Huh tak boleh jadi. Bangun dan jeling kiri kanan. Line clear, jom pi surau....zzzzzzzzzzzz. Ambik!!!! 1.45 petang baru terjaga. Baru rasa segar sikit hehe. Sila klik sini






Monday, June 11, 2012

gigit

Ahad lepas masa dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Johor Bahru, tiba2 Wafiy menjerit lepas tu menangis. Arfan cepat2 menarik Mia. Saya jadi pelik, lepas tu saya pandang Mia. Mia tunjuk wajah selamba jer. Arfan ketawa2 lepas tu bagitau Mia gigit Wafiy. Memang dah agak. Kalau lepas menggigit mesti Mia buat muka macam tu.


Oleh kerana saya tak boleh banyak bergerak dalam kenderaan yang bergerak, saya tarik Wafiy duduk atas pangkuan saya. Wafiy terus menangis menahan kesakitan. Sedangkan sebelum tu, diorang bergurau dekat sit belakang. Entah apa yang tak puas hati agaknya, Mia terus gigit Wafiy. 

Bilalah perangai menggigit Mia ni nak hilang. Sila klik sini


nak apartment lagi

Sebelum ni saya tak terfikir nak menyewa apartment kalau ke Cameron. Pada saya, ia agak mahal. Lagipun piching hotel lebih memukau bila didengar. Anak2 bila saya sebut duduk apartment cam terkebil2.

Tapi, lepas dah mencuba ni rasa nak sewa apartment lagi kalau pergi ke sana. Sebenarnya lebih murah, lebih selesa, lebih berbaloi. Bawalah ahli keluarga kita seramai mana pun. Ia lebih menceriakan suasana. Kalau tak cukup bilik, ruang tamu masih sesuai digunakan untuk melelapkan mata.

Siap boleh main masak2 lagi. Jimat sikit duit. Bukan nak masak beriya pon kan. Setakat masak sardin, maggi, telur dadar, ikan bilis dan sayur2 segar kat sana tu. Memanglah membuka selera bila bersejuk2 kan. Bila anak dah berderet ni, tak bolehlah nak harap makan kedai sangat kan. Bukan sebab nak jimat sangat, tapi sebab nak pi kedai pun tak sempat huhu.



 cuba carik ada budak nak curik2 makanan haha




wajib pergi


Setiap kali balik Melaka, mesti mak nak pergi Family Store dekat Batu Berendam. Kalau pergi tempat lain pon, mesti nak jugak pergi kat Family Store. Kata mak, barangnya murah2. Barang2nya pon senang nak dicari.

Hehe tapi pada saya, itulah tempat terakhir yang saya akan pergi kalau barang yang hendak dibeli dah takder di tempat lain. Selain tempat yang kelihatan agak sesak dengan barang2, Family Store pada pandangan saya tak ubah seperti gudang tanpa tarikan. Tapi, bila mak dah memborong barang2 keperluan, saya pun capailah mana2 barang yang diperlukan.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...