MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, November 30, 2011

Ulangtahun Pertama Penglibatan dalam TUPPERWARE BRANDS

Alhamdulillah...1 Disember 2011 sudah. Hari ni genab setahun saya melangkah bersama TUPPERWARE BRANDS. Pencapaiannya setakat ni sekadar ok jer. tapi sales telah mencapai lebih dari RM45k. Kenapa saya kata sekadar ok jer... sebab downline tak ramai dan tak dapat ke Medan / Lake Toba tahun ni. Huhuhuhu... Orang lain yang seusia perniagaan saya dah berjoget2 ke sana. Tak perlah, cuba lagi tahun hadapan. (Ekekekeke saper lagi nak memujuk kalau bukan diri sendiri)

Teringat detik2 awal penglibatan saya dalam dunia ini. Saya memulakan langkah akibat dari pembatalan pembelian rumah idaman saya pada tahun 2008. Rasa yang amat sedih sebab banyak perkara terjadi akibat pembatalan itu. Rasanya saya dah cerita sebelum ni. Sila rujuk page2 bawah yer hihihihi. Segala drama surat bersurat dan maki memaki selesai pada akhir tahun 2010. Saya mengucapkan berbillion tq kepada pihak NCCC dan Jabatan Perumahan kerana banyak membantu saya mengatasi masalah. Saya menerima kembali wang pendahuluan kurang lebih RM8k. Mulanya saya berhasrat untuk menyimpannya kembali ke dalam ASB. Tapi waktu itu, dah hujung tahun. Jadi saya ubah fikiran untuk buat sesuatu dahulu dengannya. Dalam mencari tapak yang sesuai, tetiba saya terpanggil untuk berkenalan dengan Nurulhuda bt. Ibrahim selaku upline saya sekarang. Saya berminat melayari blog miliknya dan mula add dia di facebook. Paling best waktu itu, Nurul buka keahlian percuma. Apa lagi...jangan lepaskan peluang free ini. Sebab saya memang suka yang free ajerr. Waktu itulah bermula segalanya.......



Mia bersama eco bottle purple masa saya mula2 bersama Tupperware. Waktu ini, Mia baru 11 bulan.








Mia kini, berusia 1 tahun 11 bulan. Eco bottle purple diatas muncul semula setelah setahun. Tapi Mia tak bergaya ngan eco botol tu. Cuma baju jerk yang purple. hehehehe

Tuesday, November 29, 2011




Indah sungguh pagi ini. Dah lama rasanya tak rasa matahari pagi semasa drive ke opis. Maklumlah cuti sampai 10 hari di kampung. Semalam pulak mendung memanjang.


Sebenarya pagi tadi agak terlewat bangun. Pukul 6 baru dapat bangkit, sebab Mia masih demam. Jadi susah skit nak tinggalkan dia. Hasrat pagi ni malas nak buat breakfirst. Tapi, celik jer mata Arfan tanya apa yang dimasak hari ni. Alaaaahaaaaiiii....sampaikah hati seorang ibu ini nak membiarkan si anak pergi ke taska tanpa makan. Tetiba terlintas nak dadar telur jerk. Boleh makan dengan roti potong. Pantas ajer tangan ni pi buat apa yang patut. Masa tu jam dah pukul 7.15 pagi. Sebab takut terlewat, masukkan ajer ke dalam bekas TUPPERWARE. Suh kongsi dengan Wafiy. Ada pulak permintaan lagi, nak bawak bekal air pulak. Huhhh..nasiblah ada simpan air sirap malam tadi. Apa lagi, masukkan ajer kat dalam personalized tumbler milik dia. Tumbler ni special skit. Boleh letak kertas kat antara dinding dia. Arfan suka sangat kat majalah ANA MUSLIM. Jadi dia potong keratan yang dia suka dan selitkan ajer kat situ. Cantikkan....




Monday, November 28, 2011

Kampung oh kampung

10 hari di kampung memberi kenangan terindah dalam hidup saya dan anak2. Dah lama rasanya tak balik kampung relaks2. Bukan tak balik sebelum ni, tapi balik bersebab. Ada jer agenda lain yang perlu diuruskan. Anak2 pon bukan main semangat. Maklumlah, sebelum exam kena study study n study, lepas tu pack ngan exam, lepas habis exam.. macam2 aktiviti kena layan. Best memang giler2 disamping membina badan dengan masakan mak yang amat rajin melayan tekak anaknya ini. Anak2 pulak apa lagi, asik berbau peluh di waktu siang. Si kecil Mia dah mula pandai keluar rumah. Geramnya..tak suka pakai kasut. Kalau pakai pun setakat syarat untuk lepas keluar. Lepas tu, selipar entah kemana. Yang paling best, ada order dari saudara mara. Jadi, sambil menyelam, minumlah air. Hehehe...


Sayangnya 3 hari terakhir di kampung, bila en. suami dah ada dikampung hajat kami sekeluarga nak jalan2 sekeliling Melaka terhalang dek hujan yang lebat memanjang di waktu petang. Cuma dapatlah pergi ke Sabak Aur, Muar menikmati ikan bakar. Lagi2 bila dapat makan free, adik yang bayar. Best2.



Gambar kat atas ni sempat dirakamkan semasa Mia diiringi 3 bodyguard pulang semula ke rumah. Sebelah kanan gambar ada padang futsal yang dibina oleh tokey besi yang rumahnya ada van tu. Huhuhu...

Tuesday, November 15, 2011

SERVE ALL


























Tadaaaaaaa.....barang baik bulan ini.
Dengan bangganya saya memperkenalkan 'Serve All' kepada anda lebih2 lagi kepada peminat PURPLE seperti saya. Item seperti ini amat2 saya tunggu kemunculannya lebih2 lagi didatangkan dengan set lengkap terdiri daripada



1 salad bowl 3.8ltr (29.6cm x 26.5cm x 13.3cm),



2 oval server 4ltr (35cm x 23.7cm x 11.3cm),



2 round server 1.9ltr (28.9cm x 24.4cm x 7.2cm),

dan 2 salad folk.




Semuanya saiz GIANT tau. Semua ini tak boleh dibeli sesuka hati yerrr....sebab anda perlu membeli dari katalog 8/2011 dengan harga RM880.00, barulah item ini boleh dibeli. Tapi, saya takkan sampai hati membiarkan anda makan hati. Jadi, harga special untuk anda semua tak kira tua, muda, besar dan kecil........RM150.00 sahaja. Harga retail untuk item ini lebih dari RM200. Hebatkannnnnn...jangan tunggu lama2, barang amat terhad, sila booking secepatnya dengan sms di 013-7092169.

Monday, November 14, 2011

BOTTLE BRUSH

Selesai menyiapkan label untuk hapus kira perkakasan. Rehat jap dengan tulis blog. Hehe boleh gitu yerk. Pernah tak korang rasa leceh untuk bersihkan celah penutup bekas ?? Sebelum ni, saya rasa amat2 rimas bila nak wat mender ni. Sebabnya terpaksa pakai sponge dan cucuk2 kat celah penutup tu. Selain memakan masa yang lama, kengkadang masih tak bersih dari kesan2 minyak dan daki2 makanan yang terlekat.


Masa baru2 saya berkecimpung dalam TUPPERWARE, eco bottle 500ml baru saja diperkenalkan. Masa tu, PWP untuknya ialah bottle brush. Saya order 2 set bottle tu dan upline saya kata berus itu free. Saya pon sapu jerklah, mender free katakan. Lepas beberapa hari, dia kata berus itu perlu dibayar sebab dia tak perasan itu PWP. Chesssss...ada ker orang nak beli ni ??


Lama saya simpan berus tu, sehinggalah berus botol susu anak saya sudah tak rupa berus lagi. Lagipun sebelum ni, saya just guna berus itulah untuk bersihkan eco bottle yang saya gunakan. Hahahaha ngelatkan, beriya2 jual berus TUPPERWARE tapi diri sendiri pon pakai yang tipuware.



Oleh kerana bottle brush itu masih tak laku, saya pon gunalah utk bersihkan botol susu anak saya beserta botol eco 500ml milik saya...


Pada suatu hari yang sungguh beridea, Arfan telah mencungkil lubang botol air sedutnya yang telah disumbat tanah liat oleh Mia dengan bottle brush TUPPERWARE milik saya. Kebetulan ada pulak penutup bekas yang penuh dengan minyak sambal kat sinki, dengan rajinnya Arfan membersihkan penutup itu dengan bersahaja. Bersih kesemuanya, hingga dicelah penutup. Senang kerja mama hari tu, cuma tolong bilas ajer......



ASSALAMUALAIKUM...





Hari ini aku rasa best sangat. Tak tahu kenapa, tapi keseronokannya sampai aku bersemangat untuk tukar rupa blog aku dengan mood yang baru. Tengok !! melompat2 eco bottle kat atas ni. Begitulah umpamanya best yang aku rasa. Aku harap, perasaan ini adalah lanjutan dari percubaan selama setahun aku dalam dunia Tupperware. Best rupanya bila kita mencabar diri kita untuk menjadi berjaya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...