MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, October 5, 2009

Selamat Hari Raya....Maaf Zahir Batin

Lamanya aku tak update blog, dah nak 2 bulan rupanya. Maklumlah, semenjak handphone aku ilang awal puasa ari tu... sampailah handphone hubby gak ilang 1st raya ari tu.. aku cam takder semangat nak update blog ni. Sebab tak boleh masukkan pic. Kamera ader... tapi malas laks nak beli bateri. Itulah aku.. masa takder.. bekobar2 nak beli, bila dah ada terperuk jer barang tu...

Dalam bulan raya ni jugak aku dah pun jual kancil aku pada Adik. Sedih tul rasanya cam nak menitik air mata. Kancil tu kenangan terindah aku dari dapat lesen hinggalah membawa rezeki2 tambahan untuk aku sekeluarga. Tapi terpaksa pasrah untuk membesarkan anak2.

Tadi aku gi lagi ke JP Perdana untuk sattlekan tuntutan pembayaran rumah yang belum selesai2 lagi. Geram tul aku...orang beli rumah dapat duk rumah baru, aku beli rumah dapat bala baru. Dahlah aku kehilangan hak sebagai penjawat awam melalui pinjaman perumahan, ini nak tanggung kerugian lagi untuk bayar balik apa yang government dah bayar kat developer. Aku cuba minta dapatkan bantuan NCCC dan Jabatan Perumahan Negara. Cam nampaklah ada movement skit walaupun aku still tak nampak ada pembayaran dibuat lagi. Semalam, developer tepon minta aku sign lagi satu perjanjian minta bayar pulangan insuran pada dia bukan pada pembeli lepas sumer pembayaran dibuat sebab dia yang sattlekan semua pembatalan. Developer jugak berusaha untuk membuat pembayaran sebanyak RM5000.00 start Oktober ini. Aku harap - harap betullah semua ni sempena kelahiran baby aku ni. Aku dah tak sanggup menanggung sumer ni...Nasiblah hubby dah beli rumah flat sebelum ni.. dapatlah kami stay anak beranak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...